Menikmati Coklat Premium di The RR Chocolate (Bahagian 1)

Salam Jumaat semua,

Tahun ni alhamdulillah rezeki aku dimewahkan dengan coklat! 😅 Kakak balik dari Brunei, dapat coklat. Pergi staycation, dapat coklat. Birthday, dapat coklat.  Jumpa Anies, dapat coklat. BFF datang rumah, dapat coklat lagi. Dan yang latest ni, Fanny belanja coklat di The RR Chocolate (TQ, Fanny! 😍).

Masa kiteorang sampai ke Jakarta, Fanny bawak kami sekeluarga keluar makan malam dan lepas tu, dessert hunting di Pacific Place mall. Tempat yang kiteorang pergi untuk mencari dessert tak lain tak bukan ialah di sebuah kafe / butik coklat premium iaitu The RR Chocolate.


Pacific Place Jakarta
The RR Chocolate - jenama coklat artisanal premium dari Indonesia

Oleh sebab aku snap banyak gambar dalam kedai ni, jadi cerita tentang pengalaman ke The RR Chocolate ni ada 2 bahagian - bahagian pertama aku nak bawak korang tengok produk coklat premium yang dijual di butik coklat ni dan bahagian kedua nanti aku cerita pasal dessert yang kiteorang pesan di kafe ni.

Kalau di Malaysia kita ada coklat Beryl's sebagai jenama coklat premium lokal, di Indonesia pulak ada The RR Chocolate. Kedua-dua jenama ni menggunakan konsep "Bean-to-Bar" atau "Bean-to-Chocolate" - maksudnya dieorang control proses pembuatan coklat dari A-Z  bermula dari mendapatkan sumber biji koko dari serata dunia kepada pembuatan coklat di kilang sendiri. So tak hairanlah coklat dieorang berkualiti tinggi.


The RR Chocolate
The RR Chocolate mengamalkan model "Bean to Chocolate" dalam penghasilan produk coklat mereka

Dari luar lagi, butik coklat ni nampak sangat eksklusif. Bila kiteorang masuk, perkara pertama aku nampak ialah deretan produk coklat yang dipamerkan memenuhi 3/4 ruang dinding dalam butik ni. Aku terus rambang mata tengok pilihan coklat 🤩 - ada macam-macam perisa antaranya coklat susu (milk chocolate), coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) dan perisa-perisa lain (mint, kopi, lemon, perisa daun limau purut pun ada!).

Coklatnya dijual dalam bentuk bar, dragées (coklat dengan inti kekacang, buah-buahan etc.), blok, squares (coklat dalam paket mini), biskut, pralines, bon bon, artisan dan macam-macam lagi.


The RR Chocolate
Atas - dragées classic (kekacang / buah-buahan bersalut coklat), coklat blok
Bawah - coklat bar

The RR Chocolate
Atas - wall dragées dengan bermacam-macam perisa
Bawah - coklat bar dan coklat blok

The RR Chocolate
Atas: Coklat blok, bawah: biskut coklat

The RR Chocolate
Coklat gelap squares dengan perisa yang unik - daun limau purut, kelapa, strawberry, raspberry, lemon etc.

The RR Chocolate
Patung chef atas display ni dibuat 100% dari coklat tau!

The RR Chocolate
Replika buah koko ni pun sama, 100% dibuat dari coklat tapi untuk display je la, bukan untuk dijual

Selain dari produk coklat asli, ada jugak coklat artisan dan pastries (kek dan petit gâteux) yang dibuat dari coklat. Fanny bermurah hati hadiahkan anak-anak sekotak coklat pralines sebagai cenderahati dari Jakarta. Rambang mata anak-anak nak pilih sebab semua nampak menarik dan sedap!


The RR Chocolate
Atas: pralines dan bon bon, bawah: kek coklat

The RR Chocolate
Close-up sebahagian coklat dalam glass display yang menarik dan comel

Harga coklat kat sini boleh tahan pricey jugak la tapi well-justified sebab coklat yang dijual di butik coklat The RR Chocolate ni semuanya dibuat dari bahan-bahan premium dan biji koko yang diimport.


The RR Chocolate
Harga set hadiah ni ialah 1 juta rupiah (lebih kurang RM230+)

Tapi nak kata harga dia tersangatlah mahal pun tak jugak. Contohnya coklat blok yang dijual di The RR Chocolate berharga RM15+ kalau nak dibandingkan dengan coklat import lain macam Whittaker's yang hampir cecah RM30. Coklat di The RR Chocolate ni masih dianggap affordable, bukan level kayangan macam Godiva atau Läderach.


The RR Chocolate
Coklat-coklat yang dipamerkan di kedai butik coklat ni

The RR Chocolate
Semuanya menarik. Lain kali ke Jakarta lagi boleh la beli untuk hadiah / buah tangan

Kalau korang peminat coklat, korang wajib singgah di The RR Chocolate di Jakarta. Aku check kat IG dieorang, The RR Chocolate ni ada banyak cawangan termasuk di Plaza Indonesia, Plaza Senayan dan Terminal 3 Soekarno-Hatta International Airport pun ada jugak. 

Next entry, aku akan review dessert dieorang pulak. Stay tuned!

Post a Comment

8 Comments

  1. Meriahnya dengan coklat di merata - rata. Di sana di sini dan di sinun juga

    ReplyDelete
  2. Aduiii tak tertahan tengok chocolate di The RR CHOCOLATE ni

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat coklat glass display tu, kalau beli sayang nak makan. Nak tenung belek aje 😁

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang macam Beryl's kan. Bestnya sorgaaa cekelat.

    ReplyDelete
  5. Cantik la choc- choc tu...kreatif diorang erk...

    ReplyDelete
  6. Ha ini kalau bawa family mmg confirm 1 luggage kitrg borong ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .