Senaman dan Lunch Semalam

Semalam cuaca agak panas dan udara pun dah mula bau asap jerebu. Niat asal nak brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa terpaksa dibatalkan dan ditukar ke senaman dalam gym.

Macam biasa, sebelum pergi bersenam aku keluar breakfast dengan Suami Terchenta di restoran mamak. Lepas tu, aku gerak balik ke rumah dan Suami Terchenta pulak ke ofis. 

Dekat gym aku buat senaman berjalan atas treadmill selama 30 minit je. Semalam ada satu reel ni lalu kat IG aku, coach ni kata berjalan sebenarnya tak bagi impak sangat pun untuk bakar lemak. Jadi dia cadangkan berjalan cukup buat 30 minit untuk naikkan heart rate dan diikuti dengan strength training. Aku pulak dah lama ngelat buat strength training 😅. Memang high time untuk mula balik balik strength training. Tapi disebabkan aku baru je buat fisio minggu lepas, jadi aku buat senaman yang tak terlalu strenous dan ambik masa 10 minit je iaitu lunges dan overhead press dalam satu gerakan. 


apple fitness
Workout of the day

Dah setel senaman, aku pun naik semula ke rumah untuk mandi. Tengahari pulak, mula-mula ingat nak buat wrap tuna untuk lunch, tapi tekak tak terasa nak makan wrap. Sudahnya ni la hidangan makanan tengahari aku - telur dadar, ayam goreng lauk makan malam sebelumnya, sesudu sambal penyet, nasi sebesar penumbuk, salad dan sebiji epal. Kalau ambik gambar tunjuk kat pakar pemakanan Naluri, confirm lunch ni akan dikategorikan sebagai 'moderate' je pastu disarankan tukar ke dada ayam rebus, telur rebus dan jangan letak sambal penyet 😜. Nasi tu pulak kena tukar ke beras perang. Tapi mujurlah zaman pakar pemakanan judge apa aku makan ni dah berlalu. Sekarang ni aku makan je apa aku nak janji jaga portion, gula dan garam dalam masakan ðŸ¤­.


asian lunch
Makanan tengahari yang simple

Itu je la kot cerita hari semalam. Akhir-akhir ni aku malas nak keluar rumah jadi takde idea sangat nak menulis apa kat blog ni.

Post a Comment

0 Comments