Ikan Bakar Jalan Bellamy

Masa birthday Suami Terchenta, siangnya dia mengajak makan ikan bakar di Jalan Bellamy atau lebih dikenali ikan bakar belakang istana (lama). Mula-mula dia nak ajak makan kari kepala ikan di Bukit Taman Tugu tapi tutup pulak. Jadi melencong la kiteorang ke sini. Anak-anak taknak ikut sebab dieorang dah kenyang menghabiskan spaghetti bolognese yang aku buat untuk jamuan potluck hari sebelumnya. Jadi kiteorang pun pergi berdua je naik motor. Nasib baik la dieorang tak ikut, jalan jem giler! Motor pun susah nak menyelit-nyelit. Aku yang jadi pembonceng sampai geli-geleman pulak tengok skill Suami Terchenta mencilok di sebalik kereta-kereta di jalanan. Fuhhhh! Nasib baik tak bawak motor sendiri 🫣

Akhirnya selepas melalui jem KL yang teramat tu, sampai la kiteorang ke tempat ikan bakar ni. Agaknya ramai yang masih beraya dan pergi open house sana-sini, jadi tak ramai pulak orang kat sini hari tu. Suami Terchenta ajak mencuba ikan bakar Seri Melaka sebab selalunya kalau kiteorang ke sini pada minggu biasa, gerai ni selalu penuh jadi kiteorang akan pilih gerai di bahagian depan yang tak berapa ramai orang.


Jalan Bellamy
Ikan bakar Seri Melaka

Ada beberapa pilihan ikan bakar kat sini - siakap, ikan keli, ikan pari, ikan kembung, sotong dan kerang bakar pun ada. Kiteorang ambik ikan pari dan ikan keli bakar. Next, pergi ambik nasi putih pulak dan lauk-pauk lain. Patutlah ramai orang ke gerai ni sebab lauk-pauknya banyak pilihan. Aku ambik sayur rebung masak lemak dan lauk tempe. Suami Terchenta pilih ulam timun dan sambal belacan dan sayur taugeh campur.

Minuman pulak limited tapi boleh refill percuma - air sirap dan teh o.


Ikan bakar Seri Melaka
Pilihan lauk di gerai Seri Melaka

Ikan bakar Seri Melaka
Makan tengahari kami semuanya berjumlah RM37

Ada sambal kicap dan air asam sekali tapi lupa nak ambik gambar. Budu pun ada jugak. Alhamdulillah, sedap sayur rebung masak lemak dan tempeh berkicap tu. Ikan keli tu pun sedap, lemak-lemak manis isinya. Ikan pari je menyesal sikit ambik sebab isinya agak keras dan kering.

Kat sini susah sikit nak parking sebab tu kiteorang selalunya naik motor je kalau nak makan ikan bakar belakang istana ni. Walaupun jauh sikit dari rumah tapi berbaloi la sebab makanan sedap dan murah.

Post a Comment

12 Comments

  1. Dulu masa kerja KL Tower adalah juga pergi. Dah ingat-ingat lupa jalan nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena waze Ikan Bakar Jalan Bellamy. Aku tau belakang istana negara yg lama je hehe

      Delete
  2. kitaorang pun dah banyak kali cuba ke sini tapi tak kesampaian..masalah trafficjam&parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Afzan. Mmg susah sikit nak parking kat sini kalau hari biasa.

      Delete
  3. Aiiiih sukaaa lah kalau makan di tempat yg banyak menu buffet ala lokal beginiii 😍😍😍😍. Pasti saya selalunya ambil terlalu banyak hahahahahah. Apalagi kalau dah ikan bakar.

    Kalau cuma ikan bakar, saya sering tak nak nasi. Tp kalau ada lauk lain macam rebung , dah pasti nasi harus ada 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan di sini berbaloi sangat, minuman percuma, lauk sedap dan banyak 👍🏻 sayangnya tempat parkir agak terbatas makanya lebih senang naik motor je 😅

      Delete
  4. lama gila tak menjengah tempat ni.. kene gi awal kalau tak seat full...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, klu hari biasa penuh tempat ni. Pergi musim raya ni lengang je hehe

      Delete
  5. Murahnya harga dia. Berbaloilah hadap jem sesak, nasib baik naik motor.

    Pilihan lauk2 dia pun nampak banyaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, harga dia tu berbaloi la hadap jem nak ke sana 😅

      Delete
  6. walaupun tmpt ni pemes dan dah lama dok KL tp sy tak penah ke sini🤣kalau lalu tu dah byk kali kot... plan je tp smpi nya tidakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab susah parking ye Anies? Tempat ni memag pemes dari zaman saya masih bujang lagi hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .