Masa birthday Suami Terchenta, siangnya dia mengajak makan ikan bakar di Jalan Bellamy atau lebih dikenali ikan bakar belakang istana (lama). Mula-mula dia nak ajak makan kari kepala ikan di Bukit Taman Tugu tapi tutup pulak. Jadi melencong la kiteorang ke sini. Anak-anak taknak ikut sebab dieorang dah kenyang menghabiskan spaghetti bolognese yang aku buat untuk jamuan potluck hari sebelumnya. Jadi kiteorang pun pergi berdua je naik motor. Nasib baik la dieorang tak ikut, jalan jem giler! Motor pun susah nak menyelit-nyelit. Aku yang jadi pembonceng sampai geli-geleman pulak tengok skill Suami Terchenta mencilok di sebalik kereta-kereta di jalanan. Fuhhhh! Nasib baik tak bawak motor sendiri 🫣
Akhirnya selepas melalui jem KL yang teramat tu, sampai la kiteorang ke tempat ikan bakar ni. Agaknya ramai yang masih beraya dan pergi open house sana-sini, jadi tak ramai pulak orang kat sini hari tu. Suami Terchenta ajak mencuba ikan bakar Seri Melaka sebab selalunya kalau kiteorang ke sini pada minggu biasa, gerai ni selalu penuh jadi kiteorang akan pilih gerai di bahagian depan yang tak berapa ramai orang.
![]() |
| Ikan bakar Seri Melaka |
Ada beberapa pilihan ikan bakar kat sini - siakap, ikan keli, ikan pari, ikan kembung, sotong dan kerang bakar pun ada. Kiteorang ambik ikan pari dan ikan keli bakar. Next, pergi ambik nasi putih pulak dan lauk-pauk lain. Patutlah ramai orang ke gerai ni sebab lauk-pauknya banyak pilihan. Aku ambik sayur rebung masak lemak dan lauk tempe. Suami Terchenta pilih ulam timun dan sambal belacan dan sayur taugeh campur.
Minuman pulak limited tapi boleh refill percuma - air sirap dan teh o.
![]() |
| Pilihan lauk di gerai Seri Melaka |
![]() |
| Makan tengahari kami semuanya berjumlah RM37 |
Ada sambal kicap dan air asam sekali tapi lupa nak ambik gambar. Budu pun ada jugak. Alhamdulillah, sedap sayur rebung masak lemak dan tempeh berkicap tu. Ikan keli tu pun sedap, lemak-lemak manis isinya. Ikan pari je menyesal sikit ambik sebab isinya agak keras dan kering.
Kat sini susah sikit nak parking sebab tu kiteorang selalunya naik motor je kalau nak makan ikan bakar belakang istana ni. Walaupun jauh sikit dari rumah tapi berbaloi la sebab makanan sedap dan murah.



12 Comments
Dulu masa kerja KL Tower adalah juga pergi. Dah ingat-ingat lupa jalan nak ke sana.
ReplyDeleteKena waze Ikan Bakar Jalan Bellamy. Aku tau belakang istana negara yg lama je hehe
Deletekitaorang pun dah banyak kali cuba ke sini tapi tak kesampaian..masalah trafficjam&parking
ReplyDeleteBetul tu Afzan. Mmg susah sikit nak parking kat sini kalau hari biasa.
DeleteAiiiih sukaaa lah kalau makan di tempat yg banyak menu buffet ala lokal beginiii 😍😍😍😍. Pasti saya selalunya ambil terlalu banyak hahahahahah. Apalagi kalau dah ikan bakar.
ReplyDeleteKalau cuma ikan bakar, saya sering tak nak nasi. Tp kalau ada lauk lain macam rebung , dah pasti nasi harus ada 😄👍
Makan di sini berbaloi sangat, minuman percuma, lauk sedap dan banyak 👍🏻 sayangnya tempat parkir agak terbatas makanya lebih senang naik motor je 😅
Deletelama gila tak menjengah tempat ni.. kene gi awal kalau tak seat full...
ReplyDeleteTu la, klu hari biasa penuh tempat ni. Pergi musim raya ni lengang je hehe
DeleteMurahnya harga dia. Berbaloilah hadap jem sesak, nasib baik naik motor.
ReplyDeletePilihan lauk2 dia pun nampak banyaklah
Betul tu, harga dia tu berbaloi la hadap jem nak ke sana 😅
Deletewalaupun tmpt ni pemes dan dah lama dok KL tp sy tak penah ke sini🤣kalau lalu tu dah byk kali kot... plan je tp smpi nya tidakkk
ReplyDeleteSebab susah parking ye Anies? Tempat ni memag pemes dari zaman saya masih bujang lagi hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .