Tips Menguruskan Duit Raya Anak-anak

Tahun ni kecoh netizen bila tengok video yang dikongsikan oleh kakak Neelofa, Noor Nabila tentang duit raya yang diterima oleh anaknya, Jebat Jayden. Rezeki Jebat sebab ramai saudara-mara yang bermurah hati bagi duit raya sampai mencecah berbelas ribu ringgit!

Alhamdulillah anak-anak pun ada rezeki terima duit raya tahun ni. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan duit raya kepada anak-anak, semoga rezeki korang mengalir bagai air sungai tahun ni ✨ 😊.

Ni cara anak-anak menguruskan duit raya dieorang dengan berhemah:

1. Bahagikan jumlah duit raya kepada 5 bahagian

2. Asingkan mengikut kaedah ni - 1/5 untuk infaq / sedekah; 1/5 untuk beli apa je yang dieorang nak, 1/5 untuk dilaburkan dan 1/5 lagi untuk simpan dalam akaun bank.


Infaq / Sedekah

Ajar anak-anak dalam rezeki yang dieorang dapat, ada bahagian orang lain jugak. Ni supaya dieorang tak berkira atau rasa 'sayang' nak keluarkan duit untuk zakat. Pada masa yang sama, memupuk keyakinan dalam diri dieorang yang sedekah ialah kunci rezeki dan tidak akan mengurangkan harta. Apa yang dieorang bagi, Allah akan bagi balik dalam jumlah berlipat kali ganda.


Belanja

Ajar anak-anak untuk menghargai diri-sendiri dan pada masa yang sama supaya dieorang tahu erti nilai duit. Bila dieorang guna duit sendiri untuk beli barang yang dieorang minat, baru dieorang tahu harga barang tu mahal ke murah kalau nak compare bila Suami Terchenta yang belikan untuk dieorang.


Pelaburan

Setiap tahun, nilai mata wang menyusut disebabkan inflasi. RM50 10 tahun lepas mempunyai nilai yang lebih kecik dari RM50 pada zaman sekarang. Sebab tu pelaburan penting untuk melindungi duit simpanan anak-anak. Kiteorang tolong anak-anak buka akaun pelaburan masing-masing untuk melabur duit raya. Duit pelaburan ni memang takkan diusik sampai la dieorang besar nanti. Tengah berkira-kira jugak nak melabur dalam simpanan emas tapi belum buat lagi.


Simpanan

Selebihnya anak-anak simpan dalam bank akaun. Kalau perlu / ada kecemasan baru dieorang belanjakan duit dalam akaun bank.


duit raya
Uruslah duit raya anak-anak dengan bijak dan berhemah demi masa depan anak-anak

Post a Comment

20 Comments

  1. Thanks for sharing Carneyz. Betul, kita bagi anak2 sikit untuk belanja, infaq dan yang lainnya simpan ikut keperluan. Tabung Haji, pendidikan, investment dll nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak Mulan, kena ajar dieorang celik kewangan dari sekarang supaya dieorang boleh berdikari bila dah habis belajar kelak.

      Delete
  2. Rezeki anak2. Bagusss plan macm ni ikut peredaran masa skrg.
    zaman ank2 ciknur kecik dulu (20 thn lepas) la duit2 raya yg dpt semua msk akaun bank ank2 @tabunghaji dan asnb
    Duluu xlah byk
    Cam skrg kan org bg. Dpt kumpul 200 punnn bykkk dah tu rezeki ank2
    Dah melewati usia 12 thn ank2 dah pandai nk beli yg dia suka guna duit raya. Makin besar dorang sendiri pegang terus he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagus tu Cik Nur. Zaman saya kecik dulu belum ada kesedaran macam ni. Duit raya dapat entah habis ke mana. Kadang2 mak ayah 'pinjam' duit raya nak cukupkan keperluan keluarga bila duit habis tengah bulan 😅 Skrg bila dieorg hulur duit raya dekat anak2 saya, saya anggap je yg dieorg dah pulangkan balik duit raya saya dulu 😊

      Delete
  3. Alhamdulillah..bagus tu..dulu zaman kecik²..duit raya semua bagi mak..tak tahu lah mak buat apa.. hahaha..seingatnya, sampai zaman sekolah men pun, mcm takde memori pegang duit raya..anak² sekarang, si dedek pun dah pandai nak minta duitnya untuk kegunaan beli macam²..tapi, mak is tapis juga..mak bagi juga la dia pegang duit untuk belanja..yang lain mak simpan la dalam bank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la.. duit raya zaman tu kadang2 buat pinjam beli beras, beli makanan sementara tunggu gaji masuk 😅 setakat ni anak2 faham bila saya suruh asingkan duit raya ikut kaedah ni dieorg tau duit raya tu bukan untuk dibelanja beli barang sesuka hati, kena simpan dan sedekahkan jugak.

      Delete
  4. Replies
    1. Semoga bermanfaat kepada ibubapa di luar sana 😊

      Delete
  5. Saya memang ada baca story yg Karni bagi waktu itu. Dah ada dlm mindset, saya nak tiru juga. Selama ini tiap ada duit raya, saya hanya bagi 2. Untuk topup di tabungan emas mereka, lalu setengah lagi utk jajan.

    Belum terpikir utk sedekah atau donasi. Memang harus saya biasakan juga mereka menyisihkan uang utk sedekah, Krn zakat belum wajib bagi mereka kan. JD mulai dr sedekah dulu. Nanti THN depan nak saya atur macam itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, buat begini utk melatih anak2 supaya tak terlalu sayang nak keluarkan duit zakat bila dewasa kelak 😅 Cuma tahun 2024 je berbeza, anak2 menyerahkan semua duit raya mereka dapat ke tabung bantuan kemanusiaan Palestin atas kehendak mereka sendiri 🫶🏻

      Delete
  6. OOooOo... Buat isi petrol kereta ayah takde dalam senarai eh? hehhhehee

    ReplyDelete
  7. Huntung bebudak jaman sekarang, mewah duit raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dieorang Wak. Kena ajar cara uruskan supaya tak boros dan boleh simpan untuk masa depan 😄

      Delete
  8. Duit dedi duit amanda.. duit amanda duit amanda.. caner tuh..

    ReplyDelete
  9. Zaman Cuya pon ibu masukkan duit dalam tabung haji. Bila dah besar ni masih terima duit raya, tapi duit tu belanja untuk keperluan juga. Bagus didik anak bersedekah , elakkan diorang sifat bakhil.

    Betul, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar konsep tu dari sekarang. Melentur buluh biar dari rebung kata orang 😄

      Delete
  10. Saya biasa tgok parents simpan duit raya anak2 lat sspn, TH, emas atau any pelaburan lain. Tapi tk ramai yg share ajar anak2 bersedekah ni.

    Good sharing!

    ReplyDelete
  11. benda baik mcm ni kite buat manfaatnya pasti berterusan. anak2 mgkn skrg mrk tak faham. tp suatu hari nnt mrk akan tahu setiap kebaikan ms llu akan menyenngkan mrk pd ms hadapan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .