Keputusan Pertandingan Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad

Cuti sekolah bulan Disember lepas, anak-anak mengikuti bengkel online iaitu mencipta buku digital menggunakan iPad (boleh baca kat sini). Selesai menghadiri sesi selama seminggu ni, para peserta diberikan tugasan mencipta buku digital sendiri menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing, dengan syarat mesti memasukkan semua elemen-elemen yang dipelajari dalam bengkel tu. Kena ada animasi, audio, menggunakan teknologi AR dan menggunakan aplikasi Keynote dan Pages untuk menghasilkan buku EPUB:


Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad
Bengkel anjuran APL, KPM dan DELIMa

Anak-anak mengambil masa 2 minggu jugak la nak menghasilkan buku digital masing-masing. Si kakak buat agak last minute tapi si adik buat bersungguh-sungguh. Dua-dua berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan oleh pihak penganjur.


digital book cover
Muka depan buku digital yang dihasilkan oleh Khayla bertajuk "My Glasses Are Missing!"

digital book cover
Muka depan buku digital dihasilkan adik Khadeeja bertajuk "The Perfect Pie"

Selepas berbulan-bulan menunggu, minggu lepas keputusan pertandingan mencipta buku digital akhirnya keluar jugak. Alhamdulillah, adik dapat sijil perak dan kakak pulak dapat sijil gangsa!


Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad
Keputusan Sijil Perak

Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad
Keputusan Sijil Gangsa

Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad
Sijil pencapaian Khadeeja

Bring Stories to Life With Captivating Digital Books Using iPad
Sijil pencapaian Khayla

Alhamdulillah! Bukan senang nak menghasilkan buku digital ni. Kena ada kemahiran dan jugak kreativiti serta daya imaginasi yang tinggi. Teringin pulak nak publish buku digital dieorang ni jadi e-book yang boleh dijual tapi part tu tak diajar pulak dalam bengkel 😅. Ada sesiapa tau tak? Kalau boleh jual e-book dieorang ni, boleh la tambah duit dalam simpanan SSPN / ASB dieorang.

Boleh tengok buku yang dieorang hasilkan di sini:




Lepas ni aku nak cetak sijil-sijil yang dieorang dapat lepas join program cuti sekolah hari tu dan hantar ke cikgu kelas untuk dimasukkan dalam rekod PAJSK. Harap lepas ni cikgu sekolah dieorang rajin hantar lagi info program cuti sekolah macam ni untuk bantu dieorang dapat markah PAJSK 🤗.

Post a Comment

10 Comments

  1. Untung bebudak zaman sekarang. Diorang. boleh kembangkan bakat dan kreativiti melalui teknologi.. kita dulu buku kertas dan pensil warna. Gunting pisau dan memacam lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Zaman kita dulu tak complicated mcm skrg 😅. Kena ajar dieorg future skills ni Sodep. Kalau tak nnt susah dapat kerja bila dieorg dah habis belajar.

      Delete
  2. tahniah khayla dan khadeeja! kreatifnyaaaa.
    diorang lukis sendiri ke? sebab cute 🥰 bagus aktiviti ni utk gilap potensi pelajar sekolah dari awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dieorg lukis sendiri semua tu 😄 dieorg mmg minat melukis. Mak dieorg je takde bakat hihi.

      Delete
  3. menarik betul ebook ni! good job girls!

    ReplyDelete
  4. Wow in english pulak tu. Tahniah both Khayla and Khadeeja. Rupanya nama mereka 1 tu je ya Carneyz...Ingat ada Nur ke kat depan....

    Tahniah!!! utk mamanya juga sebab bagi galakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, mak pak dieorg pun nama satu je 😅 nak ambik initial K + J = KJ hihi.

      TQ sis Ezna! 🤗

      Delete
  5. Waaaa menarik nyaaa... By the way tahniahhhhh.. 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. By the way bagus bagi nama anak simple senang nak belajar oversea nanti.. ☺️

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .