Salam Jumaat semua,
Jumaat pertama pada tahun baru 1448H. Masa korang baca entry ni, aku, Kak Retna dan Fanny tengah dalam perjalanan ke Johor Bahru nak bawak Fanny bersiar-siar di Johor. Doakan perjalanan kiteorang lancar dan selamat ye.
Oh ya, birthday shoutout to Kak Retna! Jom kita nyanyi lagu birthday sama-sama: Happy birthday to youuuu... Happy birthday to Kak Retnaaaaa... Happy birthday to youuuuu!
Kembali ke cerita trip gegurls ke Jakarta dan Bandung! Sambungan dari:
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 1)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 2)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 3)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 4)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 5)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 6)
Last day in Bandung sobssss!
Alahaiiii sedih pulak nak meninggalkan Bandung. Rasa macam tak puas lagi explore Bandung, tup-tup it's time to go back to Jakarta... Sebelum fly ke Jakarta rasa macam... lama jugak dekat sana (dekat seminggu). Tapi disebabkan program seharian yang padat, tak terasa pun 6 hari tu berlalu. Tau-tau dah nak balik ke KL semula 😅. Oh well, Insha Allah ada rezeki kita datang balik.
Hari terakhir di Bandung, aktiviti kiteorang ialah shopping, makan dan pergi spa 😅. Lepas check out dari hotel, kiteorang singgah di Pasar Baru Bandung sebab Sislin nak cari cabe rawit.
![]() |
| Singgah di pasar tradisional cari cabe rawit |
Sempat jugak la membeli t-shirt Bandung untuk anak-anak dan Suami Terchenta. Aku punya? Takde 😅. Tak teringat diri-sendiri huhu. Lepas tu Kak Ret singgah beli baju batik untuk anak-anak buahnya. Sislin pulak beli telekung travel, lepas tu dieorang bertiga beli jubah di kedai jubah. Bila berjalan dalam pasar ni aku teringat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Lebih kurang gitulah keadaan dalam Pasar Baru ni.
![]() |
| Belek-belek je tapi tak beli pun. Mujur takde saiz aku jadi selamat la duit aku 🤣 |
Lepas tu, singgah di Kartika Sari memborong bagelan, brownies bakar, brownies kukus dan pisang salai. Ni port wajib singgah pelancong dari Malaysia hehe. Rata-rata pengunjung Kartika Sari yang aku jumpa hari tu ialah orang Malaysia. Btw ada 2 lokasi kedai Kartika Sari di Bandung. Kedai yang satu lagi tu tak banyak sangat pilihan jadi kalau naik Grab korang kena cakap nak pergi Kartika Sari Pusat.
![]() |
| Wajib singgah bawak balik oleh-oleh dari Kartika Sari |
![]() |
| Antara produk Kartika Sari yang dijual di sini |
![]() |
| Ni barang-barang yang kiteorang borong. Senang beli kat sini, dieorang tolong pack dalam satu kotak, senang nak check in dekat airport masa balik Malaysia. |
![]() |
| Done memborong Kartika Sari! |
Oleh sebab ada banyak masa lagi, jadi kiteorang decide nak makan tengahari di Kampung Daun. Kampung Daun ni pun famous jugak di kalangan pelancong sebab tempatnya lawa dan makanan pun sedap. Kita boleh pilih nak duduk bersila atas pangkin atau duduk di meja. Lepas kita pilih makanan dalam menu dan buat pembayaran, kita akan dibawa ke pondok makan (boleh pilih nak yang tepi sungai, dekat air terjun atau tepi bukit).
![]() |
| Tempat makan tengahari pilihan kami |
![]() |
| Estetik sangat tempat ni! |
Kampung Daun terkenal dengan masakan tradisi Sunda. Kalau korang ke sini wajib cuba ikan bakar tau! Sampai sekarang teringat-ingat kesedapan perapan ikan bakar di sana! 🤤
![]() |
| Kiteorang ambik hidangan paket kampung dengan ikan gurame bakar (tengah). Fanny pesan jugak jukut goreng cabai garam dan Sislin pulak pesan asem-asem iga sapi (atas). |
![]() |
| Sedap yakmat! |
Alhamdulillah sedap-sedap semuanya lagi-lagi ikan bakar tu.
![]() |
| Bergambar sebelum meninggalkan Kampung Daun |
Nampaknya masih ada masa lagi sebab tren kiteorang bertolak pukul 6.23 petang. Kiteorang terus tanya pak supir kalau ada spa yang dekat-dekat dengan stesen Whoosh tu. Dia pun bawak kiteorang ke ZEN Family Reflexology. Staff kat situ inform cuma ada 2 orang tukang urut kaki dan seorang tukang urut badan. Since Sislin dan Kak Retna nak urut kaki, jadi aku pun setuju untuk urut badan.
![]() |
| Singgah urut badan dan kaki di sini dulu sebelum gerak ke stesen Whoosh |
![]() |
| Dalam spa |
OK la not bad la jugak urut badan kat sini tapi nak kata paling sedap tak jugak sebab ada lagi tempat yang lebih sedap sampai aku tertidur masa urut badan. Untuk harga yang dibayar bagi aku berbaloi la singgah di sini.
Finally, it's time to leave. Kiteorang sampai ke stesen 2 jam awal, jadi singgah minum petang di Malaya Toast dulu sebelum masuk ke balai berlepas.
![]() |
| Kanan: Apalah digelakkan Fanny dan Sislin tu? ðŸ¤. Kiri: Dah masuk balai berlepas kena tunggu sampai dipanggil masuk ke platform Whoosh. |
![]() |
| Keadaan dalam tren Whoosh |
Tak sempat aku nak lelapkan mata, tau-tau dah sampai ke Jakarta 😅.
![]() |
| Selamat sampai ke Jakarta |
Dengan tu berakhirlah wisata kami di Bandung. Next entry, aku cerita aktiviti kiteorang sebelum pulang ke Malaysia esok paginya. Stay tuned!
![]() |
| Happy birthday Kak Retna! 🥳 🌹 |


















9 Comments
kartikasari wajib singgah...menarik menu di kampung daun
ReplyDeleteHappy Birthday Kak Retna. Whoosh... Whoosh. laju seh!!!
ReplyDeleteBaru tahu nama penuh whoosh tu.. mmg orang sana hebat bab singkatan ni... Gorpis, batagor...
ReplyDeleteKe Johor pula.
ReplyDelete.semoga selamat pergi dan balik..
Happy birthday kak Retna
Hhhahaa tq karni..
ReplyDeletePibeday Retna...
ReplyDeleteKreatif la nama Kampung Daun tu.... Nampak pun estetik
Syoknya dia…lepas shopping, makan sedap, di akhiri dengan urut badan 😀
ReplyDeleteOoh Whoosh tu singkatan, ingat kot sebab sinonim bunyi laju whoosh..
shopping is always the best part. kalau i, sure rambang mata nak beli mcm2 hahahah..bestnya naik whoosh!
ReplyDeleteWah, seronok melihat and ke Malaysia dah..ke Johior bawa fanny dan teman2 lain..happy nice day to all..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .