Teringin nak makan steak lagi lepas pergi ke Me'nate sempena birthday Suami Terchenta. Tapi tau-tau je la harga steak kat situ bukannya murah 😅. Mau hangus poket Suami Terchenta kalau pergi kali ke-2 bulan ni 🤣. Teringin sangat punya pasal, aku pun order la daging striploin dari Man N Meats dan masak sendiri kat rumah.

Harga daging striploin ni RM33 untuk sekeping (berat dalam 250g). Aku ambik 4 keping, semuanya RM132. Sama dengan harga sekeping steak di Me'nate ye 🤭.

Tadaa! Ni la hasilnya. Aku hidangkan dengan kentang putar (buat sendiri) dan sayur (masak guna kuali yang sama lepas masak steak sebab nak dapatkan flavour steak tu).


homemade steak
Homemade steak - jimat dan puas hati

Of course la yang kat kedai lagi sedap tapi buat sendiri pun not bad jugak. Cuma daging ni agak liat kalau nak dibandingkan dengan steak kat restoran (mungkin lain kali kena perap / tenderize dulu).