tabiat buruk
 

1. Berbelanja lebih dari kemampuan

Ni tabiat paling buruk sebab akan mengundang masalah bukan setakat pada diri-sendiri malah orang lain! Lagi-lagi jenis yang dapat gaji je beli benda yang mahal-mahal atau berbelanja sesuka hati tapi bila dah 'kering' tengah-tengah bulan, mulalah kesana-sini mintak pinjam duit dari orang lain untuk survive. Bila dah bagi pinjam, buat-buat lupa nak bayar balik. Bila tak kasi pinjam, dikutuknya kawan tu kedekut. Buruk kan tabiat macam ni?


2. Bergaul dengan orang-orang yang suka memperlekehkan orang lain

Your circle of friends determine your success. Kalau nak berjaya kita kena berkawan dengan orang-orang yang positif dan sentiasa beri galakan pada kita. Hindarkan dari berkawan dengan orang yang bila kita nak buat sesuatu untuk memperbaiki hidup kita, dia suka memperlekehkan niat dan usaha kita. Kawan-kawan begini hanya menjatuhkan kita sebab taknak kita lebih berjaya dari mereka.


3. Sering menganggap diri-sendiri sebagai mangsa keadaan

Orang yang selalu melihat dirinya sebagai mangsa keadaan suka menyalahkan orang lain / takdir atas nasibnya sendiri. Dia sering merasakan kalau dia berusaha pun tak akan ada hasilnya sebab ada je orang lain yang akan menganiaya dirinya. Sebaliknya kena pupuk mentaliti seorang juara yang tak akan mengalah walau apa pun cabaran dan ujian yang hadir.


4. Banyak alasan

Pernah dengar tak kata-kata ni? Bila nak buat sesuatu jangan bertangguh, sebab kalau bertangguh atas banyak alasan selalunya tak menjadi. Tabiat memberi banyak alasan bila disuruh / kena buat sesuatu perkara ialah tabiat buruk yang tak mendatangkan sebarang faedah.

5. Terlalu cuba untuk meraih pujian dari orang lain

Orang yang hidup untuk pujian orang lain atau menjadi idola orang ramai akan sanggup buat sesuatu perkara yang bodoh atau di luar batas semata-mata untuk mendapatkan pujian dan perhatian. Contoh terbaik, segelintir golongan influencer selalu buat benda-benda bodoh atau menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial untuk meraih banyak 'likes' dan 'view' dari orang ramai, sampai ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri / bergolok-gadai demi menjaga status dan imej di media sosial.


6. Fokus hanya pada perkara negatif

Senang cerita - be positive! Bila terlalu memikirkan perkara negatif, minda kita takkan nampak peluang di depan mata. Orang yang sentiasa positif hidupnya lebih ceria dan lebih berjaya dari orang yang sentiasa berfikiran negatif.

Sumber: Internet


Nota kaki: Nak berjaya kena pupuk tabiat yang baik dan tinggalkan tabiat yang buruk.