Kalau korang dah baca blog Sis Ezna dan Kak Mulan, mesti korang dah tau cerita ni 🤭. Hari Isnin lepas aku plan nak bawak Fanny makan tengahari di Mak Kimbong sebab ni salah satu restoran dalam bucket list JJCM Fanny. Dah alang-alang nak ke sana, apa kata ajak sekali Sis Ezna dan Kak Mulan. Barulah meriah sikit hihi.

Rupa-rupanya Mak Kimbong tutup setiap Isnin pulak. Fanny pun tanya Sis Ezna / Kak Mulan alternatif lain kat area situ sebab aku tak berapa familiar tempat makan best kat belah sana. Kalau KL ok lagi hehe. Ada jugak terfikir nak tukar venue makan di KL je (dalam fikiran aku nak bawak ke Paku & Pontianak atau White & Black Kampong Heritage) tapi Fanny bagitau Kak Mulan tak boleh join di KL. Jadi maintain venue di Putrajaya / Bangi.

Sis Ezna mencadangkan kiteorang tukar venue ke Cili Kampung di Alamanda, Putrajaya. Makanya hari Isnin tu, kiteorang pun drive ke sana. Sepatutnya bertolak pukul 12 tengahari lepas aku hantar anak Khadeeja ke sekolah tapi hari kejadian Fanny terlewat sikit. End up lepas Zohor baru kiteorang gerak ke Putrajaya. On a positive note, dapat la aku solat Zohor dulu sebelum keluar rumah (paling malas nak bersihkan makeup dan pakai makeup semula lepas solat kat luar hihi).

Sebenarnya dah berkurun kot aku tak pergi ke Alamanda hihi. Putrajaya memang bukan area aku jadi masa nak cari parking pun dah sesat kihkihkih! Tapi alhamdulillah dapat parking dekat depan pintu masuk kat basement. Naik atas cari restorannya tak jumpa pulak! Terpaksa la Kak Mulan datang cari kiteorang 🤭. Wakakaka! Mintak ampun Kak Mulan, udah ler lambat, terpaksa dijemput pulak 🤣. Fefeeling VVIP betul la Carneyz dan Fanny ni 🤪. Sempat lagi kiteorang disuruh posing oleh anggota polis / security dekat pintu masuk mall (blur jugak masa ni, tetiba kena panggil suruh posing nak tangkap gambar dengan komuniti katanya 😜).


Alamanda
Kredit foto: Kak Mulan

Ni ialah first time aku makan di Cili Kampung. Tertarik dengan dekorasi dalam restoran yang banyak menggunakan elemen kayu dan warna earth tone macam suasana di kampung. Bagi aku, dekorasi restoran ni tampak elegan dan menambahkan vibe eksklusif bila makan dalam restoran ni.

Hidangan yang menjadi pilihan makan tengahari kami - daging masak lemak cili api, sayur kacang buncis tumis telur, telur dadar dan sambal tiga negeri (ada sambal kicap, cencaluk dan sambal tempoyak dihidangkan dengan ulam-ulaman kampung).


masakan Melayu
Kredit foto: Kak Mulan, Sis Ezna dan foto sendiri.

Makanan yang dipesan untuk 5 orang makan, sekali tengok yang sampai macam untuk makan 7-8 orang gitu 🤭. Memang besar ye portion makanan kat Cili Kampung ni. Nasi putih tu tak habis kami berlima makan di situ dan aku bawak balik untuk makan malam dengan family pulak. Tu pun tak habis jugak! Nak bagitau betapa banyaknya nasi yang dieorang bagi tu 😅. 

Dari segi rasa, makanan kat sini betul-betul rasa macam home-cooked meal dan masakan Melayu kampung yang asli. Memang sedap dan berbaloi makan di sini 👍🏻. Cuma daging masak lemak cili api tu kalau dimasak menggunakan daging salai mesti lagi mantap. Tapi overall, aku puas hati dengan makanan di Cili Kampung.

Alhamdulillah, Kak Mulan bermurah hati belanja kami makan tengahari. Dia dan Sis Ezna berebut nak bayar sampai bertolak-tolak kat kaunter dengar cerita dari Sis Ezna 😂. Terima kasih Kak Mulan berkongsi rezeki dengan kami. Semoga dimurahkan rezeki selalu lepas ni 🤲🏻. Same goes to Sis Ezna, walaupun tak berjaya menepis Kak Mulan hahaha! Lain kali cuba lagi ye 😜 (gurau je tau, jangan marah!).

Selesai makan, kami bertukar-tukar buah tangan. Disebabkan baru balik dari Johor, tak sempat nak keluar mencari buah tangan yang sesuai jadi minta maaf la kalau buah tangan saya bagi tu tak seberapa ye. 


buah tangan
Hadiah dari Fanny, Sis Ezna dan Kak Mulan - terima kasih semua 🫶🏻 Lurvee semua hadiah korang bagi ni 😍

Cili Kampung
Insha Allah, ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi 😘 (kredit foto: Kak Mulan)