Senyum Pagi

Kadang-kadang bila bosan aku suka scroll baca perkongsian dekat Thread. Aku sendiri belum pernah post apa-apa dekat Threads tapi suka baca apa yang orang lain post dekat situ.

Ada masa post dekat Thread tu buat aku tersenyum dan tergelak pagi-pagi. Macam post seorang doktor yang tengah on call di bahagian kecemasan ni:


thread post
Tangkap layar dari Thread

Aku dapat bayangkan doktor tu panik sebab tengok pesakit rentung sampai hitam-legam tapi masih boleh berjalan sendiri masuk wad 😅. Adehh... jiran tu pun, kalau nak bagi petua agak-agak la, kesian lelaki tu tak pasal-pasal nak kena tanggung azab cuci buang serbuk kopi dari luka melecur tu.

Jadi, apa sepatutnya yang kita buat kalau ada orang melecur disambar api atau terkena minyak / air panas?

Ia bergantung dengan tahap melecur tu. Boleh tengok info di IG ni. Lepas ni jangan pulak letak ubat gigi, mentega, ais dan serbuk kopi dekat luka melecur. Silap hari bulan, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka tu. OK, semoga bermanfaat!


22 comments:

  1. Haha 😂
    Tapi bila baca post Doc tu baru perasan yg Doc pun panic juga kan bila nak rawat pesakit. Dari mata kita nampak Doc ni tenang je tapi mereka juga manusia, ada hati dan perasaan kan ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak panik sis, orang rentung hitam-legam masih boleh berjalan masuk ER 😅

      Delete
  2. luka yang paling risau, paling takut adalah luka melecur @ terbakar... seksa ye tengok patient tu...kalau tengah sedar, memang hidp2 lah dirawat... uwaaa..sakitnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kan Linda, banyak baca pengalaman orang yg melecur dalam kebakaran, azabnya la nak tukar dressing tiap2 hari kan. Sebab tu orang yang mati dalam kebakaran tu tergolong dalam mati syahid.

      Delete
  3. Replies
    1. Bayangkan kita berada di tempat doktor tu hehe

      Delete
  4. Alamak kadang-kadang saya letak ubat gigi untuk lecur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye haha. Petua orang tua dulu2 letak ubat gigi sebab ubat gigi ada pudina jadi rasa sejuk. Tapi sebenarnya kena letak bawah air sejuk mengalir je.

      Delete
  5. Suspen jugak baca hehe kopi rupanya. Aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, haha. Kesian doktor dah suspen kena patient tu hitam-legam rupa2nya kena lumur dengan kopi 🤣

      Delete
  6. memang ada mcm2 kisah kat thread tu..yg lucu, yg sedey..scammer pun ramai jugak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kadang2 bosan scroll baca kisah2 lucu ni mmg mencuit hati!

      Delete
  7. Tak pasti nak gelak ke nak kesian.... huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gelak dulu baca post tu baru rasa kesian hurmmm 😂

      Delete
  8. Tak apalah, sekurang-kurangnya ada juga jiran yang nak bantu sementara dapatkan rawatan berikutnya. Kalau luka melecur memang teruk jadinya sekiranya tak dirawat segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bantu dengan betul tak pe jugak Kak Amie. Ni bagi nasihat yang tak membantu, kesian pesakit tu kena tanggung azab nak cuci bersihkan serbuk kopi pulak 🥲

      Delete
  9. saya tergelak part kopi jantan yg sebenar tu hahaa
    tapi tak pernah tahu petua lumur kopi kt bahagian yg melecur ni. saya pernah pakai mask kopi utk sel2 kulit yg mati je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sel otak2 jiran tu berhubung macam tu la kot. Takde mask kopi pakai serbuk kopi pun boleh! 😅

      Delete
  10. Hahaha..gelak SA baca...Eh Carneyz aktif kat Thread ke...SA pun ada kat thread cuma x aktif sangat, masa mula2 dulu aktif..la ni yang follow ramai lelaki yang x sedar diri je..jenuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pun post apa2 kat Thread SA, saja sign up sbb kadang2 menarik jugak perkongsian kat situ terutama tips kesihatan dan kecantikan.

      Delete
  11. banyak betul stok kopi dia yasampai boleh lumur 1 badan hehehehe

    ReplyDelete
  12. Hahahahahahaha gelak laaah. Pasti shock juga dokter tuh kan 🤣🤣. Sayangnyaaa, mubazir kopi habis dijadikan lulur 😂😂

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .