Hari Raya Aidiladha lepas, aku keluar dengan kakak dan adik aku. Mula-mula kiteorang jalan-jalan cuci mata di Publika. Ternampak kedai kosmetik baru, clef. Cantik betul dekor siling kedai ni, nampak macam dalam gua berombak. Apa lagi, kiteorang singgah cuci mata kat dalam kedai ni.

Kebetulan kakak aku terjumpa losyen badan yang wangi macam dekat spa. Terus dia tanya aku nak jugak ke, sebab dia nak belanja sempena birthday aku bulan lepas. Macam orang mengantuk disorong bantal, aku setuju je hehe. Tak sangka pulak lepas tu adik aku pun belanja krim mata sekali. Tak sangka langkah kanan bila keluar dengan my sisters, dapat unexpected birthday gift 😍.


clef Publika Mall
Cuci mata di kedai kosmetik clef


Keluar dari Publika, adik kata nak tengok pameran perabot dari CUURA Space di Rumah Tangsi. Since parking terdekat ialah di Menara CIMB Jalan Raja Laut, kiteorang terpaksa menapak dalam 1km lebih ke Rumah Tangsi. 

Yang menariknya, pertama kali kiteorang tau kewujudan Jejak Warisan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Heritage Trail) iaitu laluan terowong bawah tanah nak melintas ke seberang Jalan Kinabalu dari Dataran DBKL. Mula-mula takut jugak nak turun sebab dari atas nampak gelap je terowong tu. Macam-macam kiteorang bayangkan, terjumpa sarang penagih dadah la, perompak la. Tapi takde apa-apa pun. Cuma sayangnya laluan tu tak dijaga dengan bersih dan ada beberapa tempat yang berbau hancing, mungkin malam-malam orang gelandangan tumpang berteduh di situ kot.


KL Heritage Trail
Pertama kali lalu di Jejak Warisan KL

Kalau aku tau la nak kena berjalan jauh hari ni, aku salin baju siap-siap kat rumah. Bayangkan menapak pakai jubah hitam, mak aih! 😂 Nasib baik pakai kasut yang selesa. Tapi berbaloi la jalan kaki sampai ke sini sebab tempat ni cantik giler. Bertahun-tahun duduk KL baru tau pasal Rumah Tangsi ni.

Sedikit sejarah tentang Rumah Tangsi. Rumah agam ni asalnya milik Loke Chow Kit (Jalan Chow Kit tu sempena nama ahli perniagaan ni), tauke perlombongan terkenal di KL awal kurun ke-20. Rekabentuk Rumah Tangsi dipengaruhi oleh elemen British dan Eropah dan pernah dijadikan sebagai hotel. Sekarang, Rumah Tangsi dijadikan sebagai event space untuk majlis-majlis tertentu atau galeri pameran.


Rumah Tangsi KL
Posing sakan kiteorang kat Rumah Tangsi

Mula-mula kiteorang tak jumpa galeri pameran perabot tu. Nasib baik terjumpa dengan pengawal keselamatan yang tunjukkan lokasinya. Bila kiteorang masuk tempat ni, rupa-rupanya galeri pameran perabot ni tak besar sangat dan bukanlah dalam bangunan utama. Ada pintu di tepi bangunan menuju ke galeri tu. Kalau tak jumpa pengawal keselamatan, mesti kiteorang ingat galeri tutup hari tu.


CUURA Space exhibition show
Galeri ruang tamu

CUURA Space exhibition show
Ziarah raya di rumah kawan ❎
Ziarah raya di pameran perabot ✅

Semestinya harga perabot kat sini di luar kemampuan, tapi adik kata saja-saja nak tengok. Kiteorang kakak-kakak layankan je la perangai adik bongsu ni.

Dah puas jalan-jalan kat sini, kakak ajak kiteorang ke Pavilion Bukit Jalil pulak. Haha. Memang sakan berjalan-jalan kiteorang adik-beradik hari tu. End up ke situ cuma pergi makan. Kebetulan Suami Terchenta pun bawak anak-anak ke Pavilion Bukit Jalil jugak sebab Khayla nak pergi ke Kedai Buku Tsutaya. Ada buku kesukaannya yang dia nak cari kat situ. So lepas makan, aku balik dengan Suami Terchenta dan anak-anak, kakak dan adik pulak continue jalan-jalan di situ. 

22 comments:

  1. memang seronok kalau dpt sisters day out..MZ pun ada gak buat sisters day out time balik kelantan sbb my kakak stay kelantan, and my adik stay kat penang so bila kami berjumpa 3 beradik, memang riuhlah time kuar outing bersama2 esp pegi mall or pegi mkn2, last time, pegi kaler rambut kat saloon pun bersama2 hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila jarang jumpa mesti lagi havoc bila keluar sama2 tu kan MZ hehe

      Delete
  2. dipamerkan di tempat gini mesti target market dia pun org yg very the have2...kalau standard ammi dorang pamer kat shopping mall je ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Ammi, lukisan kat dinding tu pun dah beribu2, apa lagi harga perabot 😅

      Delete

  3. Seronoknya sisters' day out...sayang sy takde kakak dekat sini hehe ..
    Rumah Tangsi ni yg opposite Library KL tu sis kan? Dulu HQ Bank Rakyat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis, opposite KL Library & belakang Bangunan Bank Rakyat.

      Delete
  4. Seru ya kalau bisa jalan bareng gitu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seronok habiskan masa dengan kakak dan adik saya 😄

      Delete
  5. Sesekali layan kakak dan adik memang akan jadi kenangan indah dan merapatkan ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa duduk satu kondo dgn kakak, selalu lepak2 rumah kakak saya, adik duduk dgn kakak skrg. Skrg dah pindah jarang2 dapat jumpa walaupun jarak kondo kiteorg 1km lebih je 😅.

      Delete
  6. Cantiknya Rumah Tangsi. Pertama kali tau ni..

    Seronok Carneyz dapat habiskan masa dengan adik kakak. Mencipta memori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Kak Ujie, saya pun baru tau pasal Rumah Tangsi ni.

      Alhamdulillah, sekali-sekala dapat luangkan masa sama2.

      Delete
  7. cantiknya ootd sini
    ciknur pun x penah sampai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jugak saya ke situ Cik Nor. Kalau adik tak bawak ke sana, memang takkan tau pun pasal Rumah Tangsi ni.

      Delete
  8. Siblings la betul² bff kita... Rumah Tangsi tu cantik menyerlah.. mmg sesuai sgt bergambar ootd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, tempat ni memang sesuai utk kaki Instagrammers ber OOTD 😄

      Delete
  9. Eh baca entry ni baru ingat lama x buat sisters day out..kena buat la ni sblom SA kawen kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan, nanti dah kawen mesti slow down sikit lepak sama adik-beradik sbb masing2 dah sibuk dgn keluarga.

      Delete
  10. Memang seronok kan sesekali dapat ber me time dengan adik beradik kita..

    ReplyDelete
  11. aku berkali-kali ke Malaysia tapi tidak pernah itinerary ke galeri kalau liburan, dulu waktu meet up sama teman blogger Malaysia diajak masuk ke museum di Malaysia, ternyata seru juga dan nggak bosan. Kita foto foto dan aku jadi belajar banyak sejarah dan budaya Malaysia.
    Terus aku diajak nongkrong di taman juga di Malaysia, lupa nama tamannya. ternyata menyenangkan juga

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .