Me Time Lagi

Kali terakhir aku 'me time' ialah pada bulan Februari lepas. Then minggu lepas aku decide nak keluar 'me time' lagi, plus dah mintak izin Suami Terchenta nak potong rambut sebab dah lama tak ke salon (rasanya dah lebih dari setahun).

Macam biasa tempat 'me time' aku ialah di Sunway Putra sebab kat situ senang nak parking (ladies parking betul-betul depan lif dan ada security jaga dan make sure takde orang yang menyalahgunakan ladies parking). Lagipun semua tempat yang aku nak pergi ada kat dalam mall tu.

First stop ialah makan tengahari di CBTL. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan Afif sebab dia suka lepak dekat CBTL lepas tu post gambar makanan banyak-banyak! 🤣 Aku ni dah la jenis cepat terpengaruh 🤭.

Untuk makan tengahari, aku order Eggs Ben dan minuman pulak aku pilih Matcha Green Ice Blended. Sayangnya, Eggs Ben tu agak mengecewakan sebab yang datang tu bukan poached egg tapi sunny side up yang telur kuningnya tak cair 👎🏻. Hmm. Lain kali taknak order Eggs Ben kat sini lagi.


Coffee Bean & Tea Leaf
Sambil makan, ambik kesempatan berblogging dan review travel plan seterusnya ahaks!

Lepas makan, aku pun pergi ke Le Classic Hair Studio. Memang dah aim nak ke sini sebab ada diskaun 25% untuk first-time customer dan yang paling penting ada bilik muslimah. Even tempat cuci rambut pun ada tirai untuk menjaga privasi dan aurat pelanggan Muslimah.


Kredit gambar: Website Sunway Putra Mall

Bilik muslimah tertutup dan selesa


Lepas duduk, staff tanya jenis teh yang aku nak (aku pilih rose tea), siap bagi biskut dan hygiene kit sekali


Aku pilih untuk buat scalp treatment, cuci dan gunting rambut sekali. Dari segi layanan, aku rasa so-so je la sebab aku request nak style rambut yang tak nampak flat sangat lepas tu hair stylist tu bagitau tak boleh buat sebab aku pakai tudung 😒. Nampak la dieorang tak expert sangat nak melayan pelanggan yang berhijab. Paling best ialah masa buat scalp treatment sebab dia urut kepala tu rasa relax sangat! Lepas tu rasa sejuk je kulit kepala. Lurveee sangat.

Dah setel gunting rambut, pergi beli groceries kejap then pergi ke kaunter customer service untuk redeem flat rate parking RM2. Itu satu lagi alasan aku suka ke Sunway Putra Mall sebab ada promo flat rate parking sampai hujung bulan ni. Harap-harap lepas April, management mall extend lagi promosi ni.

Next 'me time' mungkin nak pergi tengok movie atau ke spa. Lamanya tak buat kedua-dua aktiviti ni, looking forward to my next 'me time' session!

Post a Comment

5 Comments

  1. berkurun dh i tak gi sini..sbb mcm tak berapa nak dekat dgn area rumah...nice lah u me time tu...i nak gi spa cuma kena tunggu balik travel la

    ReplyDelete
  2. me time kita memerap dalam bilek aje... x reti jalan dan nikmati sorang sorang luar.. rasa macam x selamat aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau kena colek lah tu. Maklumlah. Sodep pun comey macam mana kan. Kalau jual masih laku ni. Ops!! #bercanda

      Delete
  3. Belum berkesempatan lagi nak Me Time. Eh! bukan hari2 pun aku me time ke. ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Yup pentingg tu me time🥰
    Ciknur rambut pendek potong sendir je
    So me time g buat facial🤭

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .