Minggu lepas aku beli epal dari New Zealand di Mercato, Sunway Putra Mall. Malangnya epal ni kurang mendapat sambutan dari anak-anak sebab dieorang lebih suka Washington apple. Jadi sebelum epal-epal ni kecut, marilah kita membuat apple crumble untuk sarapan pagi ni.
Cara nak buat apple crumble ni tak susah mana pun. Part paling renyah ialah potong epal tu kecik-kecik je hihi. Tapi thanks to pisau yang baru diasah, kerja-kerja memotong epal menjadi cepat dan mudah. Lepas tu gaul dengan gula kastor satu sudu kecil (epal merah memang dah sedia manis, jadi tak payah letak banyak sangat) dan sesudu jus lemon. Ketepikan. Untuk lapisan crumble, satukan oat, tepung gandum, gula perang, serbuk kayu manis dan gaulkan dengan mentega yang dah dipotong kiub kecik-kecik. Bila dah sebati, letakkan epal tadi dalam acuan lepas tu taburkan crumble atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180℃ selama 35 minit. Siap.
![]() |
| Buat dalam mangkuk besar satu, selebihnya masukkan dalam mangkuk ramekin kecik-kecik ni |
Nak lagi sedap, makan dengan aiskrim vanilla. Tapi kita makan versi sihat sikit, makan camtu je hehe. Sihat la sangat, padahal letak gula dan tepung 😜.
![]() |
| Makan panas-panas sambil blogwalking. |
Untuk resipi, boleh tengok kat sini.
Nota kaki: Hari ni tak sempat nak blogwalking sangat sebab petang nanti aku panggil physiotherapist ke rumah. Lately ni aku sakit leher sampai ke belakang kepala rasa tegang je. Alang-alang dah buat appointment ni, nak mintak dia tengokkan jugak lutut aku yang dah lama sakit sejak awal tahun ni. Physiotherapist aku ni Indian lady, aku guna perkhidmatan dia dari tahun 2021 lagi. Masa tu aku kena sciatica. Lepas 2-3 kali sesi dengan dia, alhamdulillah hilang sakit tu. Sejak tu setiap kali ada je isu sakit otot atau belakang, aku akan panggil dia datang ke rumah untuk buat rawatan.


2 Comments
semoga sihat2 selalu..
ReplyDeletetak pernah cuba pula apple crumble ni
Menarik ni, kalau dah siap tu taklah membazir epalnya kan. Kena ada effort sikit nak buat apple crumble ni.
ReplyDeleteSemoga Allah permudah urusan harini dan semakin membaik. Aamiin...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .