Beli daging sirloin dari Man N Meat

Teringin nak makan steak lagi lepas pergi ke Me'nate sempena birthday Suami Terchenta. Tapi tau-tau je la harga steak kat situ bukannya murah 😅. Mau hangus poket Suami Terchenta kalau pergi kali ke-2 bulan ni 🤣. Teringin sangat punya pasal, aku pun order la daging striploin dari Man N Meats dan masak sendiri kat rumah.

Harga daging striploin ni RM33 untuk sekeping (berat dalam 250g). Aku ambik 4 keping, semuanya RM132. Sama dengan harga sekeping steak di Me'nate ye 🤭.

Tadaa! Ni la hasilnya. Aku hidangkan dengan kentang putar (buat sendiri) dan sayur (masak guna kuali yang sama lepas masak steak sebab nak dapatkan flavour steak tu).


homemade steak
Homemade steak - jimat dan puas hati

Of course la yang kat kedai lagi sedap tapi buat sendiri pun not bad jugak. Cuma daging ni agak liat kalau nak dibandingkan dengan steak kat restoran (mungkin lain kali kena perap / tenderize dulu).

Post a Comment

5 Comments

  1. Abang Sabar ada beli pelbagai jenis daging steak tu .. tersimpan da;am freezer belum masak.. sebab dia takde jadi malas plak nak masak makan sorang.. huhuhu nanti nak tengok resepi best dulu baru masak laaa

    ReplyDelete
  2. aku x reti lew bab daging ni.. tau semua tu daging.. rasa sama je kat. tekak.. kalau gi menate ada satu daging tu suka. yang dia perap rosemarie dengan bawang putih tu.. dia siap bungkus dalam sealed platik dan perap.. tinggal bakor aje.. kawan suka makan yang medium rare.. eeeee... merah aje daging macam makan daging orang.. mentah..

    ReplyDelete
  3. Walau tak sama macam di kedai, tapi tetap istimewa sebab masakan rumah.

    ReplyDelete
  4. Hahaa nak request steak jgk la :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .