Semalam aku dan Suami Terchenta ke Pasar Chow Kit untuk restock barang-barang basah. Ternampak ikan keli, terus bagitau Suami Terchenta nak beli 3 ekor nak buat keli bersambal. Suami Terchenta macam tak percaya je aku nak masak ikan keli hahaha! Siap tanya, "Gigih ke nak buat jugak?" Tak pernah lagi aku cuba buat sendiri, selalu beli kat kedai je.
Lepas basuh-basuh semua barang yang dibeli dan simpan dalam fridge / freezer, aku pun terus mengerjakan ikan keli ikut tips yang dikongsi oleh Suria Amanda dalam blognya. Dah lumur limau kasturi dan sental macam sental baju bak kata Pak Zain, aku biarkan dalam 15 minit baru bilas. Haa... menjadi tips nak hilangkan lendir ni. Terus gaul dengan serbuk kunyit dan garam dan simpan dalam fridge untuk masak petang nanti.
Plan asal nak goreng dalam air fryer tapi tak muat pulak. Sudahnya goreng atas kuali. Standby penutup kuali IKEA ni siap-siap. Bila minyak dah panas je terus aku terjunkan seekor demi seekor ikannya dalam kuali. Haaa... ambik kau meletup-letup minyaknya! Terpaksa aku berdiri jauh sikit sebab walaupun dah tutup dengan penutup kuali tu masih jugak minyak terpercik-percik keluar kuali. Masalahnya sebab ikan ni dah simpan dalam fridge beberapa jam, badannya mengerekot lahaiiii 😅. Aku nak kena balikkan ikan tu dengan perasaan cemas dan seriau sebab letupannya kemain lagi. Hahaha! Nervous sis, maklumlah first time masak ikan keli baru tau ghopernya gini la yang terjadi.
Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak goreng keli kita teruskan aje laaaa.... Selepas setengah jam, akhirnya selesai la misi menggoreng ikan keli. Terus buat sambalnya pulak.
Alhamdulillah menjadi gais. Beginilah hasilnya. Walaupun comot-comot sikit, don't care. Encik Suami Terchenta kata sedap, lain kali boleh buat lagi. Hahaha! Fikir dua puluh ribu kali aku nak goreng ikan keli lagi lepas ni 🤣 Lain kali aku bakar dalam oven je la macam SA buat. Tak pun kena beli periuk ajaib pulak lepas ni baru selamat sikit emosi aku nak bakar ikan keli ni ðŸ¤.
Kepada SA, saya buat dah jadi! TQ kongsi tips dan resipi masakan ikan keli 😘. Ni memang favourite menu aku dan Suami Terchenta. Anak-anak pulak tak reti makan ikan ni, jadi semalam aku terpaksa goreng jugak ikan tilapia seekor untuk dieorang berdua.
![]() |
| Simpan sini buat kenangan pertama kali seumur hidup masak ikan keli goreng bersambal |

21 Comments
Yeay...menjadi akhirnya...lepas ni boleh buat keli bakar cicah air asam atau kicap cili plak....sambal ikan keli antara menu fav dan sentiasa buat kat rumah jugak...suka goreng garing sebab suka bahagian ekor tu garing..kinyah bunyi krupp krapp..hehehe...tahniah Carneyz...
ReplyDeleteKena beli periuk ajaib dulu baru boleh buat ikan bakar hihi. TQ ajar saya masak ikan keli, lepas ni boleh jimat beli kat kedai sbb harga skrg makin nauzubillah ðŸ¤
Deletehebat carneyz berani mencuba,saya belum sanggup lagi.bab minyak panas meletup2 tu yang takut
ReplyDeletelagipun saya sorang je yg makan,btambah rasa malas nak masak sendiri
Ye Afzan, takut betul saya masa dia meletup2 dalam kuali, kuat betul sampai terpercik keluar kuali! lepas ni kena goreng dalam air fryer (terpaksa potong dua baru muat) atau beli periuk ajaib utk buat ikan keli bakar hihi
Deletebab goreng ikan keli mmg mencabar tp guna airfryer mudah...akak suka buat keli berlado
ReplyDeletekeli berlado mmg favourite kiteorg jugak kak. Saya rasa sayang nak kerat dua ikan keli tu sbb masuk airfryer tak muat tapi lepas ni mmg saya akan kerat dua jugak la sbb tak sanggup dah goreng dalam kuali lagi 🤣
DeleteWah! Tahniah Dik... kak ana pun semalam berperang dengan ikan keli goreng hehe :)
ReplyDeleteHaha! Begitulah kan bila nak makan sedap terpaksa berperang dulu dekat dapur ðŸ¤
DeleteKemon... semua benda ada first time kan?
ReplyDeleteFirst time saya berdebar2 memasak di dapur. Selalunya rilek je boleh pejam mata memasak hehe
DeleteMacam-macam cara nak versihkan ikan kan Carneyz.
ReplyDeleteSalam Awal Muharram 1448H.
Itulah kak, saya ikut tips dari SA memang menjadi hilang lendir ikan tu 😊 Salam Maal Hijrah kak Amie.
DeleteWell done sista. Nampak sedap tu 😋
ReplyDeleteNx time you tabur dulu tepung gandum dlm minyak sebelum masukkan ikan keli tu, In Sha Allah tak meletup nanti.
Oo... boleh dicuba tips ni tapi mmg tak meletup langsung atau kurang sikit letupannya tu sis? Kitonyo dah seriau rasa macam taubat dah nak goreng ikan keli lagi hahaha!
Deletecongrats carneyz!! berjaya masak ikan tuuuu....i tak pernah masak ikan keli heheh suka mkn so memang beli jer tiap kali teringin ;)
ReplyDeleteYe MZ, i first time buat sbb suka makan ikan keli goreng / bersambal / balado... tapi since harga lauk kat luar makin naik itu yg teringin nak belajar buat sendiri kononnya nak jimat la hahaha!
DeleteKat rumah ni knret sorg je x makan ikan keli ni.. yg lelain mmg fav so bab masak memasak mmg serah kat mama uyum je la hahaa.. tp x silap ada tips juga tu supaya ikan x meletup.. nnt kita try tanya mama uyum hahah
ReplyDeleteikan ni kalau goreng selalu meletup-letup. seriau kitaaa
ReplyDeleteIkan keli atau ikan lele, memang fav saya juga. Tapi tuhlaaah, tak berani masak 🤣🤣🤣🤣. Letupannya cukup bikin saya lari. Tp pernah terbaca kan, supaya tidak meletup, masukkan dulu asam keping ke dalam minyak. Baru setelah itu ikan. Katanya tidak akan meletup.
ReplyDeleteTp sebab saya memang trauma dengan minyak panas nih, dahlaaah, kapan2 saja nak coba 😄. Kalau teringin ikan keli, memang beli lah yg sudah jadi 🤣
Saya kalo mengerjakan ikan keli ni mmg bercinta...nak masak kalo bab meletop tu mmg lagi la...tapi nk kurangkan letop tu saya selalunya lumur tepung sebelum goreng...tips kak SA pun buat jugak...
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan anda. Terus kan usaha membakar ikan keli pulak.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .