Salam Isnin kawan-kawan,
Weekend lepas kiteorang pergi ke Felda Serting di Bandar Seri Jempol sebab menziarahi bekas staff aku yang baru kehilangan anakanda tercinta. Kak R ni staff aku masa di Sarawak dulu, tapi arwah anaknya kawen dengan orang nogori dan meninggal di sini sebab tu dikuburkan di kampung suaminya. Tak dapat nak cerita lebih-lebih untuk menjaga privasi staff aku tu. Cuma aku boleh cakap satu benda je la - Kak R tu kuat orangnya sebab dia boleh menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Kak R bagitau aku arwah anaknya tak lekang menyebut nama Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semoga arwah anak Kak R ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diampunkan dosa-dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan dilapangkan kuburnya. Insha Allah, aku doakan jugak arwah anak Kak R ni dikurniakan pahala mati syahid asbab kematiannya ialah sakit perut.
Otw balik, kiteorang pilih untuk ikut lebuhraya EKVE sebab tak pernah lagi lalu kat sini. Singgah di RnR sebab Khadeeja nak ke tandas. Sementara menunggu Khadeeja, kiteorang ternampak vending machine OldTown White Coffee. Eh eh. Ada diskaun sampai 45% la. Apa lagi, Suami Terchenta yang sedikit mengantuk sebab kena kerja malam tadi terus teringin nak beli minuman dari mesin ni untuk menyegarkan mata.
![]() |
| Nak minum kopi tak semestinya kena pergi restoran OldTown sekarang ni dengan adanya vending machine ni |
Diskaun yang tertera agak lumayan jugak la - harga minuman bermula dari RM3.99 hingga ke RM7.99.
![]() |
| Harga minuman yang berpatutan tambahan ada diskaun sehingga 45% untuk minuman terpilih |
Suami Terchenta bukan penggemar kopi jadi dia pilih minuman teh. Selepas melihat pilihan minuman teh, dia akhirnya memilih iced peach tea sebab tu yang paling murah (RM3.99) 😅.
![]() |
| Iced peach tea ni ada diskaun 45% |
Lepas pilih jenis minuman, paparan seterusnya ialah level manis / gula dalam minuman. Pilihan cuma dua - nak separuh atau penuh. Lepas dah pilih level gula, proceed buat bayaran. Boleh pilih nak bayar guna kod QR, e-wallet atau guna kad (tap to pay). Pembayaran tanpa tunai je. Duit kertas tak laku ye.
![]() |
| Menunggu mesin ni bancuh minuman |
![]() |
| Dalam masa tak sampai 5 minit, dah siap minuman yang dipesan. Senang kan? |
OldTown White Coffee vending machine ni boleh bancuh minuman sejuk dengan minuman panas. Minuman sejuk tu takde ais la, cuma air dia sejuk je. Jangan pulak korang expect ada ais sekali hihi.
Canggih nau mesin sekarang ni. Boleh jadi barista kopi jugak ye. Cer bayangkan kalau ada vending machine boleh buat nasi goreng sekali. Tak pun roti canai siap dengan kuah dhal / kari. Boleh lingkup agaknya kedai makan lepas tu 😅.





1 Comments
Hahhaha kita dl nak bisnes vendig machine tp bila tau starting harga bole tahan keras gak
ReplyDelete.kita kuburkan dl niat ye... tp pk² blk menyesal plak x start 10 thn dl.kan.. kalau x confirm dah kaya raya kita haha
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .