Shell Out di Ombak Kitchen

Ni throwback kisah bulan lepas. Balik dari acara Family Day merangkap CR, kiteorang singgah ke IOI Mall untuk makan tengahari. Ternampak Ombak Kitchen, rasa dah lama pulak tak makan kat sini. Jadi moh ler kita singgah.


IOI Putrajaya Mall
Kali terakhir makan kat Ombak Kitchen tahun 2022 kalau tak silap


Belek-belek menu kat sini, hajat di hati nak Alaskan Giant King Crab tapi ketam yang ada beratnya di luar kemampuan fulus pulak 😅. Terus batalkan niat. Kiteorang ambik seafood combo yang paling murah. Tu pun tak murah sangat - RM229.90. Janji ada ketam. Macam biasa, untuk sosnya kiteorang pilih sos Cajun. Tapi takut anak-anak tak makan pedas, jadi kiteorang tambah kuah buttermilk jugak. Tapi bagi tekak aku, sos Cajun jugak yang sedap.


Ombak Kitchen
Combo 3 - My Queen

Untuk side dish pulak aku ambik mantou goreng buat cicah dengan sos Cajun / buttermilk:


Ombak Kitchen
Mantou goreng - rasanya lebih sedap cicah dengan sos Singapore chili crab

Macam biasa la, budak yang tak makan telur tu pun tak makan seafood jugak 🥲. Kena la order makanan lain untuk dia. 


Ombak Kitchen
Mac & Cheese untuk Khayla (RM12.90)

Sementara tunggu shell out sampai, Khadeeja yang dah kebulur sangat request fish & chips bite:


Ombak Kitchen
Fish & Chips Bites (RM18.90)

Untuk dessert pulak, anak-anak request churros yang didatangkan dengan sos coklat:


Ombak Kitchen
Namanya dalam menu 'The Sugar Daddy Churros' (RM25.90)

Alhamdulillah, terubat jugak rindu nak repeat shell out di Ombak Kitchen ni. Semoga murah rezeki Suami Terchenta belanja anak-anak dan isteri makan sedap-sedap. Harga tu, kita pejam mata je bukan selalu pun!

30 comments:

  1. Peminat ketam duhal, kmk yg x minat ketam... harga ya mmg bkn marhaen la cumanya mun dh ada ketam mmg mcm ya lah harganya.. hahaha... tp tempatnya best oo kacak.. x perasan ada di IOI.. IOI pn rasanya x pernah abis jalan juak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmk org nang suka ketam, lagi2 ketam bunga. Ketam nipah suka juak tapi kulit keras ya lemah sikit nyawa mok buka 🤭 Kedei tok nang di hujung dunia juak nyuruh org x perasan mun sik jalan hujung ke hujung hehe

      Delete
  2. oh dlm ioi putrajaya ada ombak kitchen juga..yg tau dkt bukit jelutong je...tk pernah try lg tp ada tgk la kwn share menu shellout sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, kiteorang pun baru perasan jugak. Tu pun sebab kiteorg masuk dari entrance parking ke hotel Moxy, masuk2 je terus nampak Ombak Kitchen ni.

      Delete
  3. encik suami.. bila nak belanja KAMIE... thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kalau kiteorg buat open house raya datang la, kira belanja makan gak tu kan 😜

      Delete
  4. alhamdulillah.. linda belum pernah try shellout lagi...sebab anak2 tak reti makan lauk2 pelbagai gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam family ni 3/4 suka makan seafood jadi boleh la layan shellout. Anak dara sulung je tak makan seafood kecuali ikan 😅

      Delete
  5. Iya kak, sesekali enggak apalah walau mahal harganya, mudah-mudahan selalu ada rejekinya, toh buat menyenangkan anak istri tercinta😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mbak, pejam mata bayar sekali-sekala bukan selalu pun hihi

      Delete
  6. mantaou goreng tu kalau tak de caption tentu org igt roti john hehehe

    kat sini kalau tambah nasi berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi RM3. Boleh tengok menu kat sini:
      https://ombakkitchen.my/wp-content/uploads/2025/11/Ombak-Kitchen-Full-Menu-2.pdf

      Delete
  7. Alaskan crab tu besar saiznya kan.. berkali ganda saiz ketam biasa.
    Belanja anak isteri dapat pahala 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, teringin pulak sebab dulu masa birthday pernah order Alaskan Crab tu. Tapi tu zaman masih bekerja la jadi dua org yg membayarnya hihi.
      Ameen YRA, semoga dapat pahala berlipat-ganda utk Suami Terchenta dan dimurahkan lagi rezeki dia belanja anak isteri makan sedap2 🥰

      Delete
  8. Sungguh menarik sajian..Bahagia makan sedap ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Sabah mesti lagi murah kan makan shell out. Makanan laut pun semua segar2.

      Delete
  9. apesal SA x tau Ombak Kitchen kat IOI Mall erk...ok masuk wishlist la...sedap plak tengok shellout Carneyz tu..betul tu bab harga tolak tepi dulu..bukan hari2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai dia kat hujung dunia SA. Kiteorg pun kebetulan lalu kat situ sbb park kereta dekat entrance parking hotel Moxy.

      Delete
  10. x apa harga mahal pun janji sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau tak sedap tapi mahal rasa rugi pulak kan Abe Kie.

      Delete
  11. Kalau dah bicara seafood, di mall besar pula, dahlaaah, memang tutup mata. Jangan harap murah 🤣🤣🤣. Kalau dia jual murah, malah harus curiga, fresh atau tak 😄.

    Lamaaaa sangat tak makan sheelout. Di JKT ada sebenernya. Tp tuhlaaah, Krn saya orang pesisir, kalo dah lihat harga seafood JKT, langsung auto compare Ama kampung saya 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, jangan la compare Fanny 😂 Kalau teringin makan je hehe. Nak tunggu balik kampung entah bila kan 😜

      Delete
  12. tempting la makanan dia. sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap lagi2 sos cajun tu 👍🏻

      Delete
  13. Replies
    1. Aah, tapi better beli kat luar je Lydia, lagi marhaen harganya dan rasa pun sama je 😜

      Delete
  14. tmpt ni fav my adik and his big families...i suka jer shell out tapi mkn kat kedai2 yg biasa hahah i pernah tanya menu/rege kat ombak kitchen ni, rege dia mcm kayangan laaa..so kalau nak mkn, kena tunggu utk apa2 celebration laaa mengenangkan harganya itew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Consider my belated birthday kot sbb my birthday hari tu tak de staycation mana2 since I was busy dgn prep to go to UK 🤭

      Delete
  15. Seafood sedap ni Carneyz...tapi nama Churros dia menakutkan. Haha....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .