Makan Tengahari di Boat Noodle

Pulang dari program sumbangan pakaian dan barangan terpakai, Suami Terchenta kata nak hantar kereta untuk dicuci. Jadi kiteorang pun singgah di sebelah bangunan One Maxim, Taman Pelangi. Sementara tunggu kereta dicuci, dia ajak makan sebab kiteorang tak makan lagi dari pagi (sibuk mengemas). Tempat makan yang terdekat ialah Boat Noodle, jadi ajomm!


Thai food
Dah lama tak singgah makan di Boat Noodle


Thai food
Cinonet je mangkuk boat noodle ni

Thai food
Suami Terchenta tengah berkerut kening pilih menu makanan 🤭

Menu wajib kat sini ialah Thai Boat Noodle. Kiteorang ambik dua-dua jenis - ayutthaya (dengan rice noodle) dan pathumthani (dengan springy noodle) dengan bebola daging:


Boat Noodle
Thai Boat Noodle

Memandangkan kiteorang lapar giler, kiteorang ambik jugak 3 topping dengan 1 side dish:


Thai food
Atas, kiri: Thai crispy chicken wantan; Atas, kanan: chicken skin
Bawah, kiri: Thai crispy spring roll; bawah, kanan: Ayam legend

Sepatutnya topping makan sekali dengan Thai boat noodle tu tapi sampai lambat pulak. Boat noodle dah habis baru sampai topping 😅. Aku suka dipping sauce ayam legend tu, ada rasa sos ikan dalamnya.

Faham-faham je la saiz boat noodle tu cinonet je kan. Dulu masa awal-awal Boat Noodle dibuka, harga semangkuk tu dalam RM1+ je kot. Sekarang dah RM3.50 tapi saiz nya gitu la jugak. Oleh sebab tak yakin boat noodle tu boleh mengenyangkan kiteorang berdua, jadi order la juga lava egg krapow:


Boat Noodle
Nama je gempak, tapi sebenarnya nasi ditutup dengan telur dadar macam nasi pattaya dan dihidangkan dengan krapow. Aku pilih yang less spicy.

Tapi mujurlah order satu je untuk kongsi makan berdua sebab portion nya agak banyak.

Untuk dessert, aku teringin nak makan pulut mangga lepas baca blog Sis Ezna. Jadi order la jugak pulut mangga ni:


Boat Noodle
Thai Mango Sticky Rice

Akhir sekali, untuk minuman Suami Terchenta pilih mango smoothie dan aku pulak ambik Cha Yen (Thai Iced Tea).


Boat Noodle
Minuman tak habis sebab dah kenyang makan, jadi bawak balik habiskan kat rumah

Alhamdulillah atas nikmat-Nya...

Post a Comment

18 Comments

  1. Sha teruja tengok kulit ayam tu.. Nampak rangup betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rangup Sha. Makan krupkrapkrupkrap tau2 dah habis hehe

      Delete
  2. i dh lama tak singgah boat noodle ni..i suka roti steam cicah pandan kaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba pulak roti steam cicah pandan kaya kat sini. Next time i cuba jugak la

      Delete
  3. lama tk singgah ada pulut mangga skarang..ayam legend tu fav tp tula dh makin kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, portion ayam tu saiz paha ayam kecik je.

      Delete
  4. Replies
    1. Kiteorg pun sama, kebetulan ni kedai makan terdekat dgn tempat car wash tu yg singgah sini

      Delete
  5. Tak pernah makan kat sini. Selalu ajak anak2 nak cuba tapi dorg taknak pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa anak2 saya pun tak minat makan kat sini sbb bukan taste dieorg

      Delete
  6. Boat Noodle Kluang Mall dah tutup tapi puas juga makan sana repeat few times. Suka pad thai dia..

    ReplyDelete
  7. ammi ni dah berzaman tak makan boat noodle...last makan masa Khilfi sekolah rendah, kami dating berdua kat situ. makan punyalah banyak bowls tapi tak kenyang2 ehhhhhh ranap duit mak nyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak last makan (sebelum entry ni) tahun 2023 kot. Memang lama giler tak singgah sini sbb anak2 tak minat sgt makanan Thai

      Delete
  8. Memang betul, mangkuk dia comel je kan, kalau tak menambah memang tak sah kalau nak bagi kenyang! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, setakat 2 mangkuk cinonet, tak kenyang la tu yg tambah lagi egg lava krapow.

      Delete
  9. dah lamaaa sangat tak makan boat noodle ini... dulu ada di mall dekat rumah saya... tau2 pas dicek dah tutup... tapi masih ada di cabang lain, hanya saja jauuuuuuh hahahahaha... ntah kapan lah nak coba lagi.. memang sukaaa. justru enak kalau kecil2 porsi nya kan.. bisa pesan macam2 rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya baru tau Boat Noodle ada jugak di Indonesia ya. Boat Noodle sama Bananabro tu pengasasnya sama.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .