Semalam agaknya kebetulan ramai kawan-kawan yang post berkaitan rasa syukur. Mama Zharfan menulis tentang konsep rezeki yang bukan tertakluk pada wang gaji je ('A Thankful Heart is a Happy Heart'). Cikgu Etuza menulis tentang rasa syukur atas semua nikmat yang dikurniakan dalam hidupnya ('Syukur Alhamdulillah For Everything'). Cik Nur menzahirkan rasa terima kasih atas ujian dari Allah sebagai tanda cinta Allah pada hamba-Nya ('Terimakasih Allah').
Bila membaca semua entry ni, dalam hati aku terdetik pulak - what am I thankful for today?
Selepas Subuh, aku tengah bermalas-malasan atas katil sambil melayan IG. Tiba-tiba lalu satu reel ni - seorang fitness influencer mat salleh yang menderita penyakit Charcot-Marie-Tooth (CMT). Penyakit ni membuatkan ototnya semakin lemah dan lama-lama akan kehilangan otot because it's a degenerative disease (penyakit distrofi otot).
Mamat ni bagitau dia rindu nak berlari macam dulu tapi tak dapat disebabkan penyakit ni. Jadi dia pun membuat pesanan dekat semua yang menonton IG reel dia:
'So the next time you go for a run, I want you to do something for me. I want you to enjoy it. I want you to enjoy the feeling of going throughout this world of your own steam, no battery, no car, no bike...'
Sumber: IG @walsh.fit
Ayat dia tu membuatkan aku rasa sedar yang aku patut bersyukur sebab aku masih boleh berjalan. Masih mampu berlari. Alhamdulillah.
Lepas tengok reel dia ni, aku pun bangun dan tukar pakaian. Pergi sarapan dengan Suami Terchenta macam biasa. Lepas tu aku singgah ke Taman Tasik Titiwangsa, jugak macam biasa. Cuma kali ni dalam hati aku tak rasa 'terpaksa' pergi bersenam. 'Terpaksa' brisk walk. 'Terpaksa' lari. Dalam hati aku berubah jadi rasa 'syukur'. Syukur aku boleh bersenam. Boleh brisk walk. Boleh jogging sikit-sikit walaupun lutut masih belum pulih sepenuhnya.
Thank you, Mr. Walsh. I enjoyed my run yesterday. I enjoyed the weather. I enjoyed being out in the open air. I enjoyed looking at the lake's reflections. I enjoyed the greeneries surrounding me. I enjoyed choosing my path. I enjoyed the fresh air. I enjoyed the blue sky. I enjoyed stopping to take beautiful photos. I enjoyed every single things during my walk / run!
![]() |
| Alhamdulillah untuk cuaca elok, kasut sukan baru dan kaki yang masih kuat melangkah! |

13 Comments
always count our blessings! memang kena bersyukur for every lil things jugak..alhamdulillah. have a blissful friday!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya. Salam Jumaat.
ReplyDeleteNikmat mensyukuri itu mmg besar kan sebenarnya.. kdg2 kita yg lambat nak feel dan hanya sedar bila dah tak boleh atau tiada.. Salam Jumaat..
ReplyDeletebetul laa kata nabi SAW:
ReplyDelete"sihat sebelum sakit"
nikmat sihat tu mahal harganya dan ia perlu hadir dengan rasa syukur...
Kadang2 memang ada something yang menyedarkan kita untuk sentiasa bersyukur.
ReplyDeletecantik view..apa2pun sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada
ReplyDeleteKita selalu lupa/tak perasan nikmat yang kita ada sebab benda tu sentiasa ada, bila tengok orang hilang nikmat yang kita ada, barulah kita tersedar.
ReplyDeleteAkak masih bersedih atas pemergian si anak bulu, tapi tetap ucap syukur sebab Allah bagi rasa nikmat seronok bahagia Allah pinjamkan dia 🥹
Alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada..
ReplyDeleterare jugak penyakit dia dapat tu, semoga dia kuat tempuh ujian hidup. terima kasih atas peringatannya, minggu ni malas nak briskwalk sebab rasa terpaksa buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, indah sangat perubahan mindset ni. Enjoying the run memang terasa nikmat tubuh badan.
ReplyDeleteWe should be thankful for everything in our life. Besar, kecil, banyak, sikit semuanya adalah rezeki utk disyukuri.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Setiap hari setiap masa kita perlu bersyukur.
ReplyDeleteThank you so much for sharing such inspiring stories.. and have a great weekend ahead
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .