Pagi semalam Suami Terchenta kata nak bekerja dari rumah je jadi lepas hantar Khadeeja aku ajak dia ke pasar Chow Kit membeli barang dapur sebelum dia masuk bekerja. Pagi Isnin tak ramai orang marketing di sini. Mungkin sebab hari bekerja atau bulan puasa, tak pasti la pulak kenapa. Gerai pun ada yang tutup tapi aku masih dapat sayur-sayuran dalam senarai shopping.


Pasar Chow Kit
Sibuk memilih sayur sampai tak perasan bila Suami Terchenta ambik gambar

Aku suka ke sini sebab boleh beli daging, ikan, sayur dan buah-buahan. Kiranya one-stop market la, semua boleh cari kat sini. Pulang dengan membawa ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kiteorang beli buah mangga dan buah jambu air. Oleh sebab anak-anak tak suka makan sayur kat rumah ni wajib ada buah.

Petang tu aku masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah yang aku dah perap lepas pulang dari pasar:

ayam goreng berempah
TQ Suami Terchenta tolong gorengkan ayam sementara aku siapkan sambal

ayam goreng berempah
Puas hati buat sendiri, banyak serdak sebab aku letak banyak serai 😂

nasi lemak
Sebenarnya nak buat sambal petai ikan bilis tapi Suami Terchenta kata tak jumpa petai dalam tin

Dah nak berbuka puasa baru aku teringat eh, belum rebus telur! 😅 Tak sempat nak rebus, aku basuh telur dan masuk je dalam air fryer. Tapi masa tu dah masuk waktu berbuka puasa so takde la gambar telur rebusnya.

nasi lemak
Lupa nak beli timun so nasi lemak takde timun la jawabnya.

Sesambil tunggu telur masak, kita makan buah-buahan dulu.


jambu air
Jambu air ni besar dan manis, cicah dengan serbuk asam 👍🏻

mangga
Buah mangga kesukaan satu family

Alhamdulillah untuk rezeki 12 Ramadhan. 💓