Sambungan dari kisah pengalaman menginap di Hotel Courtyard by Marriott Melaka tempoh hari.

Masa check-in lagi dah diberitahu sarapan hotel disediakan di Courtyard Cafe yang terletak di ground floor, bertentangan dengan lobi hotel. Jadi esok paginya kiteorang turun dalam pukul 8 pagi. Mujur tak turun lebih lambat sebab ramai tetamu hotel yang ambik pakej sarapan jugak jadi restoran hampir penuh.


Courtyard by Marriott Melaka
Sarapan pagi di Courtyard Cafe

Mula-mula sampai, aku dapati servis di restoran ni agak kelam-kabut. Selalunya kalau dekat hotel lain, lepas staff hotel check nombor bilik dalam senarai, dia akan assign meja kosong dan bawak tetamu ke meja. Tapi dekat restoran ni kiteorang end up berjalan sekeliling restoran mencari meja kosong. Akhirnya jumpa meja kosong yang belum dikemas. Lepas tu kena tunggu pulak staff datang kemas dan setting meja. Aku husnuzon je la - mungkin restoran ni tak cukup kakitangan.

Memandangkan hotel ni baru, rekabentuk restorannya nampak moden dan luas. Penggunaan tona warna yang neutral  dalam ruang restoran dan lampu kuning keemasan menampilkan citarasa yang mewah.

Di ruang tengah, terdapat replika batang pokok manakala pembahagi ruang yang melengkung memberikan privasi kepada setiap tetamu semasa menjamu selera.


Courtyard by Marriott Melaka
Ruang tengah restoran


Di Courtyard Cafe, sarapan berkonsepkan buffet-style. Tetamu boleh pilih untuk menjamu selera dengan bermacam-macam jenis menu baik menu lokal seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, bubur nasi berlauk, mi kari dan mi sup; ataupun menu intercontinental seperti salad, buah-buahan,  roti dan pastry, yogurt, bijirin, keju, telur, pancake, waffle dan sebagainya. Untuk minuman pulak, tetamu dihidangkan dengan jus buah-buahan, susu, kopi dan teh.


Courtyard Cafe
Atas - egg station, bawah - minuman berjus

Kalau pergi breakfast buffet tak kira la mana-mana hotel, yang paling popular ialah bahagian egg station. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk pesan hidangan telur mengikut citarasa masing-masing - omelette, sunny side up, poached egg,  scrambled egg dan telur separuh masak (half boiled) antara menu yang popular di kalangan tetamu hotel. Ada satu keseronokan bila tengok chef prepare hidangan telur yang kita pesan di depan mata.


Courtyard Cafe
Bread & pastry

Untuk peminat pastry pulak, bahagian ni jadi tumpuan sebab menawarkan pelbagai jenis roti dan pastry - sourdough, roti penuh gandum, roti putih, bread roll, danish pastry, croissant, scones, muffin dan donut. 

Courtyard Cafe
Atas - kondimen untuk mi rebus dan mi kari
Bawah - buah-buahan dan candies

Courtyard Cafe
Atas - nasi goreng dan mi goreng, bubur nasi, samosa
Bawah - bahan sampingan untuk hidangan telur - wedges kentang, beef bacon, tomato panggang, sautéed mushroom dll.

Kalau ikutkan nafsu, memang rasa nak ambik sikit-sikit semua lauk yang ada. Tapi pagi tu aku cuma ambik roti toast, salad, poached egg, omelette, sesenduk nasi goreng dan buah-buahan. Kali ni aku pilih untuk jadi health-conscious sejak mulakan IF bulan lepas, walaupun nasi goreng tu sedap yakmat.

Dengan harga RM55nett sekepala dan 50% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas, peminat sarapan hotel pastinya akan berpuas hati dengan pilihan hidangan sarapan di Courtyard Cafe ni.