Salam Isnin kawan-kawan,
Jumaat lepas masa aku tengah brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa, tetiba dapat wassap dari BFF Nurul bagitau dia ada order something untuk aku dan parcel tu dah sampai ke rumah aku. Eh, eh... takde angin, takde ribut tetiba je dapat hadiah lagi 🤩. Aku pun cakap ok nanti aku singgah ambik hadiah tu di bilik parcel.
Lepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku singgah ambik parcel dari Nurul dan terus naik ke atas. Nurul mintak aku check hadiah tu sampai elok ke tak sebelum dia release payment ke seller. Jadi tanpa berlengah lagi, aku pun bukak bungkusan plastik hitam tu.
Dalamnya ada kotak Lovera Collections yang comel ni:
![]() |
| Hadiah mangkuk lawa. Kalau kotak pun dah lawa mesti mangkuknya lawa kan? Kata aku dalam hati hihi. |
Marilah kita unboxing kotak ni bersama-sama:
![]() |
| Penutup mangkuk ni ada dial untuk memudahkan kita check bila makanan tu disimpan |
Alhamdulillah, selamat mendarat semuanya, takde yang pecah. Betullah firasat aku, mangkuk ni memang gorgeous giler! Suka betul tengok corak botanic floral lunar blooms kat tepi mangkuk tu 😍:
![]() |
| Pandai ko pilih corak ni Nurul! |
Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat baik aku Nurul atas pemberian mangkuk yang lawa ni. Semoga dimurahkan rezeki lepas ni, Ameen YRA! 🤲🏻
Nota kaki: Alhamdulillah atas rezeki teman-teman yang baik semuanya 🥰



0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .