Birthday Suami Terchenta dan Reunion Msjbox

Semalam Suami Terchenta menyambut harijadi yang ke-47. Memandangkan Suami Terchenta selalu je cakap rindu nak berkumpul dengan geng Msjbox (a.k.a. Geng Kamie) macam dulu-dulu, jadi tahun ni aku tunaikanlah hasrat dia sambut birthday dengan geng Msjbox 🥰. Alhamdulillah, majoriti respond bagitau yang dieorang free dan dapat datang sambut birthday Suami Terchenta weekend lepas. Masing-masing excited sebab dah lama tak jumpa. Sayangnya last minute Sislin tak dapat join sekali. Tapi zaman teknologi canggih sekarang ni, apedehal lah! Boleh join sesi live TT dari JB sebab dieorang ni semua ada akaun TT dan rajin buat live 🤭.


Msjbox Raya
The planning on paper

Konsep gathering kiteorang ialah potluck raya. Kak Ret datang bawak satay, nasi himpit dan kuah kacang. Shai bawak pulut panggang dan gula-gula. Sodep pulak bawak cheesekut yang sedap dan tak manis sangat. Akhir sekali, Topek datang bawak perut! 🤣

Raya gathering
The Raya table - masa ni cheesekut tak sampai lagi sebab Sodep tengah sangkut dalam jem 🤭

Raya gathering
Ada kelupis dan daging masak hitam versi Sarawak air tangan MIL, lemang beli dekat bawah, my rendang ayam, buah oren favourite Amanda anak buah Sodep yang comel, kek lapis Sarawak diterbangkan khas dari Bintulu dan dalam periuk hitam tu ialah spaghetti bolognese sebab takut budak-budak tak makan pedas

Raya gathering
Satay daging dan ayam yang Kak Ret bawak

Raya gathering
Kek lapis Sarawak - kek lapis Cadbury tu paling banyak dapat sambutan 😄


Raya gathering
Cheesekut yang dibawa oleh Sodep (cilok gambar Kak Ret)

Raya gathering
Rumah orang Sarawak tak sah kalau takde laksa Sarawak

Raya gathering
Birthday cake untuk birthday boy

Sodep sampai je terus buat live TikTok yang kiteorang sambung kat TV supaya senang nak baca komen kawan-kawan Msjbox lain yang tak dapat datang. Kak Siti dan Che Mat tak dapat join sebab tengah jaga cucu. Sislin pulak terpaksa cancel datang join beraya last minute, jadi dia join dekat TT je la.

Dah puas makan-makan, sesi diteruskan dengan main event iaitu sambut birthday Suami Terchenta!


Msjbox boss
Happy sungguh dia diraikan hari tu, siap kiteorang nyanyi 3 round lagu birthday dalam versi berlainan 🥳

birthday cake
SS live TT dari h/p Sislin 😁

Plan asal nak beli kek dari Secret Recipe tapi tak sempat pulak nak ke SR terdekat. Masa turun beli lemang, singgah kejap di kedai kek terdekat beli kek paling kecik ni buat syarat je. Harga pun tak mahal sangat (RM39). Tapi tak sangka sedap pulak kek coklat dengan fresh cream ni. Amanda siap mintak tambah punyalah dia suka sangat kek ni! 😬

Lepas nyanyi lagu birthday dan tiup lilin, acara seterusnya ialah bertukar-tukar hadiah. Ni idea Kak Ret sebenarnya, saja2 je la for fun 😄:


Raya gathering
Meriah time ni, masing-masing seronok dapat hadiah 😄

Akhir sekali, kiteorang turun ke lobi untuk acara photoshoot raya pulak:


Photoshoot raya
Bergambar untuk kenangan sebab tak tau bila akan dapat buat gathering seterusnya. Harap-harap tahun depan ada lagi 😄

Alhamdulillah, selesai aktiviti reunion Msjbox dan sambutan harijadi Suami Terchenta 😃. Tahun depan Sislin kata dia pulak nak buat gathering Msjbox kat JB. Semoga menjadi la plan tu hihi. Lama tak berkumpul dengan geng Msjbox belah selatan dan utara.

Walaupun penatnya terasa sampai hari ni, tapi berbaloi bila tengok senyuman di wajah Suami Terchenta. Sebabnya dia selalu stress dengan kerja, muka pun selalu berkerut macam selfie Uncle Gedek 🤣. Jadi bila dapat buat dia senyum lebar sepanjang hari macam ni, iolls pun tumpang gembira 😘. Happy birthday, Suami Terchenta, love you to the moon and back! ♥️

Post a Comment

36 Comments

  1. Itulah puas juga buat jamuan walaupun penat. Kenangan itu yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA. Penat tu jadi berbaloi sebab dapat gembirakan orang yang kita sayang 🥰

      Delete
  2. Hahaha hepi belated Jun.... semoga cpt naik pangkat dan x perlu OT slalu hahaa...

    Rindu kan nak kumpul ramai² camtu... thn depan kita celeb kt jb plak ue haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dia selalu sebut rindu la nak gathering macam dulu2. TQ korang semua datang berkumpul celebrate birthday dia! 🤗

      Delete
  3. sanah helwah to ur hubby! meriah betul gathering dan food pun sedap2 tu wpun konsep potluck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, TQ MZ! Syukur geng Msjbox dapat hadir celebrate birthday my hubby as per his wish! Potluck raya tu mmg konsep gathering kiteorg dari dulu2 lagi hihi

      Delete
  4. ehem... laksa sarawak ada lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit lagi kuahnya hehe. Simpan utk bukak puasa ptg nnt 🤭

      Delete
  5. happy birthday buat incikSuami nya...
    seronok bila crowd sambutan nya lebih dari biasa.. hihii...
    release stress katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Linda 🤗 seronok dia sbb dapat berkumpul dgn geng kiteorg 😄

      Delete
  6. Happy Belated birthday untuk suaminya. Terima kasih atas jemput. Insya-Allah hadir juga walaupun tak bawa 'Jodoh Lebaran' ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku igtkan bawak jodoh lama 🫣 nasib baik bawak Najla hehehe

      Delete
  7. Sanah helwah utk suami terchenta carneyz
    Happy tgk dpt kumpul dgn geng kan semoga ikatan uhwah berkekalan aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimak kasih cik nur 🤗 Ameen atas doanya 😄

      Delete
  8. Aip aip nama UG disebut la. Haha....kek lapis Cadbury pun dapat dari adik dari sarawak. sedap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la sbb dia selalu berkerut macam UG hehehe. Tapi hari celebrate birthday dia, senyum sampai ke telinga hihi

      Delete
  9. Semoga encik suami terus diberkati.... Steady boss!

    ReplyDelete
  10. (Datang balik)
    Ya...! Sah! Cerita sama dengan cerita di blog Shaizhar!

    Jap... muka uncle berkerut tu kira trademark tu.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kejadian yg sama jadi ceritanya pun sama jugak la Uncle 😜

      Delete
  11. Raie kan dua acara menarik..pasti suami berasa happy ..juadahpun hebatnya tu..sedap..apatah lagi masih bau raya lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acara utamanya menyambut harijadi suami, dah alang2 masih bulan Syawal jadi buatlah konsep potluck raya. Begitulah cikgu 😄

      Delete
  12. wahhh...bestnya... happy belated birthday en jun!!! mun selalu reunion geng kamie mst nya dah x berkerut agik dah.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek. Tapi kinek tok masing2 bz dgn life masing2 jadi nang rare juaklah dapat berkumpul ramai2 tok hihi

      Delete
  13. happy birthday. semoga yang baik2 saja mengiringi. meriahnya menu potluck. bestnya laksa sarawak tu.

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday...
    mau tak senyum smpi ke telinga...
    rumah riuh rendah dan meriah seketika...
    kalau sy pun happy hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, happy dia tercapai hajat nak berkumpul dgn kawan2 mcm dulu2 hehe

      Delete
  15. Happy belated birthday buat suami Carneyz..seronoknya ramai2 tu...tapi ada yang xde ye...tahun depan ajak lah kita...boleh kita bawak pot luck kita plak.....hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah SA, kalau ada rezeki buat open house lagi tahun depan, saya jemput kawan2 blogger yg lain 😊 klu SA jemput open house pun saya datang sbb selalu terliur tgk SA masak sedap2 🤩

      Delete
  16. Uwaaaah selamat ulang tahun untuk suami Karni 🎉🎉🎉🎉. Makiiiin banyak rezeki, dan panjang usia yaa 😄.

    Meriaaah lah bisa kumpul dengan teman2 begini. Sampai live TT pula 😄👍👍. Makanan yg sedap2 niiih. Apalagi ada laksa Sarawak 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny atas doanya 🤗 Turut mengaminkan doanya, supaya isterinya boleh jalan2 selalu! 😂

      Delete
  17. Sedap semua menu2 nya. Bila bulan raya ni banyak majlis 2 in 1 sekali harung jekan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, makanan semua mencukupi, malah berlebihan boleh tapau bawak balik dan sedekah dgn jiran2 😊

      Delete
  18. Kecewa rasa di hati tak dapat join.. moga tahun depan segala plan kita menjadi yaa.. raya di JB!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kecewa jugak, dah excited Sislin nak turun tapi takde rezeki akhirnya huhu. Semoga tahun depan dipermudahkan 🤲🏻

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .