Replika Kedai Lama di Stesen LRT Masjid Jamek

Hari Isnin lepas nak ke Perpustakaan KL dengan anak-anak, tapi terlupa pulak perpustakaan di KL ni tutup setiap hari Isnin 🤦🏻‍♀️. Makanya kiteorang patah balik ke stesen LRT nak balik ke rumah. Masa lalu dekat laluan bawah tanah ni, aku ternampak ada replika kedai-kedai lama yang masih lagi "dalam pembinaan" (dieorang tak habis cat lagi).


Masjid Jamek LRT station
Replika Restoran Hong Ngek - restoran makanan Hokkien yang dah bertapak di KL sejak tahun 1940an


Masjid Jamek LRT station
Replika restoran Lakshmi Vilas - satu lagi restoran "legend" di kalangan masyarakat India dan peminat makanan vegetarian

Ada 2 lagi replika tapi masih tengah dibina masa aku lalu kat sini jadi tak nampak nama kedai tu. Bagus ada inisiatif memperkenalkan sejarah KL yang mana kedai-kedai ni dah bertahan sejak zaman sebelum merdeka lagi dan masih beroperasi sampai sekarang.

Ada tak orang KL yang membesar di KL? Apa kedai legend yang korang pernah masuk dan masih wujud sampai sekarang?

13 comments:

  1. saya bukan org KL heheh cuma start study kat matriks UIA (masa tu kat lembah pantai) sept 1995...so dari masa tu memang stay kat klang valley la...sbb lpa abih matriks, masuk UIA gombak plak 1997, then grad 2000, then keje kat KL jugak dari 2001 -2004, then 2004 sampai sekrg lah i keje kat UIA gombak..errr terrkomen panjang la plakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la dah almost jadi org KL kalau macam tu hehe. Tapi tak jawab soalan la MZ. Kedai legend kat KL yg pernah masuk kat mana? 😅

      Delete
  2. Tak ingat dah apa yang legend di KL. Ayah saya lahir di Kampung Baru, KL. Dah tak ada lagi rumah lama di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ayah Kak Amie orang Kampung Baru rupa2nya. Ingatkan dua2 parents asal Johor

      Delete
  3. comelnya replika ni! lama dah tak naik LRT turun kat masjid jamek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan? Tapi dieorang baru nak buat, dah ada orang yg sibuk2 ambik gambar up dekat blog (saya la tu hihi)

      Delete
  4. Kudu legend tak? Rasa macam lama dah restoran tu wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legend ni! Saya pun pernah beratur beli nasi kandar kat Restoran Kudu 😃

      Delete
  5. Alamak SA x tau la apa lagi yang legend kat KL...Pudu Raya yang lama dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pernah makan dekat Capital Cafe depan Sogo tu tak? Yang tu pun legend jugak 😄 satay dia sedap.

      Delete
  6. wow...lawanya replika nie..bagus juga..sebagai salah satu tarikan pelancong juga nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mengimbau kenangan lama KL satu masa dulu.

      Delete
  7. cantik replika tu..tk sure la apa yg legend sbb bkn ori KL tp dr thn 1987 dok kl

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .