Salam Jumaat semua, pejam celik dah hampir sampai ke hujung minggu... Rasa macam cepatnya masa berlalu. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman naik MRT dari Stesen Titiwangsa buat pertama kali sejak stesen MRT dibuka tahun ni. Tengahari semalam, aku keluar dengan mak ke Sunway Putra (ya, mak aku datang ke KL dan stay di rumah kakak aku sampai minggu depan). Kiteorang pergi makan kat Nando's sebab mak kata dah lama tak makan kat sana.

Lepas makan, kiteorang jalan-jalan sekejap. Sedar-sedar dah pukul 4 petang. Alang-alang kiteorang balik naik LRT, kiteorang decide nak singgah ambik Khadeeja di sekolahnya (tak jauh dari Tasik Titiwangsa). Stesen MRT paling dekat ialah Stesen Hospital Kuala Lumpur. Sebelum ni aku ingat stesen terdekat ialah Stesen Titiwangsa.

Dari stesen LRT Titiwangsa, kiteorang turun ke bawah dan ikut papan tanda menuju ke stesen MRT.


Pintu masuk ke stesen MRT dari stesen LRT Titiwangsa

Sampai kat sini, terus berjalan menuju ke eskalator bawah tanah ni.


Kena turun 2 aras tangga eskalator

Tingginya tangga ni, ada la rasa gayat sikit

Mak kata dia tak berani tengok ke bawah sebab gayat


Memandangkan kiteorang nak ke Tasik Titiwangsa, kena naik tren di Platform 1 (Putrajaya). Takde la jauh sangat pun, cuma satu stesen je sebenarnya.


Mak nak bergambar dalam tren baru

Bila dah sampai di Stesen HKL, kiteorang kena naik eskalator lagi untuk ke pintu keluar.


Harap-harap maintenance eskalator ni tip-top la sebab kalau rosak, mengah jugak nak panjat tangga naik ke atas!

Balik pulak, kiteorang naik tren di Platform 2 (laluan Kwasa Damansara).


MRT menghala ke Kwasa Damansara

Memang impressed dengan kemudahan MRT ni. Stesen luas dan bersih. Cuma eskalator tu tinggi woo! Kalau terjatuh bergolek-golek sampai ke bawah boleh jadi arwah agaknya. Orang gayat kena naik lif atau elakkan pandang ke bawah takut pitam. 

Aku saja usik Khadeeja, lepas ni dah tau camane nak naik MRT dan LRT balik ke rumah boleh la dia balik rumah sendiri. Dia balas, penat nak menapak ke stesen MRT dan dari stesen LRT nak balik ke rumah dalam 700 meter jugak. Biasalah anak bongsu manja sikit. Lagi satu, confirm la bapaknya tak bagi dia balik naik MRT sendiri. Suami Terchenta bab anak-anak ni dia memang over-protective sebab anak perempuan. Takut kena culik katanya. Nampaknya lambat lagi la dieorang boleh berdikari naik pengangkutan awam sendiri. Umur berapa korang bagi anak korang naik pengangkutan awam sendiri? Cuba komen sikit.