Post Penghargaan #2: Semua Yang Terindah

Selain dari tudung, aku turut menerima beberapa hadiah lain dari kawan-kawan bloggers 😍:


1. Hadiah Telekung Siti Khadijah pemberian Kak Retna

Alhamdulillah, ni first time aku memiliki telekung Siti Khadijah. Sedap kainnya, selesa dipakai semasa solat dan unlike Telekungtea yang bukaan mukanya tak stretchable, yang ni selesa je pakai. Amaceyyy Kak Ret!


Telekung Siti Khadijah
Hadiah #1: Telekung Siti Khadijah dari Kak Retna ♥️

2. Koleksi Hadiah Purple dari Sislin

Oleh sebab kami berdua peminat purple, jadi memang happy la bila dapat hadiah rata-ratanya warna purple dalam beg goodies dari Sislin ni hihi. Di dalamnya ada lilin wangi dari BBW, casing hand sanitiser (aku gantung dekat handbag), tudung purple (tak sempat pakai lagi!), body mist dan shower gel bubblegum dari Elianto. TQ Sislin! 


purple goodies
Hadiah #2: Purple gifts dari Sislin ♥️

3. ZUS Birthday Voucher dari Blogger Rahsia & BFF Eva

Terharunya dapat birthday voucher dari seorang blogger ni on my birthday 😍. Alhamdulillah dah selamat redeem birthday cake, pasta dan minuman ZUS minggu lepas masa keluar dengan Khadeeja. Nak mention nama, tapi dia nak keep it secret 🤐. Untuk menghormati permintaannya, aku tak letak nama dia kat sini tapi aku masukkan jugak dalam blog sebagai kenangan sebab blog ni ialah my journal 😊. TQ secret blogger, for the lovely treat! 😘


ZUS Coffee
Hadiah #3: ZUS Birthday Treat from secret blogger ♥️

Selain dari kawan blogger ni, my BFF dekat UTM pun bagi birthday voucher ZUS jugak 🥰. TQ Eva 🫶🏻.


4. Pewangi Kereta La Bonte Paris dan Seluar Jeans dari Fanny

Sebenarnya dua-dua benda ni ialah barang yang aku pesan dari Fanny untuk beli kat sana sebab cuma dijual online di Indonesia. Niat aku nak bayarkan harga barang-barang ni bila sampai sini tapi rupa-rupanya Fanny ada niat lain - dia bagi sebagai birthday gift pulak! Ya Allah, tak cukup lagi ke hadiah buah tangan yang kamu kasi tu Fanny? 🤣 Macam tu la bila dapat kawan pemurah giler macam Fanny ni. Apapun, TQVM Fanny, sebab dua-dua ni aku memang suka jadi bertambah suka bila diberi sebagai hadiah birthday 😘. So sekarang ni kereta aku wangiiiiii lalalalala~ (baunya macam wangian English Pear & Freesia by Joe Malone). Seluar jeans tu in my next entry tau.


La Bonte Paris car diffuser
Pewangi kereta La Bonte Paris dari Fanny ♥️ (Kredit foto: La Bonte Paris)

Alhamdulillah, semoga rezeki semua pemberi hadiah ni dilipat-gandakan oleh Allah SWT 🤲🏻.  Ameen YRA.

Post a Comment

34 Comments

  1. Whaa, ikut senang melihat hadiah2 dan komunikasi yang terjalin pada sesama blogger.
    Moga makin erat selalu ya silaturahmi kita semua mbak :D

    ReplyDelete
  2. Hahahaha suka bila ko suka..
    Harap pin tudung tu bertahan laa ya, jangan hilang-hilang hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik banyak tak ralat bila hilang hahahaha!

      Delete
  3. Hebat hadiah ni, rezeki yang tak terduga..tahniah dan syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat sahabat2 yg baik2 Cikgu 😃

      Delete
  4. Alhamdulillah ramai yg sayang sis ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis, kita pun sayang kawan2 kita semuanya 🥰

      Delete
  5. Alhamdulilah kita sesama dpt pahala hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga pahala ibadah setiap kali solat dengan telekung ni mengalir juga dekat Kak Ret 🤲🏻

      Delete
  6. moga murah rezeki semua kwn2 yg bagi hadiah kat u ;) best dpt kwn2 baik2 ;) car perfume tu memang nampak best laaaa...wangiannya tu pun i suka laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 saya doakan kawan2 yg bagi hadiah ni semuanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT 😊 yes, ni my favourite home perfume. Bila guna dalam kereta rasa macam kat rumah wangiiii

      Delete
  7. Menarik semua hadiahnya Carneyz. Tumpang happy.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya baca entri penghargaan macam ni. Bertambah-tambah koleksi hadiah birthday Carneyz ya, siap ada secret blogger lagi bagi ZUS Coffee! Terpancar kebahagiaan kat situ. Tumpang gembira tengok ukhuwah korang semua, moga kekal sampai bila-bila. SA pun ada hadiah dari kawan2 yang x nak kita expose nama diorang...nanti SA buat entry...banyak sangat nak dijadikan entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tahun ni dimurahkan rezeki terima hadiah dari kawan2 dan keluarga 🥰 semoga rezeki yg memberi ni semua pun dimurahkan jugak oleh Allah SWT 🤲🏻

      Delete
  9. semoga murah rezeki pada mereka semua yg berkongsi! kalau orang yg bagi hadiah ni memang appreciate sangat2. kadang tu guna with care sebab sayang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mazni. Bila dapat sebagai hadiah mmg kita pakai dan jaga dengan baik sebab menghargai pemberian orang 😊

      Delete
  10. alhamdulillah...
    semoga pahala si pemberi akan mengali sampai ke akhirat nanti
    aminnnn

    ReplyDelete
  11. mcm2 hadiah dpt tu..best...akak dpt juga telekung SK dlm box tu dr bos time farewell aritu color grey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Best kan telekung Siti Khadijah ni. First time pakai, baru tau kenapa ramai orang beli.

      Delete
  12. Alhamdulillah rezeki semua nya.

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah atas rezekinya.

    ReplyDelete
  14. Karni pun banyaaak bagi hadiah ke saya 🤗🤗🤗. Thank youuuu sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sebanyak kamu 🥰 setakat ni semua yg kamu bagi saya pakai dan sukaaaa sekali

      Delete
  15. Alhamdulillah...rezeki.. semoga murah rezeki pemberi...seronok penerima...

    ReplyDelete
  16. Aamin doanya...Semoga terus dipanjangkan usia si pemberi. Syoknyaaaaa...Alhamdulillah rezeki...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .