Salam Hari Malaysia kawan-kawan!
Tahun ni kiteorang sambut Hari Malaysia di kampung @ Bintulu. Seawal pukul 5 pagi lagi dah gerak dari rumah adik aku di Putrajaya dan dia tolong hantar kiteorang ke KLIA. Alhamdulillah barisan check-in di kaunter MAS tak terlalu panjang macam yang aku tengok dekat medsos hari Sabtu lepas. Pendapat aku la kan, ni dah tahun 2025 kita kena biasakan diri dengan perkhidmatan layan diri / self-service check-in. Dalam kes kiteorang, terpaksa jugak ke kaunter sebab tiket Khayla dibeli guna akaun pelajar MHExplorer jadi nak tak nak kena jugak ikut berbaris di kaunter. Kalau tak, aku lagi suka check-in dekat apps MAS je. Tapi aku husnuzon, mungkin ada yang jarang atau tak pernah travel guna flight jadi dia belum biasa dengan proses ni.
![]() |
| Macam biasa kalau dari KL, aku lebih suka naik MAS / Batik Air bila ambik flight awal pagi sebab terminal KLIA tak sebesar KLIA2. Kalau ambik AA, silap-silap awal pagi dah kena berlari maraton nak ke pintu perlepasan nun di hujung dunia! 😂 |
![]() |
| Hidangan sarapan dalam flight pagi tadi - mee goreng (atas) dan scrambled egg (bawah) |
Alhamdulillah, perjalanan 2 jam dari KL ke Bintulu lancar dan tak banyak gegaran di awan biru. Sebelum berlepas aku ada terbaca thread Khairul Aming yang flight dia naiki untuk balik ke KB dalam cuaca ribut sangat menakutkan sebab angin kuat sampai kapal terbang tak boleh mendarat. Flight dia cuma boleh mendarat dengan selamat selepas 4 jam dan percubaan ke-3, tu pun kena divert ke Pulau Pinang untuk isi minyak sebelum terbang semula ke KB. Huhu. Kalau aku pun kecut perut kot.
Sampai di Bintulu, mak jemput kiteorang kat airport dan terus balik ke rumah kiteorang yang dah 3 bulan ditinggalkan. Perkara pertama yang kiteorang buat ialah membersihkan dalam dan luar rumah sebab berhabuk / kotor.
![]() |
| Suami Terchenta tengah gigih menyental lantai di luar rumah |
Lepas setel aktiviti membersihkan rumah, kiteorang membersihkan diri, solat dan keluar makan tengahari di restoran nasi ayam favourite kiteorang. Aku pesan nasi ayam kukus, yang lain nak nasi ayam roasted. Selain tu, aku pesan sayur cangkuk manis goreng telur. Sedapnya! Aktiviti makan memang aktiviti kegemaran aku bila balik kampung hehe.
![]() |
| Nasi ayam favourite dari zaman aku kecik dulu sampai sekarang, betapa legend nya nasi ayam ni! |
Lepas makan tengahari yang sedap, kiteorang singgah membeli barang-barang sikit sebelum balik ke rumah. Tengahari tu masing-masing keletihan sebab tak cukup tidur jadi kiteorang tak kemana-mana sebab nak berehat.
Sebelah malam pulak, kiteorang keluar makan di kafe favourite anak-anak pulak, iaitu Coffee Code. Kali ni pilih menu ringan je sebab masih kenyang makan tengahari tu. Suami Terchenta pilih shakshuka dan aku pilih souffle pancake.
![]() |
| Makan malam kami |
Penat tapi seronok balik kampung. Hari ni mungkin aku akan berjalan-jalan di Tanjung Batu pulak dan kalau kedai Mee Sapi Ahim bukak, mungkin nak bersarapan di situ. Balik nanti, confirm berat aku naik sbb asyik makan je! 😜
Korang pulak, apa aktiviti kegemaran korang bila balik kampung?





Alhamdulillah selamat mendarat sudah...
ReplyDeleteHave a nice day sis & enjoy your balik kampung trip!
