Malam Isnin lepas, BFF aku Jen singgah ke rumah sebab nak ambik sesuatu dari aku. Kira advance birthday gift la untuk dia, tapi tak boleh nak pass gitu je so dia pun datang ambik kat rumah.
Tup-tup dia pun hulur paperbag yang agak besar kat aku. "Your favourite chocolate," katanya sambil tersengih.
Mak aih, sekali tengok dia bagi aku hadiah coklat premium GODIVA 😍! Aku suka betul dapat hadiah coklat, tak kira la jenama apa pun tapi GODIVA ni memang di luar jangkaan aku la hehe.
Dalam paperbag tu, bukan setakat ada gift box coklat, tapi ada GODIVA special design tote bag dan keychain charms sekali. Comel sangat keychain charms untuk gantung kat tote bag tu!
![]() |
| Hadiah dari BFF Jen |
Dalam gift box pulak, ada signature tablet dark chocolate roasted almond, dark chocolate pearls, Blond G Cube dengan Lady GODIVA milk chocolate biscuits. Lumayan hadiah dari Jen ni. Sayang pulak nak makan 😅.
![]() |
| TQ Jen 😘 |
Nak tengok rupa tote bag, boleh la tengok kat IG post ni:
Alhamdulillah atas rezeki kawan-kawan yang baik 🥰.


0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .