Salam Isnin kengkawan!
Takde angin, takde ribut tetiba up cerita ke Jakarta dan Bandung, kan? 🤪 Gitulah kehidupan, sentiasa ada surprise. Padahal plan nak ke Jakarta dengan orang lain, tup-tup rezeki sampai dulu dengan geng lain. Tapi dah orang ajak siap buatkan itinerary, aku pun onz sebab aku tak pernah lagi jejak kaki ke Jakarta dan Bandung. Lepas ni kalau ada rezeki pergi lagi, at least aku dah tau la tempat-tempat menarik di Jakarta dan Bandung 😄.
Jujurnya, sebelum ni aku prefer ke tempat jauh-jauh di luar Asia Tenggara sebab aku nak rasa vibe yang lain dari benua Asia Tenggara. Cuma sejak akhir-akhir ni je aku berminat nak explore negara-negara SEA (yalah, kan dah makin tua ni, makin malas pulak nak menghabiskan masa berbelas jam dalam flight. Sakit badan kita, wak! Kalau boleh nak duduk sejam dua je dalam flight dah sampai ke destinasi 😜).
Segan pulak nak mengaku yang sebelum ni aku tak pernah ke Indonesia, apa lagi ke Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar dan Filipina tapi itulah hakikatnya. Negara SEA yang aku pernah pergi cuma Singapura, Brunei dan Thailand (Bangkok dan Hat Yai). Mungkin lepas ni aku akan tergerak hati nak ke negara-negara SEA lain yang belum pernah aku terokai.
![]() |
| Gegirls' Trip bermula! |
OK, berbalik ke trip Gegirls ni. Kak Retna mesej ajak ke Jakarta dan Bandung lepas raya. Memang last minute betul plan nya tapi selalunya plan last minute ni la yang menjadi hihi. Macam biasa, itinerary semua Kak Ret yang buatkan sebab dia dah pernah ke sana. Aku rasa Kak Ret ni bila dah pencen boleh buat bisnes private tour la 😆. Serius chill je bila travel dengan dia sebab dia dah plan A-Z. Kadang-kadang kita pun rasa bersalah sebab tak buat apa-apa selain hulur duit 😅. Trip Hat Yai dulu pun dia yang plan dan book semua benda, kiteorang ni jadi penumpang je.
Bye-bye Malaysia, Hello Jakarta!
Hari travel, kiteorang sepakat pakai baju sweatshirt. Kononnya nak OOTD kat airport, tapi lepas tu lupaaa! 😂 Flight pukul 8.35 malam tapi pukul 4.30 petang kiteorang dah sampai kat KLIA. Since kaunter check-in belum dibuka lagi jadi kiteorang turun ke food court di tingkat 2 untuk makan dulu memandangkan dalam flight tak dihidangkan makanan.
![]() |
| Makan dulu di food court sementara tunggu kaunter check-in dibuka. Aku pilih nasi ayam dengan steamed chicken (sedap!), Kak Ret ambik sizzling mee dan Sislin pulak pesan yong tau fu |
By the way, ni first time kiteorang naik TransNusa. Disebabkan agak complicated nak check-in dekat website dieorang, tu yang kiteorang kena ada kat KLIA lebih awal untuk check-in di kaunter. Bagusnya, walaupun barisan agak panjang tapi smooth dan cepat je proses check-in sebab ada 4 kaunter dibuka.
![]() |
| Nampak je panjang barisan tapi laju bergerak |
Lepas check-in, kiteorang masuk ke International Departure untuk menaiki aerotrain ke terminal satelit. Sampai je kat sana, kiteorang terus cari surau untuk solat asar. Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang lepak dulu di Illy Cafe sambil pekena kopi dan iced chocolate.
![]() |
| Mengopi sementara tunggu pintu pelepasan dibuka |
Akhirnya jam 7.45 malam pintu pelepasan dibuka dan kiteorang boleh masuk ke dalam kawasan menunggu. Flight malam tu agak lewat sikit berlepas dalam 10 minit dari waktu sepatutnya tapi ok la tu daripada delay 2-3 jam. Nak tau lebih lanjut tentang flight ni, boleh baca dekat blog Kak Retna.
![]() |
| Bye-bye Malaysia! Jakarta, here we come! |
![]() |
| Tempat nak ambik luggage kemain jauh di hujung airport 🤣 |
Sampai di sana, Kak Ret terus contact Fanny sebab Fanny dan Raka offer nak jemput kiteorang di airport dan hantar ke hotel. Lepas ambik beg, kiteorang terus keluar cari Fanny. Kesian pulak dia kena tunggu kiteorang dalam setengah jam 😅. Kemain happy dapat jumpa Fanny di Jakarta akhirnya selepas beberapa kali dia mengajak kiteorang ke Jakarta. Terima kasih Fanny dan Raka, jemput kiteorang malam tu 😊.
Makan Malam di Demie Bakmie 69
Ikutkan rancangan asal, Fanny nak bawak kiteorang makan malam di satu tempat di Pluit tapi atas sebab berlaku sedikit kekeliruan tentang waktu kiteorang sampai ke Jakarta, jadi plan nya bertukar dan dia bawak kiteorang makan bakmie di Demie Bakmie 69 di Menteng. Lokasi kedai ni agak tersorok - kena lalu lorong sempit baru sampai ke kedai ni 😅. Kalau kita yang first time sampai ke sini mesti tertanya-tanya dalam hati - eh betul ke ada tempat makan kat sini? Tapi sebab Fanny yang bawak jadi kiteorang pun yakin je la!
![]() |
| Kedai Demie Bakmie 69 menghidangkan mee asli Indonesia yang dipanggil 'bakmie' |
![]() |
| Sempoi je tempat makan ni - meja dan kerusi lipat disediakan untuk pelanggan menjamu selera di bahagian luar kedai |
Ni first time aku makan bakmie. Fanny rekemen mencuba Demie keriting bebek (itik) panggang. Kak Retna pesan bakmie ayam dan Sislin pulak pilih Demie spesial kuah kari ayam. Tekstur mee keriting ni macam mee kolok sikit. Bila aku makan bakmie ni aku teringat mee kolok sebab mee ni dihidangkan dengan sup kosong dan sambal cili jugak. Alhamdulillah, malam tu Fanny dan Raka belanja kiteorang makan. Dah la jemput di airport, belanja makan lagi. Baik betul kawan blogger kami yang seorang ni 😄.
Check-in hotel Gren Alia Cikini
Lepas makan, Raka hantar kiteorang ke hotel. Masa ni dah dekat pukul 12 malam. Sampai je terus check-in dan naik ke bilik. Sebelum tu kiteorang request seterika sebab dalam bilik tak disediakan seterika. Konsepnya kat sini kena request kalau nak seterika.
![]() |
| Hotel Gren Alia Cikini menjadi tempat penginapan kiteorang sepanjang berada di Jakarta |
![]() |
| Ambik family room jadi biliknya luas lengkap dengan dua buah katil double. Bilik air pun luas. |
Walaupun aircond tak menghala ke katil, tapi bilik tetap sejuk sebab aircond nya besar haha. Tak macam hotel yang aku duduk dekat AC Hotel Ipoh dulu 🤭. Overall memang puas hati la duduk kat hotel ni. Kalau nak tau lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan dalam bilik ni boleh baca kat blog Kak Retna ye 😅.
Sampai bilik terus mandi, solat jamak dan seterika baju untuk esoknya. Subuh kat sana agak awal - dalam pukul 4.35 pagi dah Subuh. Setel semua urusan terus masuk tidur sebab esoknya kiteorang akan pergi ke tempat yang agak jauh di luar Jakarta. Ke manakah? Jeng... jeng... jeng! Bersambung di entry seterusnya 🤭.










38 Comments
bestnya gegirl trip! dan sgt best sbb itinerary memang dh siap semuanya tu...so last minute pun ok ajer! i tak tau ler bila nak ke sana, wpun memang ada dlm plan/wishlist. best uolls dh set utk jumpa fanny dan raka tu. ok nak baca next entry!
ReplyDeleteYa MZ, kiteorang ni tinggal transfer duit & kemas beg je, itinerary semua dah siap 😅
DeleteYang bestnya iron sampai ke sudah di bilik kita kan hahahahaha
ReplyDeleteHari pertama aja dah smooth aja kann, takde stress
Masuk hari kedua jeng jeng jeng hahahahaha
Hahaha! Hari pertama chill2 lagi, masuk hari kedua mau copot2 jantung dibuatnya! 🤣
DeleteHoyeeee dah update!! Ok kita x sabar entry seterusnya hahaha
ReplyDeleteEsok akan disiarkan hahaha! Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan di Sukabumi 😜
DeleteSeronoknya baca! Betul orang kata, plan last minute ni la selalunya yang paling menjadi. Untung ada Sis Lin dan Retna yang tukang set itinerary A-Z, kita tinggal hulur duit dengan bawa diri je, memang chill habis! Haha. Best dapat jumpa Fanny dengan Raka kat sana, siap kena belanja makan bakmie lagi. Tak sabar nak tunggu sambungan entri ke mana korang pergi lepas ni!
ReplyDeleteHaha saya dgn Sislin ni passenger princess, semua benda Kak Ret yang plan 🤭 kiteorg ikut je, sambil plan baju apa nak pakai, nak shopping apa kat sana hihi.
Deletedah sepiiiii lagiiii lah kalian dah balik ;D... thank youuuuu dah dtg ke jkt... happy sangat saya bisa ikut traveling ke bandung juga...
ReplyDeletedan lihat bagian dalam hotel gren alia nih, langsung teringin nak ajak anak2 staycation di sana.... memang luaaaaas yaa ^o^.. sukaaaa kalau dpt kamar hotel dengan size spacious begini, apalagi lokasi dia strategis sangaaaat. banyak tempat makan di situ.
tak sabaaaar nak baca cerita2 kalian dari pov masing2 hahahahah ... tak sabaaaaar juga nak ke KL nih :D
Hotel Gren Alia ni luas sangat kamar Family Room nya, puas hati menginap di sini. Sarapan pagi pun banyak pilihan dan sedap2.
DeleteTak sabar tunggu Fanny datang ke sini 😄 kita kasi gegar Johor dan KL pulak hahaha!
Seronoknya baca kisah girls trip ni. Jakarta dan Bandung memang kombinasi yang menarik untuk jalan-jalan, banyak tempat boleh diterokai dan makanan sedap untuk dicuba. Tak sabar nak baca sambungan perjalanan seterusnya
ReplyDeleteItulah, menyesal tak tau awal2 😜 ni first time saya ke Indonesia. Best rupa2nya jalan2 kat sini hihi
DeleteMula2 scroll tengok foto sebelum baca... Eh? Rasa macam dah tengok foto2 ni dan dah komen... Bila baca macam lain pulak... Oh! Rupanya foto ada yg sama dengan cerita dari Retna.... Hehehehe....
ReplyDeleteYa Uncle, foto pun recycle foto yg sama je hehe
DeleteSubahanallah, naik beratlah Blogger Fanny Nila kita ni, terkenal dah..hatri tu makan dengan blogger Wak Geddek. aduhai ni adalah wajah Fenny Nila kan..tahniah,,happy geng ke Jakarta
ReplyDeleteFanny jenis workout Cikgu, tak mungkin naik berat badan hehe
Deletelinda lagi segan macam ni, sabah sarawak pun tak pernah sampai lagi.. hahaha..
ReplyDeletekalaul linda. memang sejenis yang hulur duit je, lagi2 kalau dah ada yang sukarela nak uruskan semua..
Insha Allah, semoga ada rezeki Linda dapat naik kapal terbang ke Sabah & Sarawak 😊
DeleteBest! Lebih seronok bila ada local friend yg bantu kan ... Boleh explore tempat best yg only locals know
ReplyDeleteIye sis, baik betul Fanny dengan Raka sanggup dieorg jemput kiteorg di airport dan bawak makan & jalan2 😄
DeleteHadir dari Amazing Sunway City
ReplyDeleteJemput baca hehe
DeleteBestnya travel geng gegirl. Bagus Fanny menyantuni tetamu.
ReplyDeleteSeronok bila semua satu kepala Cie hehe
DeleteAkak p jakarta aritu pn naik transnusa. Mmg kena Check in kt kaunter.. Tkleh check in kt website...syok dh ada geng siap kn Itineary so last minit pn pasti ok... Best dpt jumpa Fanny
ReplyDeleteAah kiteorg hulur duit je sbb Kak Ret dah plan semua itinerary trip ni hehe
DeleteBagus juga ya Hotel Gren Alia Cikini ni. Lumayan mewah lobby-nya, dan fasilitasnya pun oke.
ReplyDeletekalau saya, biasanya menginap di Hotel Alia Pasar Baru Mbak. Gedungnya lebih tua, tapi rate-nya lebih terjangkau, hihihi
Bagus sangat, biliknya luas, aircond sejuk dan staff juga ramah2 😄
DeleteSeronok nya girls trip. Senang isi siap2 arrival online kan. Check in di airport kalau banyak kaunter buka dan smooth, walau queue panjang, bagus lah kan.
ReplyDeleteSeronok sebab geng travel ni semua sejenis sekepala Kak Mulan hehe.
Deletetempat tersorok tp tgk kedai tak mcm tersorok pun😁
ReplyDeletedah kenyang bolehlah tidur lena lepas tu
Suspen jugak bila kena lalu lorong sempit sebelum sampai ke kedai Bakmie ni hehe
DeleteLuasnya bilik dia Carneyz....Dania kalau ke Jakarta memang nak makan Bakmie ni. Dulu pernah ke Jakarta makan Bakmie sampai Dania ingat sedap Bakmie tu.
ReplyDeleteLuas sangat, memang puas hati stay sini. Sedap Bakmie tapi saya rasa feel nya macam makan mee kolok je 😅
Deleteuishh sampai hotel pukul 12 malam, bangun pukul 4. mesti penat betul niii
ReplyDeleteMemang penat Mazni. Tapi sebab kat sana Subuh awal jadi nak tak nak terpaksa la bangun awal hehe
DeleteKadang2 dalam grup memang ada sorang planner. Kalau ammi pun ammi suka je jadi follower...senang. Kita follow je apa yang diplan jangan banyak songeh
ReplyDeleteBetul2, kalau kita ni malas nak plan itinierary jalan2, kita jangan banyak songeh ikut je apa yg dah plan tu hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .