Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Itinerary

Sambungan dari siri jalan-jalan di Eropah musim panas ☀️:


Entry kali ni aku buat ringkasan aktiviti kiteorang sepanjang di Amsterdam yang aku belum cover lagi dalam entry sebelum ni. Sebab aku sendiri pun dah macam - alahai, bila nak habis cerita jalan-jalan ni? 😂 

Aktiviti #1: Jalan-jalan di Bloemenmarkt (Floating Flower Market)

Bloemenmarkt ialah satu-satunya pasar bunga terapung di dunia dan terletak di sepanjang terusan Singel. Dekat sini, kita boleh jumpa deretan gerai menjual pelbagai jenis bunga, benih bunga dan cenderahati. Gerai-gerai ni sebenarnya berada atas tongkang (barge) yang dari luar nampak macam kedai sebenar. Floating Flower Market ni dah wujud sejak tahun 1862, masa tu penjual bunga membawa bunga-bunga dari luar bandar ke Amsterdam menggunakan tongkang. Kalau kita datang pada musim bunga boleh la beli bunga tulip hidup dan segar, tapi memandangkan kiteorang pergi pada musim panas, jadi takde rezeki nak tengok bunga tulip hidup. Yang ada dijual di pasar ni ialah benih bunga tulip. Tapi bunga-bunga hidup yang lain ada, dan boleh dibeli di sini.


Bloemenmarkt
Jalan menuju ke Bloemenmarkt

Bloemenmarkt
Suasana di Bloemenmarkt

Bloemenmarkt
Terapi mata...

Aktiviti #2: Jalan-jalan di Albert Cuyp Market

Albert Cuyp Market ni ialah street market terbesar di Amsterdam. Dekat sini kita boleh jumpa makanan tempatan, produk segar (fresh produce) dan cenderahati. Tapi masa kiteorang sampai ni dah lewat dan dan tak banyak gerai yang ada. Jujurnya aku rasa best lagi pergi ke pasar malam dekat Malaysia 😅. Lagi meriah dan happening! Makanan pun lagi sedap kat pasar malam kita. Malaysia kan memang terkenal sebagai syurga makanan? 😜


Albert Cuyp Market
Albert Cuyp Market. Aku paling suka tiram segar sebab kat Eropah, tiram kat sana lebih manis dan segar berbanding kat sini. Sampaikan Susan nak kongsi beli tiram ni pun aku cakap taknak, sebab aku nak makan sorang-sorang je! 😂

Aktiviti #3: Mencuba Makanan Viral di Amsterdam

Kalau ke negara Belanda, tak sah la kalau tak cuba stroopwafel sebab ni antara makanan dieorang yang terkenal. Dan dekat Stroopperie ni dieorang siap letak topping lagi dekat stroopwafel. Kalau korang jenis yang tak makan benda manis, mungkin tak suka stroopwafel ni sebab tanpa topping pun dah manis leting dengan filling karamel antara lapisan wafel tu.


Stroopwafel

Harga tu kita pejam mata je! Dengan topping 2 jenis, harganya €9.50 kalau tak silap

Satu lagi street food di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancong di sini ialah friet (kentang goreng) dengan pelbagai pilihan sos. Kentang goreng dekat sini besar-besar tau saiznya. Kiteorang ambik Flemish fries large, lepas tu menyesal sebab tak dapat habiskan 😅. Sedap ke? Erm. Selera masing-masing kot. Bagi aku biasa je, dan sedikit masin.


Mannekenpis mendapat undian kentang goreng nombor satu di Belanda

Oh ya, kalau sampai di Amsterdam Schiphol Airport, jangan lupa beli chocolate chip cookies ni dekat Het Koekemannetje. Biskut dia sedap giler ok! Lebih kurang sama dengan Monster Cookie dekat New Zealand tapi dengan lebih rasa coklat.

 
Chocolate chip cookies
Chocolate chip cookies di Het Koekemannetje

Aktiviti #4: Minum Petang Santai di Tebing Terusan

Kebanyakan pelancong dan orang tempatan di sini suka lepak di kedai-kedai terletak di tebing terusan. Sambil minum kopi / bir (bagi yang bukan Muslim), sambil tu layan view di tebing terusan ni. Suasana yang chillax di sini buatkan kita rasa healing betul dapat minum petang sambil menikmati suasana di sini.


Amsterdam canal
Minum petang di tebing terusan

Aktiviti #5: Naik Canal Cruise Menikmati Pemandangan Di Sekitar Amsterdam

Aktiviti terakhir di Amsterdam ialah menyelusuri terusan di Amsterdam menaiki bot cruise. Tiket kiteorang dah siap-siap beli online dan cuma kena pergi ke kaunter untuk ambik tiket fizikal.


Amsterdam canal cruise
Kiteorang menggunakan perkhidmatan Lovers Cruise, tapi sebenarnya ada banyak je service provider yang lain

Sepanjang cruise tu, pemandu pelancong merangkap jurumudi bot akan menerangkan pemandangan atau bangunan di sepanjang terusan. Tapi sebab microphone dia tak berapa jelas sangat ditambah pulak dengan cuaca yang panas berbahang, jadi aku tak fokus sangat dengan penerangan dia.


Lovers Canal Cruises

Tour ni mengambil masa sejam kalau tak silap aku.


