Me Time Kali Ketiga

Agaknya ada tak orang yang macam aku ni ye? Bila dah kerap berhu-ha (berjimba) dengan kawan-kawan, mesti nak recharge energy ber 'me time' sorang-sorang 😜. Iye, seketul Gemini yang setengah personalitinya suka bersosial dan setengah personaliti lagi suka menyendiri. Yihh. Kekadang tak faham diri-sendiri tapi dah lepas 40an ni, malas nak faham dah hahaha! Terimalah diri-sendiri seadanya 🤪.

Minggu lepas aku terasa nak ber 'me time' lagi. Macam biasa, tempat 'me time' aku tak jauh dari rumah i.e. di Sunway Putra Mall (SPM). Kali terakhir keluar 'me time' bulan April. Eh, dah jadi setiap 2 bulan aku keluar 'me time' rupa-rupanya 🤔.

Selepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku terus drive ke SPM. Ada appointment buat detox hair treatment dekat Le Classic Hair Studio.

Syok jugak buat treatment ni, rasa ringan dan sejuk je kepala lepas tu. Normal price RM148 tapi dapat free sempena birthday month ✌🏻.


Le Classic Hair Studio
Melangkah keluar dengan confident selepas buat treatment percuma 🤭

Lepas tu aku masuk Uniqlo pulak. Nak cari blouse untuk diri-sendiri dan pakaian dalam untuk anak-anak. Tertarik dengan linen shirt dan rayon shirt ni. Jadi try la dua-dua. Anywayyyy, Fanny thank youuuu suka sangat dengan seluar jeans yang dia beli kat Jakarta dan hadiahkan ni 😍. Actually aku silap pilih saiz masa dia tanya, longgar sikit jadi kena pakai tali pinggang tapi kain jeans ni terletak elok je. Walaupun baggy, tapi ada slimming effect gitu 😜. Lurveeee sangat! 🫶🏻.


Uniqlo
Jujurnya, kain linen lebih structured dan cutting cantik dari rayon tapi rayon lebih sejuk dan nyaman dipakai dalam cuaca kat Malaysia yang panas sekarang ni. Jadi akhirnya aku pilih rayon shirt tapi ambik warna hitam sebab senang nak matching dengan jeans/seluar/skirt yang ada.

Uniqlo
Alhamdulillah ada birthday voucher jugak, jadi marilah kita guna 🤭

Dah setel shopping baju, singgah di Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) makan tengahari dan lepak sambil minum kopi dan blogging. Since aku baru je register jadi member di apps CBTL ni, ada welcome drink buy 1 free 1. Aku dah siap-siap bawa tumbler dari rumah jadi aku mintak staff CBTL isi minuman free tu dalam tumbler untuk diminum di rumah.


myCBTL
Memandangkan aku mengopi sorang-sorang je jadi minuman yang free tu aku bawak balik minum kat rumah je

The Ultimate Mocha Ice Blended
Kali ni aku pesan chicken lasagna dan minuman pulak aku pilih The Ultimate Mocha Ice Blended


blogging
Lepas makan, bukak blog reply komen lepas tu buat draft entry baru

Dah setel satu blog entry, moh ler balik. Sesekali keluar 'me time' ni seronok jugak. Dapat jumpa orang tapi tak payah bersembang. Tengok je kihkih.

Korang suka tak 'me time'? Apa aktiviti 'me time' yang korang suka?

Post a Comment

0 Comments