Sambungan dari:



Esoknya lepas Subuh kiteorang breakfast repeat lauk ayam masak merah malam sebelumnya. Memang bertambah-tambah nasi sebab malam tu kiteorang terlalu penat sampai tak larat makan, jadi bangun pagi tu terus lapar nauzubillah! 🤣 Tak jadi Aini merajuk sebab dia penat-penat masak tapi kiteorang makan sikit je hehe.


Ambik gambar untuk kenangan, Insha Allah ada rezeki kita datang melawat lagi

Lepas makan dan semua dah ready nak keluar rumah, sekali lagi Aini & Fazrul offer hantar ke metro station. Pagi tu sejuk sangat sampai berkabus.


Luar rumah Aini dan Fazrul

Hendon UK
Misty morning in Hendon, UK

Hendon UK
Dari Hendon Station, kiteorang naik metro selama 35 minit dan berhenti di London Bridge station

Tujuan berhenti di London Bridge station ialah sebab nak ke destinasi seterusnya dalam itinerary:

Borough Market
Borough Market ialah sebuah pasar bersejarah yang bermula pada tahun 1756. Ianya ialah pasar makanan yang terkenal di mana ramai pelancong ke sini untuk food-hunting. Selain menjual makanan yang dimasak, Borough Market jugak menjual pelbagai bahan makanan

London UK
Antara gerai-gerai yang menarik - Kiri atas: Belgian truffle mayonnaise, kanan atas: kedai menjual pelbagai barang berasaskan minyak zaitun, kiri bawah: gerai roti, kanan bawah: gerai menjual waffle, hot chocolate dan aiskrim dari susu kambing

Walaupun rambang mata dan rasa nak beli untuk bawak balik, tapi end up aku tak beli sebab was-was dengan status halal (contohnya macam truffle mayonnaise tu, walaupun aku suka truffle tapi bimbang truffle tu ialah cendawan yang digali oleh khinzir). Sama jugak dengan cheese dekat sana walaupun nampak sedap tapi risau ada bahan yang tak halal dalamnya.

London UK
Ada banyak gerai yang menjual cheese di sini

London UK
Nampak menggoda betul biskut dan pastri yang dijual di sini

Khadeeja pantang tengok pavlova macaron ni terus mintak belikan. Manis tau, dik oii!

Silap betul datang ke sini waktu perut masih kenyang sebab auto tak rasa nak makan apa-apa walaupun ada je gerai yang menarik. Tapi sebab dah sampai sini, aku beli la jugak seafood paella ni (halal) dan kongsi makan dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Sedap tapi tu la, perut masih kenyang:


Borough Market
Seafood paella

Dah setel jalan-jalan dalam Borough Market, kiteorang pun pergi ke destinasi kedua iaitu King's Cross Station.


London UK
King's Cross Station

King's Cross Station ni ala-ala KL Sentral di KL la. Stesen keretapi yang menghubungkan London dengan negara-negara Eropah yang lain melalui terminal St Pancras International ni ialah salah sebuah stesen yang tersibuk di UK. Apa yang menarik dekat sini? Buat peminat-peminat Harry Potter, semestinya kenal tempat ni sebagai stesen keretapi yang membawa para pelajar Hogwarts ke sekolah dieorang melalui Platform  9 3/4.


Platform 9 3/4
King's Cross Station

Platform 9 3/4
Barisan pelancong yang nak ambik gambar di Platform 9 3/4 sampai ke luar pintu masuk stesen!

King's Cross Station
Lepas beratur selama sejam barulah kiteorang dapat ambik gambar kat sini. Takde bayaran dikenakan walaupun ada props disediakan (melainkan kalau nak beli gambar dari jurugambar dekat situ)

Harry Potter
Barisan pelancong yang beratur untuk masuk ke kedai cenderahati menjual barangan Harry Potter

Memandangkan Suami Terchenta dah sakit belakang balik sebab beratur selama sejam, sudahnya kiteorang decide untuk balik ke Airbnb je untuk mandi, solat dan Suami Terchenta kena ambik pil tahan sakit. Kesian pulak sakit belakang pun kena paksa diri untuk bergerak sebab aktiviti seterusnya dah dibayar.

Aktiviti kiteorang malam tu ialah Christmas Lights Tour of London menaiki bas dua tingkat yang aku tempah melalui aplikasi Klooks jugak. Harga tiket untuk 4 orang ialah RM500+.


London UK
Beratur naik bas

London UK
Duduk bas open air dalam cuaca sejuk suhu di bawah 10℃, gigil beb! Sepanjang 1.5 jam atas bas tu, aku rasa muka aku beku kena angin sejuk! 🤣

Christmas Lights Tour
Bas pusing kotaraya London untuk bawak tengok monumen bersejarah dan lampu-lampu Krismas yang meriah. Malam minggu kota London memang sesak dengan orang ramai ala-ala dekat Bukit Bintang KL, tapi 3x ganda lagi sesak!

English Tea Bus
Kalau naik bas yang ni pulak siap dapat afternoon tea tapi harga lebih mahal kalau tak silap
 
London UK
Antara bangunan yang kiteorang limpas ialah His Majesty's Theatre

Video sekitar kota London yang sempat aku rakamkan dalam keadaan menggigil 😄 :


I was never more glad when the tour reached its end sebab walaupun ada hand warmer yang beli di Daiso tu pun tak cukup hangat untuk panaskan badan! Kiteorang turun je dari bas terus cari minuman panas. 

Malam tu, Aini dan Fazrul ajak kiteorang keluar makan pulak. Mula-mula dieorang nak pergi restoran masakan Malaysia, Rasa Sayang di Chinatown tapi since dinner plan ni mengejut jadi dieorang tak sempat nak buat tempahan restoran dan malam minggu pulak memang penuh restoran-restoran makanan Asia. 


London UK
Chinatown UK ada vibe Chinatown dekat KL 😁

End up dieorang ajak ke restoran makanan Itali, Vapiano.


London UK
Zaman bujang dulu aku, Aini, Fazrul dan Jen selalu keluar makan sama-sama dan sekarang pulak makan sama-sama tapi dengan anak-anak (dan Suami Terchenta)

Vapiano UK
Antara makanan yang kiteorang pesan - gambar atas: pasta yang anak-anak pesan, bawah: sup pumpkin (aku punya) dan pizza cendawan (Suami Terchenta punya)

Alhamdulillah, makan malam kiteorang dibayar oleh Fazrul. Terima kasih, Fazrul belanja makan! Semoga murah rezeki Fazrul dan Aini dan dapat selalu balik ke Malaysia 🤲🏻.

Lepas makan malam, kiteorang gerak balik ke Airbnb sebab esok pagi dah nak check out dan pergi ke airport. To be honest, 3 hari tak cukup nak explore kota London, apa lagi bila travel dalam keadaan Suami Terchenta yang sakit belakang. Tapi yang penting, tercapai hasrat nak ziarah Aini dan Fazrul di rumah dieorang lepas sekian lama dieorang mengajak ke London. Insha Allah ada rezeki lagi boleh repeat trip ke London dan melawat tempat-tempat lain pulak, especially Suami Terchenta yang kempunan tak dapat melawat stadium pasukan bola sepak yang terkenal (alasan nak mengajak ke sana lagi 😆).