Beli daging sirloin dari Man N Meats

Teringin nak makan steak lagi lepas pergi ke Me'nate sempena birthday Suami Terchenta. Tapi tau-tau je la harga steak kat situ bukannya murah 😅. Mau hangus poket Suami Terchenta kalau pergi kali ke-2 bulan ni 🤣. Teringin sangat punya pasal, aku pun order la daging striploin dari Man N Meats dan masak sendiri kat rumah.

Harga daging striploin ni RM33 untuk sekeping (berat dalam 250g). Aku ambik 4 keping, semuanya RM132. Sama dengan harga sekeping steak di Me'nate ye 🤭.

Tadaa! Ni la hasilnya. Aku hidangkan dengan kentang putar (buat sendiri) dan sayur (masak guna kuali yang sama lepas masak steak sebab nak dapatkan flavour steak tu).


homemade steak
Homemade steak - jimat dan puas hati

Of course la yang kat kedai lagi sedap tapi buat sendiri pun not bad jugak. Cuma daging ni agak liat kalau nak dibandingkan dengan steak kat restoran (mungkin lain kali kena perap / tenderize dulu).

Post a Comment

28 Comments

  1. Abang Sabar ada beli pelbagai jenis daging steak tu .. tersimpan da;am freezer belum masak.. sebab dia takde jadi malas plak nak masak makan sorang.. huhuhu nanti nak tengok resepi best dulu baru masak laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap la nnt kiteorg smp rumah Sislin tolong perabihkan stok steak dalam freezer tu 🤣

      Delete
  2. aku x reti lew bab daging ni.. tau semua tu daging.. rasa sama je kat. tekak.. kalau gi menate ada satu daging tu suka. yang dia perap rosemarie dengan bawang putih tu.. dia siap bungkus dalam sealed platik dan perap.. tinggal bakor aje.. kawan suka makan yang medium rare.. eeeee... merah aje daging macam makan daging orang.. mentah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg kena letak rosemary dgn bawang putih baru naik rasa dia weyh. Medium rare sedap tau. Aku kalau order kat kedai mesti nak medium rare 😋

      Delete
  3. Walau tak sama macam di kedai, tapi tetap istimewa sebab masakan rumah.

    ReplyDelete
  4. Hahaa nak request steak jgk la :p

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Our favourite jugak ni hehe. Kat kedai mahal sangat, buat sendiri je la.

      Delete
  6. Looks great la sis 👍🏻
    Jimat pun jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak ambik gambar sos mushroom pun buat sendiri. Makan cicah dengan sos mushroom tu sedapnyaaa 😋

      Delete
  7. Replies
    1. Masak tak lama tapi nak kena 'rehatkan' daging tu yg lama (15-20 minit).

      Delete
  8. buat sendiri lagi puas hati makan.

    ReplyDelete
  9. sama mcm sodep x reti makan benda2 mcm ni. Tapi kalau free atau orang belanja mesti pandai punya ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang lain belanja mmg semua benda tetiba pandai makan ye hahaha!

      Delete
  10. Nyaman sbb masak dgn kasih sayang.. mcm meatball juak mahal da org jual mun polah dikpun di umah siap dapat pakei bekal gik ya.. tp sekali sekala x salah mkn yg dimasak org kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, sbb nok di kedey ya chef polah jadi mmg lain la rasa air tangan chef dgn air tangan kita nok sik berapa ada skill tok hihi

      Delete
  11. SA pun sama la ngan Carneyz...kalau teringin sanagt tapi poket suami macam berjerebu je..terus beli dan masak sendiri...kadang saje je beli dan buat masak kicap ke..beli sekeping buat rencah nasi goreng atau mee goreng ke..sebab daging steak ni lembut tak yah nak rebus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poket suami macam berjerebu tu mmg description yg setuju sangat! 🤣 kita pun taknak la poket dia berjerebu jadi masak sendiri je la puas hati dapat 4 keping daging dengan harga sekeping steak kat kedai 😄

      Delete
  12. Kalau daging nk lembut, kena perap lama2.

    Kat rumah saya selalu beli lamb chop frozen yg banyak2 tu je, pastu masak sndiri. Dpt sorang makan dia kepong. Sbb kalau beli kt kedai rm20++ tk lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali bila teringin nak makan steak lagi boleh beli lagi dari Man N Meats pastu perap lama2 pulak. Betul makan kat luar mengancam poket ye harga sekarang ni hehe

      Delete
  13. Pernah tengok di social media Man N Meat ni. Masak sendiri lagi puas hati.

    ReplyDelete
  14. Setujuuu, sayapun sesekali beli daging steak ini utk masak di rumah. Walaupun rasa tak seperti steakhouse, tp at least puaaaas, sebab daging lebih besar 😄.

    ReplyDelete
  15. mmg puas hati bla dpt buat sendiri... lps ni kalau bli lg dah tau dah kena perap lama sket utk elak liat

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .