Sambungan dari sini:

Ikutkan hati, rasa malas je nak turun breakfast sebab sayang nak tinggalkan bantal yang empuk dan selimut yang selesa dalam bilik. Tapi ish, sayang la pulak kalau tak turun kan? Jadi kiteorang pun bersiap-siap (baca: berus gigi, cuci muka dan salin pakaian) untuk turun ke restoran Latest Recipe di tingkat 5.

Mujurlah turun awal sebab kalau turun lambat, kena beratur panjang tunggu meja kosong dan kalau nasib tak baik, dapat meja di luar restoran berdekatan dengan tandas dan jauh dari zon buffet. Meja kiteorang agak strategik, dekat dengan mesin kopi dan ada staff yang jaga area tu. Jadi sekali-sekala staff tu akan tanya nak refill minuman ke, bila tengok minuman kiteorang dah habis. Selain kopi dan teh, boleh jugak pesan coklat panas which my kids memang suka sangat-sangat.


Latest Recipe @ Le Meridien KL
Restoran Latest Recipe, Le Meridien KL

Mula-mula sekali wajib pusing keliling restoran meninjau menu buffet yang disediakan. Di hotel Le Meridien KL boleh dikatakan ada banyak menu buffet yang ditawarkan dari dalam dan luar negeri. Khayla yang cerewet bab-bab makan ni pun memang rambang mata nak pilih menu yang mana satu nak ambik dulu.

Jom layan gambar-gambar makanan yang aku sempat ambik (tak semua sebab mana yang ramai orang beratur tu aku tak ambik gambar sebab segan!)


breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen pancake, crepes dan French toast dengan pelbagai pilihan sos dan topping menarik minat golongan kanak-kanak

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pilihan menu dari Timur Tengah

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pelbagai jenis yogurt, oat, panna cotta dan jus buah-buahan sedia untuk pick-me-up

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Mulakan sarapan dengan buah-buahan

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Atas: buah-buahan yang dah dipotong, bawah: pilihan sushi

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Cheese platter, kanan: Menu Jepun

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Pelbagai jenis bijirin (granola, chia seed, all bran, dll.) dan buah-buahan kering, kanan: stesen salad

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen roti dan pastries

Ni pulak video yang Suami Terchenta ambik:



Bagi aku sarapan pagi di Latest Recipe @ Le Meridien KL ni lebih sedap, pilihan lebih banyak dan lebih puas hati dari sarapan pagi di Restoran Shook! @ JW Marriott KL. Of course, harga pun lebih mahal. Overall, berbaloi turun sarapan pagi dari bergulung dalam selimut je hihi. Even Khayla pun 2-3x ambik roti bom kat sini, katanya sedap sangat. Aku pulak suka jus buah-buahan yang diperah segar dan teh tariknya yang kaw dan tak berapa manis.

Di sini jugak aku nak kongsi etika ketika pergi sarapan buffet tak kira di hotel, restoran atau majlis yang menyediakan santapan style buffet. Kata kuncinya, jangan membazir, jaga kebersihan dan bertimbangrasa dengan orang lain ok?


etika jamuan buffet
Etika semasa jamuan buffet

Cerita pasal kolam renang aku sambung dekat entri lain pulak ye. Sekarang tengah kumpulkan idea nak menulis hehe. Nantikan part 3 pulak!