TQ sis PH! Balik ni mesti naik sekilo dua berat badan hihi
Deleteeh kak, ada kedei kopi baru juak...Moss Coffee namanya, area Parkcity Commerce Square..ok juak n ada ikan..kelak boleh mbak sidak nya minum..terkejut kitak nanggar rega nya kelak...mur aluuu
ReplyDeleteYa kah? OK2 kelak review hehe. Byk gik kedei makan baru belum diterjah di Bintulu tok 🤭
Deletesronok dh smp kampung..naik flight tkde la hadap jammed...akak blk kampung smlm dekat je tp dekat pn jammed dr sabtu truk sgt tu smlm br blk
ReplyDeleteAhaa betul tu kak hihi. Last year dah terperangkap dalam jem 8 jam balik dari road trip ke Pantai Timur. So tahun ni kiteorg nak santai2 je balik kampung tak pening kepala hadap jem 😃
DeleteSeronoknya balik kampung naik flight. Tak ke mana pun hari ni. Esok dah kerja.
ReplyDeleteSeronok Cie, sebab tak payah nak hadap jem hehe. Selamat bekerja esok.
DeleteSalam hari Malaysia, bahagiakan bila sumi rajin membersih lantai membantu apa kerja di rumah kan itu harus kerjasama..tahniah suami baik hati..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bab bersihkan rumah dia ringan tulang sampai2 je letak beg terus vacuum rumah & bersihkan luar rumah.
DeleteAlhamdulillah dah sampai Bintulu. Have fun makan2 dan jalan2 di kampung halaman.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Mulan 🫶🏻
Deleteseronoknya balik kampung..alhamdulillah selamat sampai, smooth flight
ReplyDeleteand x payah layan jam..yeay!!!
Ye MA, yang penting tak payah layan jem hehe.
DeleteAlhamdulillah, selamat sampai ke kampung laman.
ReplyDeleteRupanya Carneyz balik Bintulu. Tak dapatlah kita jumpa ye sebab sangat jauh tarikhnya ... Tanjung Batu itu pun tempat kami singgah sewaktu jalan-jalan Bintulu.
Kak Amie, rupa2nya masa Kak Amie ke Bintulu bulan Jun lepas, kiteorang pun balik ke Bintulu masa tu. Cuma sebab tak tau Kak Amie datang jalan2 ke Bintulu, jadinya takde la contact ajak jumpa. Kalau tak, boleh bawak Kak Amie dan kawan2 makan di Kidurong Club 😄
DeleteIn syaa Allah ada rezeki kita dapat berjumpa di lain masa.
DeleteSaya lah tu salah sorang yang tak pernah naik kapal terbang... Hahaha..kalau naik tu, mesti jakun lah..
ReplyDeleteHaha, first time memang rasa jakun jugak. Tapi lama2 Insha Allah ok je tu Linda 😄
DeleteKalau dah balik kampung, memang wajib hukumnya kulineran 😄😄😄. Saya pun tak akan diet. Tapi memang tiap hari saya usahakan banyak jalan, supaya at least kalori juga banyak terbakar 😅
ReplyDeleteIyalah KLIA 2 tuh ya Allah luasnya... Anak saya pun bilang, kenapa ga sampe2 jalannya ke imigrasi hahahah.
Tapi kalau disuruh pilih saya ttp lebih suka KLIA 2 drpd KLIA 1. Sebab lebih banyak toko dan restoran yg menarik 😄
Ya, KLIA2 mmg lagi banyak kedai dan restoran. Kalau flight selain awal pagi atau cuma menghantar orang ke KLIA2, saya pun lebih suka jalan2 di KLIA2 berbanding di KLIA 😄 Tapi kalau flight awal pagi atau musim perayaan, saya lebih suka ambik flight di KLIA sebab rasa lebih tenang dan relaks kalau dibandingkan dengan di KLIA2 yang lebih sibuk.
Deletenasi ayam tu dari dulu mmg macam tu ya hidangannya?
ReplyDeletesimple betul tp nampak sedappp
Ye, simple tapi sedap rasanya dari dulu2 lagi tak berubah 😄 kawan saya siap cakap nasi ayam ni lagi sedap dari nasi ayam Michelin rated dekat KL 😆
Deletesaya hari tu balik kg 2 mlm ajer...sempat la mkn sup keting!!
ReplyDeleteSedapnya sup keting! Best kan balik kampung dapat makan makanan fav kat sana 🥰
Deletemenarik menu baru inflight MAS...Alhamdulillah, selamat mendarat...bestnya JJCM di kpg halaman...sedap2 menu..sayur cangkuk manis..first time dgr...
ReplyDeleteJJCM di kpg halaman ni biasanya pergi tempat2 fav kiteorang je kak nohas hehe. Sayur cangkuk manis ni sama dengan sayur pucuk manis, tapi kat sini kiteorang panggil cangkuk manis. Biasanya masak tumis dengan telur (masak kering) atau tumis dengan labu (berkuah).
Delete