Pemandangan di sepanjang terusan di Amsterdam

Selfie dalam bot. Nasib baik bawak kipas tu, kalau tak mau pengsan sebab panas nau hari tu! 🥵

Dengan tu tamatlah kisah jalan-jalan di Eropah musim panas! Tak sangka aku dapat menghabiskan siri ni sampai hari terakhir di Amsterdam 🤣. Apapun semoga bermanfaat buat korang yang ada plan nak ke London, Paris atau Amsterdam.

Balik tu, kiteorang naik Malaysia Airlines tapi disebabkan transit di Doha, jadi first leg of the journey tu kiteorang naik penerbangan Qatar Airways (code sharing dengan MAS kot).


Penerbangan Qatar Airways dari Amsterdam ke Doha

Di Doha, kiteorang cuma transit beberapa jam je, kalau tak boleh la explore Doha jugak 😂. Tapi memandangkan masa tu musim panas, suhu di Doha terasa lebih panas dari di Eropah! Keluar dari shuttle bus nak masuk kapal terbang pun dah terasa bahangnya, sedangkan masa tu baru pukul 9 lebih kalau tak silap.


Qatar Airways
Kapal terbang Qatar Airways

Doha
Hamad International Airport, Doha

Doha
Masa ni dah penat giler, tengah tunggu nak boarding second leg flight MAS DOH-KUL pulak

Aku rasa ni trip fun dan chillax (walaupun kena berjalan 20k langkah sehari dan kadang-kadang kena berlari-lari nak kejar tren / bas / kapal terbang) 😂. Pengalaman ni mungkin tak boleh nak repeat lagi tapi kalau ada rezeki, Insha Allah aku nak repeat tapi mungkin tempat lain pulak.

TQ to my travel buddies, Jen & Susan sebab buatkan pengalaman ni jadi seronok dan penuh dengan gelak tawa! Dan sanggup teman aku cari tempat solat walaupun kena menapak jauh dalam keadaan masing-masing kepenatan. Korang memang best la! Until next time!


KLIA
Vacation dah habis! Semua buat muka nangis! 🤣

Post a Comment

14 Comments

  1. Segar mata dapat tengok bunga tu. Best dapat pergi negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie, terapi mata betul bila tengok bunga segar berwarna-warni di Bloemenmarkt. Sayang bukan musim bunga tak dapat tengok bunga tulip segar di pasar bunga ni.

      Delete
  2. Bunga, street food, canal cruise dan semuanya best sangat. Thanks for sharing Carneyz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti wajib bila ke Amsterdam. Sama-sama kak Mulan.

      Delete
  3. Kita kan teringin nak g amsterdam sebab nak tgk tulip je pun haha gara² arwah mak kita minat sangat kt tulip tp tu la ntah bila nak tercapainya tu hahah... kita baca dulu je la kat sini ye sambil hirup kopi membygkan kita yg jejak kat saba haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi musim bunga tu Kak Ret. Tiket flight & hotel confirm mahal 😅

      Delete
  4. bestnya baca ur travel entries! memang i akan refer laaa if i jadi pergi amsterdam bln may nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully ada rezeki MZ dapat jejak kaki ke sini!

      Delete
  5. Kapan lah kita bisa traveling bareng nih 😄😄. Kalau jalan kaki kemana2 saya kuatlah😄.

    Uwaaaaah selesai juga cerita eropa nih yaa 😍😍. Bestnyaaa.. saya pula yg belum hahahahha.

    Penasaran saya rasa tiramnya 😍😍😍. Kalau seenak itu, saya pun tak nak sharing lah.. biar puas kan 😄.

    Stroopwafel tuh pernah dibawakan teman yg tinggal di Belanda saat ke JKT. Saya tak suka manis biasanya, tapiii stroopwafel nih saya sukaaa sangat. Tp jangan kasih topping Macam2. Yg wafel original saja. Sedaap.

    Menarik juga naik Cruise tuh yaa, walaupun vibe nya saya rasa tak jauh beda kan dengan Cruise di Melaka 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, akhirnya siap jugak entry jalan-jalan ke Eropah ni 😂 Dah nak termuntah belek2 gambar untuk edit dan mencari idea mengarang ayat2 untuk siri ni hihi.

      Semoga misi kita mencari aurora bersama2 kesampaian kan 🤲🏻 masih lagi menabung ni hihi.

      Kalau ke Eropah, harus mencuba tiram di sini sebab rasanya segar dan manis. Pertama kali saya cuba di Paris berbelas-belas tahun dulu, terus jatuh cinta dengan tiram segar. Lepas tu saya makan di Madrid pun sedap jugak. Di Amsterdam pun sedap jugak. Pendek kata, tiram di Eropah memang sedap!

      Delete
  6. Hebatnya traveling yang mengujakan..tahniah banyak berjalan luas pandangan pengetahuan hati seronok, bahagianya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, pengalaman manis yang tak boleh dilupakan

      Delete
  7. sy betul2 terlupa nak try stroopwafel masa dtg dulu... pd hal dah tau da...

    amsterdam best. kalau diberi peluang sy nak stay 2-3 hari kat sini. sehari mmg x ckp dan x puas jln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Anies. Rasanya 2 hari cukup utk jalan2 dalam bandar Amsterdam tu sendiri. Lepas tu 2 hari lagi keluar dari Amsterdam ke tempat2 sekitarnya macam Zaandam, Zaan Schans, ladang tulip etc.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .