Salam Maal Hijrah


Esok umat Islam akan menyambut permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Sempena Maal Hijrah 1445H yang bakal tiba, aku mohon maaf zahir & batin atas segala salah dan silap pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Semoga tahun depan akan membuka lembar baru yang lebih baik buat kita semua.

Jom kita sama-sama membaca doa akhir tahun petang ni diikuti dengan doa awal tahun selepas Maghrib kelak. Moga Allah terima taubat kita dan menetapkan hati kita dalam perjuangan hijrah ke arah jalan hidup yang lebih baik. اللَّهم آمين 🤲🏻

doa akhir tahun hijrah

doa awal tahun hijrah


Bilakah Kita Membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah?

Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 (Selasa). Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1445H.