Semalam aku pergi klinik sebab dah tak tahan batuk tak sembuh-sembuh sejak kena flu 3 minggu lepas. Lepas tu ada masalah lain jugak so aku syak ada jangkitan kuman.

Dulu aku kurang ambik berat pasal jangkitan kuman. Tapi bulan lepas aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat / ex-colleague masa aku di tempat kerja lama, yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah. Sebelum ni sihat-walafiat, tiba-tiba dengar dah takde. Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila kuman dah terlampau banyak dalam darah sampai masuk ke jantung atau otak, itu yang bahaya.

Aku pergi ke klinik di Sentul Boulevard. Doktor perempuan India yang aku jumpa tu memang bagus. Dia teliti tanya soalan-soalan berkenaan sejarah penyakit sebelum ni dan simptom-simptom yang aku hadapi. Dia sarankan aku buat ujian darah untuk tau sama ada ianya jangkitan kuman atau virus. Baru dia boleh rawat dengan betul. Kalau jangkitan virus, lain rawatannya. Kalau jangkitan kuman, ya kena bagi antibiotik.

Hasil dari ujian darah tu, doktor tu terangkan kepada aku bacaan darah selepas tu. Macam yang aku syak, memang ada jangkitan kuman. Jadi doktor bagi aku antibiotik yang aku kena ambik 2 kali sehari dan perlu dihabiskan dalam 5 hari.

Aku cerita batuk aku agak teruk especially waktu malam masa baring. Dia syak aku kena GERD lagi. Erk. Memang aku ada langgar pantang minum kopi ni masa bawak Louis ke kafe tempoh hari. Huhu. So dia bagi jugak ubat sakit perut.

End up, banyak jugak ubat-ubatan yang doktor bagi. Ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik, ubat sakit perut dan air garam untuk kencing kotor (agak teruk jangkitan kali ni sampai kena kencing kotor).

Siap doktor pesan kat aku, 'Puan, kalau kena flu lagi, terus pergi klinik saya bagi antibiotik siap-siap takde la kena makan banyak ubat macam ni.'

Baik, doktor. Lesson learnt.