Kat Sini Pun Boleh Ya, Kiera?

Salam Jumaat kawan-kawan,

Kucing rumah ni walaupun tak seaneh kambing yang aneh, tapi kadang-kadang boleh buat aku garu kepala jugak dengan telatah dieorang. Contoh ye, contohhhhh:


Kiera
Tertidur atas kabinet tv

Ada banyak tempat yang lebih selesa dalam rumah ni untuk landing tidur, tapi ruang sempit atas kabinet TV ni jugak la jadi tempat dia nak tidur! 😅

Tengok la kepala tu sampai tersengguk ke bawah sebab tak muat nak letak atas kabinet, tapi tetap la tidur dengan nyenyaknya di situ 🙂‍↔️. Nasib baik tulang kucing ni fleksibel, kalau tak bangun-bangun terus sakit leher ye, Kiera?

P/S: Mesti semua tak sabar nak berhujung minggu kan? Weekend ni dah penutup Syawal, tapi masih ada lagi event raya. Surau kondo kiteorang pun akan buat potluck raya Ahad ni bersamaan 1 Zulkaedah. Aku volunteer nak bawak mac n cheese tapi bila tengok karipap pusing kayangan dekat blog Mamatisya ni, tetiba teringin pulak nak order karipap ni 😬. Tengok la nanti hari kejadian macamana.

Post a Comment

34 Comments

  1. Kucing sik lalek mok tidur siney.bahkan kata orang keja kucing senang jak, makan, tidur dan berak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok giyalah pusak2 di rumah kmk org tok, keja sidaknya makan, tidur, berak, main hehehe

      Delete
  2. Untunglah siapa yang hadiri majlis surau Puan Carneyz boleh rasa karipap pusing kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya takde rezeki nak order karipap pusing kayangan sebab ejen bgtau dah habis stok huhu. Rezeki dieorg dpt makan mac n cheese bakar je hehe

      Delete
  3. Kucing ni kan cecair, tempat sempit la yang dia suka duduk kadang berebut nak duduk tempat sempit, kadang rela berhimpit, hihi. Menarik jugak Mac & cheese tapi karipap pusing pun sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, kalau kita ni dah sakit badan tidur tempat sempit macam ni hihi. Yang abangnya suka tidur atas katil sbb luas senang dia nak terkangkang kaki ke atas hahaha!
      Karipap pusing tu nampak sedap dan isinya pun padat. Tu yg teringin nak cuba tapi sayang takde stok pulak..

      Delete
  4. asalkan nyenyak tidur hahaah hari ni dh 28 syawal, so esok lah syawal terakhir utk thh ni kan...i tak de jemputan raya pun, cuma ahad ni nak gi hi tea for my ariff's bday tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nyenyak dia tidur atas kabinet tv tu hihi. Betul, esok last day puasa 6 🤭 mmg ngam2 smp hujung Syawal.

      Delete
  5. kucing yang pemalu.. lansung taknak beramah mesra dia ya... thehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg camtu. Klu org datang dia menyorok belakang katil tak pun pusing muka hadap dinding buat2 tak nampak 🫣

      Delete
  6. kucing ni memang pelik, ada je perangai pelik dan tidak senonoh dia tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la kucing, telatah pelik tu la yg menghiburkan hati kita hehe

      Delete
  7. Kucing yang pemalu. Takut keduanya lari bila ada ramai orang datang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kucing2 kiteorg ni tak mesra alam. Dgn kiteorg pun kadang2 sombong jugak 😂

      Delete
  8. tengok Kiera rindunya pada Daisy&Amber..nak ambil kucing lain rasa macam belum terbuka lagi pintu hati,tapi bila tak ada kucing ni rasa sunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😢😢 sedih saya baca kisah tragis pemergian dieorg. Semoga ada kucing lain yg boleh mengubat rasa rindu dekat Daisy & Amber.

      Delete
  9. Kiera jom kawan ngan Brown jom...hahahaah....SA weekend kat Kuantan...xde dah jemputan..eh ada..rumah aunty kami kat Ampang...tapi tu la x dapat join adik beradik dan kazen sebelah suami..SA dah booked hotel kat Kuantan..next week la ada birthday Uncle plak kat Le Meridien KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dgn kucing lain dia ok kot, dgn org je dia pemalu hehehe. Wah bestnya cuti2 Kuantan!

      Delete
  10. Hihii itu la namanya kucingg
    Sukaa benau pelik2 kan
    Lg sempit lg dia sukaa ha haa
    Umah ciknur dlm almari baju pun jd tmpt tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak terjumpa kucing lagi seekor nama Louis tu tidur dalam almari. Tak almari, kabinet dapur hehe. Asal boleh menyelit, dia selit je 🙂‍↔️

      Delete
  11. Samalah macam budak2 kat dlm rumah ni.. kalau dah ngantuk tang situ juga diorang tidur hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bateri dieorg 'flat', kat situ la tempat dieorg tidur kan hahaha! Sama mcm anak no. 2 masa dia kecik dulu!

      Delete
  12. minggu ni pnutup raya tapi still tiada panggilan open house hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg ni pun hujung2 baru dapat jemputan beraya hehe.

      Delete
  13. kucing sy dulu pun gitu juga. cari tempat yg sempit spt iron board utk tdo. tp ia dah mati nov lps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Dah ajalnya, Abe Kie. Kucing dan tempat sempit berpisah tiada hihi

      Delete
  14. Kucing kitorg suka tidur atas side table, habis bunga² & bekas² kaca dihimpit & ditolak² ke tepi. Dah la mok, nak juga tidur situ 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tak sedar diri badan tu mok! 😂😂 padahal tempat lagi luas ada je nak jugak menyelit dekat bekas2 dan bunga2 hehehe

      Delete
  15. dah ngantukkkk sgt le tu
    x kira tmpt mn pn janji boleh zzz😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar angin agaknya hehe. Dah bosan tidur atas kerusi meja makan atau sebelah dinding 🫣

      Delete
  16. Ini kalau pasang TV kuat2 mau terkejut dia! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayanya macam tidur mati ni Uncle sbb kepala dah nak jatuh ke bawah masih lagi nyenyak tido!

      Delete
  17. kucing saya lagi teruk, sekarang dah pandai duduk atas laptop bila saya tgh guna. saja nak mintak perhatian!

    ReplyDelete
  18. Harap2 dia tidak menjatuhkan tv yaaa 🤣🤣🤣. Jangan macam mochi dan pastel, nak rebutan tidur di rak tv, begaduh, trus tv pun bergoyang nak jatuh. Nasib baik ada anak saya, bisa ditahan Ama dia tv sebelum terhempas ke lantai 😂😂.

    Memang tak habis pikir dengan mereka. Ntah apa enaknya tidur di rak tv 🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .