Salam Jumaat kawan-kawan,

Kucing rumah ni walaupun tak seaneh kambing yang aneh, tapi kadang-kadang boleh buat aku garu kepala jugak dengan telatah dieorang. Contoh ye, contohhhhh:


Kiera
Tertidur atas kabinet tv

Ada banyak tempat yang lebih selesa dalam rumah ni untuk landing tidur, tapi ruang sempit atas kabinet TV ni jugak la jadi tempat dia nak tidur! 😅

Tengok la kepala tu sampai tersengguk ke bawah sebab tak muat nak letak atas kabinet, tapi tetap la tidur dengan nyenyaknya di situ 🙂‍↔️. Nasib baik tulang kucing ni fleksibel, kalau tak bangun-bangun terus sakit leher ye, Kiera?

P/S: Mesti semua tak sabar nak berhujung minggu kan? Weekend ni dah penutup Syawal, tapi masih ada lagi event raya. Surau kondo kiteorang pun akan buat potluck raya Ahad ni bersamaan 1 Zulkaedah. Aku volunteer nak bawak mac n cheese tapi bila tengok karipap pusing kayangan dekat blog Mamatisya ni, tetiba teringin pulak nak order karipap ni 😬. Tengok la nanti hari kejadian macamana.