Ni throwback kisah bulan lepas. Balik dari acara Family Day merangkap CR, kiteorang singgah ke IOI Mall untuk makan tengahari. Ternampak Ombak Kitchen, rasa dah lama pulak tak makan kat sini. Jadi moh ler kita singgah.
![]() |
| Kali terakhir makan kat Ombak Kitchen tahun 2022 kalau tak silap |
Belek-belek menu kat sini, hajat di hati nak Alaskan Giant King Crab tapi ketam yang ada beratnya di luar kemampuan fulus pulak 😅. Terus batalkan niat. Kiteorang ambik seafood combo yang paling murah. Tu pun tak murah sangat - RM229.90. Janji ada ketam. Macam biasa, untuk sosnya kiteorang pilih sos Cajun. Tapi takut anak-anak tak makan pedas, jadi kiteorang tambah kuah buttermilk jugak. Tapi bagi tekak aku, sos Cajun jugak yang sedap.
![]() |
| Combo 3 - My Queen |
Untuk side dish pulak aku ambik mantou goreng buat cicah dengan sos Cajun / buttermilk:
![]() |
| Mantou goreng - rasanya lebih sedap cicah dengan sos Singapore chili crab |
Macam biasa la, budak yang tak makan telur tu pun tak makan seafood jugak 🥲. Kena la order makanan lain untuk dia.
Sementara tunggu shell out sampai, Khadeeja yang dah kebulur sangat request fish & chips bite:
Untuk dessert pulak, anak-anak request churros yang didatangkan dengan sos coklat:
![]() |
| Namanya dalam menu 'The Sugar Daddy Churros' (RM25.90) |
Alhamdulillah, terubat jugak rindu nak repeat shell out di Ombak Kitchen ni. Semoga murah rezeki Suami Terchenta belanja anak-anak dan isteri makan sedap-sedap. Harga tu, kita pejam mata je bukan selalu pun!






Peminat ketam duhal, kmk yg x minat ketam... harga ya mmg bkn marhaen la cumanya mun dh ada ketam mmg mcm ya lah harganya.. hahaha... tp tempatnya best oo kacak.. x perasan ada di IOI.. IOI pn rasanya x pernah abis jalan juak
ReplyDeleteKmk org nang suka ketam, lagi2 ketam bunga. Ketam nipah suka juak tapi kulit keras ya lemah sikit nyawa mok buka 🤭 Kedei tok nang di hujung dunia juak nyuruh org x perasan mun sik jalan hujung ke hujung hehe
Deleteoh dlm ioi putrajaya ada ombak kitchen juga..yg tau dkt bukit jelutong je...tk pernah try lg tp ada tgk la kwn share menu shellout sini
ReplyDeleteYe kak, kiteorang pun baru perasan jugak. Tu pun sebab kiteorg masuk dari entrance parking ke hotel Moxy, masuk2 je terus nampak Ombak Kitchen ni.
Deleteencik suami.. bila nak belanja KAMIE... thehehe
ReplyDeleteHaha, kalau kiteorg buat open house raya datang la, kira belanja makan gak tu kan 😜
Deletealhamdulillah.. linda belum pernah try shellout lagi...sebab anak2 tak reti makan lauk2 pelbagai gitu
ReplyDeleteDalam family ni 3/4 suka makan seafood jadi boleh la layan shellout. Anak dara sulung je tak makan seafood kecuali ikan 😅
DeleteIya kak, sesekali enggak apalah walau mahal harganya, mudah-mudahan selalu ada rejekinya, toh buat menyenangkan anak istri tercinta😄
ReplyDeleteIya mbak, pejam mata bayar sekali-sekala bukan selalu pun hihi
Deletemantaou goreng tu kalau tak de caption tentu org igt roti john hehehe
ReplyDeletekat sini kalau tambah nasi berapa?
Nasi RM3. Boleh tengok menu kat sini:
Deletehttps://ombakkitchen.my/wp-content/uploads/2025/11/Ombak-Kitchen-Full-Menu-2.pdf
Alaskan crab tu besar saiznya kan.. berkali ganda saiz ketam biasa.
ReplyDeleteBelanja anak isteri dapat pahala 😁
Ye sis, teringin pulak sebab dulu masa birthday pernah order Alaskan Crab tu. Tapi tu zaman masih bekerja la jadi dua org yg membayarnya hihi.
DeleteAmeen YRA, semoga dapat pahala berlipat-ganda utk Suami Terchenta dan dimurahkan lagi rezeki dia belanja anak isteri makan sedap2 🥰
Sungguh menarik sajian..Bahagia makan sedap ini..
ReplyDeleteKalau di Sabah mesti lagi murah kan makan shell out. Makanan laut pun semua segar2.
Deleteapesal SA x tau Ombak Kitchen kat IOI Mall erk...ok masuk wishlist la...sedap plak tengok shellout Carneyz tu..betul tu bab harga tolak tepi dulu..bukan hari2 kan...
ReplyDeleteKedai dia kat hujung dunia SA. Kiteorg pun kebetulan lalu kat situ sbb park kereta dekat entrance parking hotel Moxy.
Deletex apa harga mahal pun janji sedap!
ReplyDeleteItulah, kalau tak sedap tapi mahal rasa rugi pulak kan Abe Kie.
DeleteKalau dah bicara seafood, di mall besar pula, dahlaaah, memang tutup mata. Jangan harap murah 🤣🤣🤣. Kalau dia jual murah, malah harus curiga, fresh atau tak 😄.
ReplyDeleteLamaaaa sangat tak makan sheelout. Di JKT ada sebenernya. Tp tuhlaaah, Krn saya orang pesisir, kalo dah lihat harga seafood JKT, langsung auto compare Ama kampung saya 🤣🤣🤣.
Haha, jangan la compare Fanny 😂 Kalau teringin makan je hehe. Nak tunggu balik kampung entah bila kan 😜
Deletetempting la makanan dia. sedap ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap lagi2 sos cajun tu 👍🏻
Deletechuros tu pun nampak menarik
ReplyDeleteAah, tapi better beli kat luar je Lydia, lagi marhaen harganya dan rasa pun sama je 😜
Deletetmpt ni fav my adik and his big families...i suka jer shell out tapi mkn kat kedai2 yg biasa hahah i pernah tanya menu/rege kat ombak kitchen ni, rege dia mcm kayangan laaa..so kalau nak mkn, kena tunggu utk apa2 celebration laaa mengenangkan harganya itew
ReplyDeleteConsider my belated birthday kot sbb my birthday hari tu tak de staycation mana2 since I was busy dgn prep to go to UK 🤭
DeleteSeafood sedap ni Carneyz...tapi nama Churros dia menakutkan. Haha....
ReplyDeleteKan? Boleh mengundang musibah tu 😜
Delete