Bila Dah Semakin Berusia...

Hari ni dah masuk bulan November. Dua bulan lagi kita akan bertemu dengan tahun baru dan umur yang baru. Semakin hari semakin meningkat umur. Rasa sekejap je kan 2025 ni.

Ehem. Bercakap pasal umur. Macam ni la bila dah umur 40-an; selain kena makan ubat, kena rajin ambik vitamin jugak huhu 😮‍💨. Bila dah start kena makan ubat ni, kesannya vitamin dan mineral dalam badan pun berkurangan. Jadi untuk menampung kekurangan tu, aku kena ambik suplemen multivitamin dan mineral.

Pagi-pagi lepas breakfast (selalunya kalau tak keluar sarapan dengan Suami Terchenta, aku sarapan telur separuh masak 2 biji di rumah) aku akan ambik suplemen multivitamin, Omega-3 (untuk kesihatan jantung / mengawal paras kolesterol jahat), tablet kalsium dan vitamin D3. Tablet kalsium tu aku ambik sebab kuku aku cepat patah / 'terkoyak'. Lagipun bila dah makin berusia, tulang makin rapuh dan perlukan kalsium untuk menguatkan tulang.

Vitamin D3 pulak sebab doktor aku yang nasihatkan aku ambik untuk penyerapan kalsium dan masalah insulin resistant. Menurut doktor, perempuan especially yang berpakaian menutup aurat ni jarang-jarang terdedah dengan vitamin D dari sinar matahari. Kalau keluar rumah pun, selalunya aku pakai sunscreen jadi kulit tak menyerap vitamin D. Sebab tu la doktor syorkan ambik suplemen vitamin D3 tambahan.


multivitamin supplement
Multivitamin, Omega-3, tablet kalsium dan vitamin D3

Multivitamin suplemen ni susah nak cari dalam bentuk softgel. Selalunya aku jumpa yang dalam bentuk tablet. Aku tak berapa suka ambik versi tablet sebab baunya agak tak best. Bila dalam bentuk softgel ni, baru boleh telan. Aku beli di Caring Pharmacy sebab tak semua farmasi ada jual.

Satu lagi suplemen yang aku rasa aku kena mula ambik ialah evening primrose oil (EPO). Walaupun aku takde masalah period tak lancar, tapi dah masuk umur 40-an ni kena bersedia untuk masuk ke fasa pre-menopause

Korang pulak, apa suplemen yang korang amalkan sekarang ni? Cuba share dekat komen.

21 comments:

  1. Linda ambil lecithin, bio c, cal mag, salmon.. tu pun lompat² makan .sebab asyik lah lupa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang2 lupa jugak tapi setiap 2 hari sekali Insha Allah ingat nak makan haha

      Delete
  2. saya selalu lupa bab suplemen,makan tak ada disiplin huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena ambik secara konsisten sebab dah start makan macam2 ubat, jadi badan perlukan semua suplemen ni

      Delete
  3. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga.

    ReplyDelete
  4. Setakat tok belum gik ambik apa-apa supplement. In Shaa Allah ada perancangan nak ambik tapi mok nanyak Doktor lok supplement apa yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, better la ambik atas nasihat doktor. Tapi multivitamin tok nang bagus sebab semakin kita tua semakin badan kita kehilangan banyak vitamin mun kita sik jaga pemakanan seharian

      Delete
  5. Kalau kamu rasa tua... lepas baca post ni uncle terus rasa tua bangka....

    ReplyDelete
  6. Walaupun belum masuk 40an tp lg 5 tahun mesti masuk juga kalau umur panjang, skrg pun dh jaga makan, kalau salah mkn mesti auto badan meragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu Nina. Beringat dari awal, jangan tunggu macam saya dah masuk 40an dan ada macam2 penyakit baru nak sibuk ambik suplemen itu ini huhu

      Delete
  7. Replies
    1. Macam tu la lumrah hidup kan Wak. Cuma kalau boleh bila dah tua nnt tak menyusahkan anak2 asyik keluar masuk hospital je huhu

      Delete
  8. Saya jg dah berusia, ada ambil epa omega tu, vitamin juga produk imun pun ambil..alhamdulillah jaga bab makan..ambi sayur minum air putih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama2 kita jaga kesihatan masing2 sebab badan kita pun amanah dari Allah

      Delete
  9. Cie ni dah 41 🤣. Cie makan produk Shaklee. Dulu konsisten juga. Sekarang ni macam on off dah.

    ReplyDelete
  10. Sama² kita menua dgn sihat ye sis... So far PH takde amik apa² supplement secara consistent.

    ReplyDelete
  11. smoga kita diberikan kesihatan yg baik..akak mmg tk mkn apa2 supplement..

    ReplyDelete
  12. akk pula suka yg tablet sbb susah nak jumpa softgel yg halal..selalu cari veg softgel...sekrg ni ambil multi-vit Blackmores, astaxantin, glutathione,...utk mineral, minum air mineral spritzer, bubbles...first time pergi Caring Pharmacy yg kt the putra mall, best.. byk barang..

    ReplyDelete
  13. kita akan semakin tua dari hari ke sehari...nang gia hidup kita dalam dunia hidup ini

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .