Keledek RTE

Sekarang ni nak cari makanan RTE (ready to eat) memang mudah sebab dah ada jual di mana-mana. Nak lauk-pauk ada, nasi siap masak tinggal panaskan pun ada jugak. 

Minggu lepas masa jalan-jalan di Mercato TRX Mall, aku terjumpa satu lagi makanan RTE iaitu ubi keledek yang dah siap direbus dan dipek dalam paket kedap udara ni. Ni kalau malas nak rebus sebab lama sangat tapi nak makan sihat, boleh la sambar sepeket.

Ada dua perisa - keledek dengan aroma buah berangan (chestnut) dan keledek dengan aroma madu.


sweet potato RTE
Keledek pun boleh buat jadi snek sihat RTE

sweet potato RTE
Aku beli yang paket kuning dengan aroma madu ni buat raso-raso

Nak makan senang je. Keluarkan dari paket luar, koyakkan plastik kat dalam dan panaskan selama 30 saat dalam microwave. Nak makan gitu je tak panaskan pun boleh tapi kalau panas lebih sedap la.


sweet potato RTE
Ni rupa ubi keledek RTE

Harganya agak keras (RM6+/peket) jadi kalau tanya nak beli lagi tak, jawapannya takpelah. Baik aku buat sendiri je 😅. 

Post a Comment

1 Comments

  1. dasyat ek zaman sekarang keledek pun di RTE kan. memang mudah kerja kalau tetiba teringin nak makan tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .