Kalau korang dah baca blog Sis Ezna dan Kak Mulan, mesti korang dah tau cerita ni 🤭. Hari Isnin lepas aku plan nak bawak Fanny makan tengahari di Mak Kimbong sebab ni salah satu restoran dalam bucket list JJCM Fanny. Dah alang-alang nak ke sana, apa kata ajak sekali Sis Ezna dan Kak Mulan. Barulah meriah sikit hihi.
Rupa-rupanya Mak Kimbong tutup setiap Isnin pulak. Fanny pun tanya Sis Ezna / Kak Mulan alternatif lain kat area situ sebab aku tak berapa familiar tempat makan best kat belah sana. Kalau KL ok lagi hehe. Ada jugak terfikir nak tukar venue makan di KL je (dalam fikiran aku nak bawak ke Paku & Pontianak atau White & Black Kampong Heritage) tapi Fanny bagitau Kak Mulan tak boleh join di KL. Jadi maintain venue di Putrajaya / Bangi.
Sis Ezna mencadangkan kiteorang tukar venue ke Cili Kampung di Alamanda, Putrajaya. Makanya hari Isnin tu, kiteorang pun drive ke sana. Sepatutnya bertolak pukul 12 tengahari lepas aku hantar anak Khadeeja ke sekolah tapi hari kejadian Fanny terlewat sikit. End up lepas Zohor baru kiteorang gerak ke Putrajaya. On a positive note, dapat la aku solat Zohor dulu sebelum keluar rumah (paling malas nak bersihkan makeup dan pakai makeup semula lepas solat kat luar hihi).
Sebenarnya dah berkurun kot aku tak pergi ke Alamanda hihi. Putrajaya memang bukan area aku jadi masa nak cari parking pun dah sesat kihkihkih! Tapi alhamdulillah dapat parking dekat depan pintu masuk kat basement. Naik atas cari restorannya tak jumpa pulak! Terpaksa la Kak Mulan datang cari kiteorang 🤭. Wakakaka! Mintak ampun Kak Mulan, udah ler lambat, terpaksa dijemput pulak 🤣. Fefeeling VVIP betul la Carneyz dan Fanny ni 🤪. Sempat lagi kiteorang disuruh posing oleh anggota polis / security dekat pintu masuk mall (blur jugak masa ni, tetiba kena panggil suruh posing nak tangkap gambar dengan komuniti katanya 😜).
![]() |
| Kredit foto: Kak Mulan |
Ni ialah first time aku makan di Cili Kampung. Tertarik dengan dekorasi dalam restoran yang banyak menggunakan elemen kayu dan warna earth tone macam suasana di kampung. Bagi aku, dekorasi restoran ni tampak elegan dan menambahkan vibe eksklusif bila makan dalam restoran ni.
Hidangan yang menjadi pilihan makan tengahari kami - daging masak lemak cili api, sayur kacang buncis tumis telur, telur dadar dan sambal tiga negeri (ada sambal kicap, cencaluk dan sambal tempoyak dihidangkan dengan ulam-ulaman kampung).
![]() |
| Kredit foto: Kak Mulan, Sis Ezna dan foto sendiri. |
Makanan yang dipesan untuk 5 orang makan, sekali tengok yang sampai macam untuk makan 7-8 orang gitu 🤭. Memang besar ye portion makanan kat Cili Kampung ni. Nasi putih tu tak habis kami berlima makan di situ dan aku bawak balik untuk makan malam dengan family pulak. Tu pun tak habis jugak! Nak bagitau betapa banyaknya nasi yang dieorang bagi tu 😅.
Dari segi rasa, makanan kat sini betul-betul rasa macam home-cooked meal dan masakan Melayu kampung yang asli. Memang sedap dan berbaloi makan di sini 👍🏻. Cuma daging masak lemak cili api tu kalau dimasak menggunakan daging salai mesti lagi mantap. Tapi overall, aku puas hati dengan makanan di Cili Kampung.
Alhamdulillah, Kak Mulan bermurah hati belanja kami makan tengahari. Dia dan Sis Ezna berebut nak bayar sampai bertolak-tolak kat kaunter dengar cerita dari Sis Ezna 😂. Terima kasih Kak Mulan berkongsi rezeki dengan kami. Semoga dimurahkan rezeki selalu lepas ni 🤲🏻. Same goes to Sis Ezna, walaupun tak berjaya menepis Kak Mulan hahaha! Lain kali cuba lagi ye 😜 (gurau je tau, jangan marah!).
Selesai makan, kami bertukar-tukar buah tangan. Disebabkan baru balik dari Johor, tak sempat nak keluar mencari buah tangan yang sesuai jadi minta maaf la kalau buah tangan saya bagi tu tak seberapa ye.
![]() |
| Hadiah dari Fanny, Sis Ezna dan Kak Mulan - terima kasih semua 🫶🏻 Lurvee semua hadiah korang bagi ni 😍 |
![]() |
| Insha Allah, ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi 😘 (kredit foto: Kak Mulan) |




12 Comments
memang nampak best lah vibe restoran cili kampung ni!! best mkn2 ber4 tu...next time, i nak join jugakkkk hehehhe ;) i belum pernah jumpa mulan lagi so far
ReplyDeletebest, first time ke sini dan impressed dengan suasana dalam restoran dan makanan di sini. Itulah first time jumpa Kak Mulan jugak hari tu 😄
DeleteBestnya dpt gather² dgn geng blogger.. kmk rasa cili kampung tok baru sbb sblm tok pegi sia xda... nangga dr luar eksklusif jak rupanya... pegi ujg thn ya tek nang byk perubahan alamanda... foodcourt pun dh di atas
ReplyDeleteKmk nang sik familiar dgn Alamanda sbb last pergi sebelum lunch tok 2 atau 3 tahun lepas kot hihi. So sik tauk apa yg baru and apa yg lama kat sitok 😅
DeleteMemang nampak menarik restoran ni. Sesuai sangat utk gathering santai² gini, sbb tak crowded dan cozy.
ReplyDeleteBest dapat macam² hadiah tu 👍🏻
Ye PH, lagi2 kiteorang sampai dah lepas lunch hour jadi restoran pun agak lengang masa tu. Selesa la kalau nak berborak. Alhamdulillah, rezeki dapat kawan2 blogger yg pemurah semuanya 😄
DeleteArea Bandar Sunway pun ada cili padi. Rasa macam tempat T20. Takut pulak nak masuk. Jap nak google. Ye betul dekat Sunway Pyramid.
ReplyDeleteTempat ni kalau ko nak masuk baik bawak Najla dan mommy dia. Sebab portion makanan kat sini besar. Makan sorang2 mmg tak larat nak habiskan 😅
DeleteWah tidak dapat bayang Puan Mulan dan Puan Ezna bertolak-tolak bayar. Hehe alhamdulillah sesatpun selamat sampai. Aduh saya takut jalan kawasan KL dan Lembah Klang ini.
ReplyDeleteSaya pun tak boleh bayangkan hahaha! Alhamdulillah guna Waze selamat sikit cuma Waze tu tak set sampai ke parking sebab tu sesat sekejap nak cari parking tu 😅
DeleteNas dah pernah makan sini, dia pun kata best dan sedap..
ReplyDeleteNanti datang KL, awak bawa kita sini tauuuu
Insha Allah. Eh jap. Nak makan sini ke Chef Kecik? 😜 Ke nak sumbat perut macam kat Johor, lepas ke sini pergi Chef Kecik pulak? Hahhaaha!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .