Sambungan dari:
Hari ke-2 di Bandung. Kami sewa kereta untuk ke Lembang. Kalau kat Malaysia, Lembang ni macam Cameron Highland la sebab lokasinya terletak di tanah tinggi. Lembang ialah destinasi popular di kalangan pelancong tempatan dan Malaysia untuk menikmati pemandangan pergunungan, tempat tarikan menarik dan healing jauh dari kawasan bandar.
Kami ke beberapa tempat menarik tapi dalam entry ni aku cuma nak kongsi gambar-gambar sarapan pagi di Limasegi D'Pinus dan lawatan ke Orchid Forest. Sebab tempat-tempat yang kiteorang pergi ni caaannnntiikkkk sangat, aku tak boleh nak pilih gambar sekeping dua je untuk highlight kecantikan di kedua-dua destinasi ni. Kalau korang nak baca cerita terperinci tentang aktiviti kiteorang di tempat ni, korang boleh pergi ke blog Kak Retna, Sislin dan Fanny ye. Entry ni cuma entry bergambar je 🤭.
Sarapan Pagi di Limasegi Dipinus
 |
| Sebuah kafe yang estetik dengan pemandangan pokok pines dan paku gajah. Makanan yang famous di sini ialah Bolu Bakar Tunggal |
 |
| Coffee with a view... sesambil menikmati bolu bakar. Bolu bakar ni ialah kek span yang dibakar/dipanggang jadi di luarnya garing dan di bahagian dalam pulak lembut |
 |
| Boleh pilih nak duduk di luar dengan pemandangan cantik ni atau di dalam. Mula-mula nak duduk di luar tapi batalkan niat tu sebab banyak pulak lebah kat luar |
 |
| Kami pesan cireng, bolu bakar dengan inti mentega (kalau tak silap) dan pisang goreng. Pisang goreng kat sana sedap yakmat, pantang nampak pisang goreng dalam menu aku akan pesan pisang goreng 🤭 |
 |
| Wefie dengan geng travel |
Lawatan ke Orchid Forest Cikole
Tempat ni sesuai sangat kalau nak ber healing sebab tengok sekeliling memang hijau je pemandangan! Tapi aku confuse sebab apa namanya Orchid Forest Cikole sebab tak jumpa pulak orkid kat sini 😅. Banyak pokok pines dan pokok paku gajah je. Tapi vibe kat sini, Subhanallah! Susah nak explain tau, memang rasa tenang je bila jalan-jalan sambil tengok pemandangan dalam Orchid Forest ni. Bayangkan korang jalan kat sini sambil lagu Mahadewi bermain kat background. Auto rasa magical.
 |
| Orchid Forest Cikole |
 |
| Rasa macam masuk dalam taman syurga bila jalan-jalan di sini 😍 |
 |
| Dalam Orchid Forest ni banyak kafe dan tempat makan menarik (gambar kiri dan tengah) tapi kiteorang tak singgah sebab dah plan nak ke tempat lain. Banyak tarikan untuk anak-anak contohnya mini golf (gambar kanan, tengah). Bangunan ala-ala rumah hobbit tu ialah bangunan toilet ye (gambar kanan, atas). Mula-mula plan nak singgah kat souvenir shop tapi since kiteorang masuk awal, kedai ni masih tutup lagi (gambar kanan, bawah). |
 |
| Signage ni tulis Rabbit Forest tapi yang kiteorang jumpa ialah burung kakak tua 😅 Haha, ok la sebenarnya ada taman arnab dalam ni tapi nak masuk kena bayar |
 |
| Burung ni kekwat la dengan aku, bukan main dia menjauh bila aku hulur tangan! |
 |
| Jalan-jalan ternampak photobooth. Tapi photobooth ni scam kiteorang - kemain posing macam-macam gaya keluarnya satu gaya je! 😂 Fanny tak puas hati, bayar lagi kali ni pilih template photo strip, jadi ada 4 gaya tapi bila keluar 2 keping gambar dan sekeping gambar cuma ada 2 gaya je 🤭 Whatever la, janji ada gambar buat kenangan kiteorang di sini. |
Pak Anton, supir kami bukan setakat jadi pemandu je, siap tolong ambik gambar lagi. Semua gambar lawa-lawa, haruslah aku masukkan dalam blog buat kenangan 😄.
 |
| Gambar #1 |
 |
| Gambar #2 |
 |
| Gambar #3 |
Last but not least, ni gambar OOTD favourite aku kat sini 😍:
 |
| OOTD di Orchid Forest |
2 Comments
Nikmatnya berkunjung ke Daerah Lembang tu.. suasananya benar-benar rindang, syahdu dan penuh pohon hijau. Saya kalau mampir ke Bandung, rasanya ada yang kuraaang gitu kalau belum mampir ke Lembang :D
ReplyDeleteSayangnya Orchid Forest Cikole ini belum masuk daftar destinasi yang pernah saya tuju. Ah, nanti saya akan sambangiiii :D
cantik orchird forest tu..byk tmpt bole OOTD
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .