tiket balik raya


Bila nak raya je, mulalah keluar spreadsheet tiket balik raya aku ni. Orang Sabah/Sarawak yang lama bermastautin di Semenanjung je tau betapa pentingnya skill cari tiket raya ni 😂. Jom aku kongsi sikit tips beli tiket balik raya:

Tips #1: Jangan cari last minute

Sebelum masuk bulan puasa, dah mula kena cari tiket balik raya. Kalau lambat cari, harga tiket tu macam pergi balik ke Jepun gamaknya. Tapi ada kemungkinan ada flight tambahan ke Sabah / Sarawak musim raya ni jadi tiket mungkin lebih murah. Cuma risikonya ialah benda tu tak pasti ada ke tak. Kalau bajet balik kampung tak berapa besar, lebih baik play safe.

Tips #2: Rancang perjalanan

Tahun ni Insha Allah kiteorang balik ke kampung aku pulak. Jadi dari KL akan singgah ke Bintulu dulu bermalam di rumah mak dan lepas tu barulah kiteorang adik-beradik gerak ke Igan (kampung). Hari Raya ke-5, kami akan balik ke Samarahan (rumah parents-in-law) pulak, jadi kena carik tiket ke Kuching jugak.

Jadi first step, kena identify beberapa pilihan destinasi kapal terbang mengikut perancangan balik kampung kiteorang tu:

  • Pilihan A : KL - Bintulu - KL
  • Pilihan B: KL - Bintulu - Kuching - KL
  • Pilihan C: KL - Kuching (balik sebelum raya) - Bintulu - KL
  • Pilihan D: KL - Bintulu - Mukah - Kuching - KL

Lepas dah decide flight routes, bandingkan pulak harga tiket pada minggu nak terbang pergi/balik dan cari tarikh yang menawarkan tiket termurah:

  • Pergi: paling murah weekend seminggu sebelum raya, diikuti tengah-tengah minggu (Rabu) sebelum raya. 
  • Balik: paling murah lepas 2 Mei (lepas Hari Buruh).

Tips #3: Pertimbangkan faktor-faktor selain harga tiket

Kadang-kadang harga tiket dah murah, tapi ada kos tambahan lain yang kena dipertimbangkan jugak, contoh dalam kes kiteorang:

  • Kos boarding kucing - kalau balik seminggu awal, ongkos hantar Louis ke pet boarding pun naik.
  • Anak-anak kena ponteng sekolah seminggu dan sehari lepas cuti sekolah tamat.
  • Kos tambahan - kos tambah baggage, perlu bermalam di airport atau tak, naik ERL / Grab etc.
  • Reliability syarikat penerbangan - walaupun tiket murah, tapi kalau asyik delay / cancel / retime akan mengganggu kelancaran perjalanan musim raya ni.

Tips #4: Guna miles point / beli tiket asing-asing / guna Shopback untuk dapatkan lebih penjimatan

Aku redeem Enrich point dan beli tiket asing-asing untuk jimatkan lagi pembelian tiket MAS. Caranya, aku buat 2 kali pembelian - economy basic (dapat 40kg checked-in luggage percuma keseluruhannya dan diskaun tiket kanak-kanak 10%) untuk tiket aku dan Khadeeja dan economy lite (lebih murah sebab takde checked in luggage) untuk tiket Suami Terchenta dan Khayla.

Harap tips ni membantu kawan-kawan yang tengah cari tiket flight balik raya 😅

Lepas study semua option yang ada, akhirnya kiteorang ambik pilihan B:

  • KL ke Bintulu - MAS, ada direct flight dan kiteorang tak berani ambik risiko naik AirAsia sebelum Raya 😂  
  • Bintulu ke Kuching - AirAsia, ada direct flight dan harga tiket lebih murah. 
  • Kuching ke KL - Malindo / Batik Air, harga sama macam AirAsia tapi dapat percuma 20kg luggage checked in seorang.
Kalau korang ada tips yang lain, boleh share dekat komen ye. Mana tau boleh jimat lebih banyak pulak tahun depan 😄