Masak ikan keli bersambal buat pertama kali

Semalam aku dan Suami Terchenta ke Pasar Chow Kit untuk restock barang-barang basah. Ternampak ikan keli, terus bagitau Suami Terchenta nak beli 3 ekor nak buat keli bersambal. Suami Terchenta macam tak percaya je aku nak masak ikan keli hahaha! Siap tanya, "Gigih ke nak buat jugak?" Tak pernah lagi aku cuba buat sendiri, selalu beli kat kedai je.

Lepas basuh-basuh semua barang yang dibeli dan simpan dalam fridge / freezer, aku pun terus mengerjakan ikan keli ikut tips yang dikongsi oleh Suria Amanda dalam blognya. Dah lumur limau kasturi dan sental macam sental baju bak kata Pak Zain, aku biarkan dalam 15 minit baru bilas. Haa... menjadi tips nak hilangkan lendir ni. Terus gaul dengan serbuk kunyit dan garam dan simpan dalam fridge untuk masak petang nanti.

Plan asal nak goreng dalam air fryer tapi tak muat pulak. Sudahnya goreng atas kuali. Standby penutup kuali IKEA ni siap-siap. Bila minyak dah panas je terus aku terjunkan seekor demi seekor ikannya dalam kuali. Haaa... ambik kau meletup-letup minyaknya! Terpaksa aku berdiri jauh sikit sebab walaupun dah tutup dengan penutup kuali tu masih jugak minyak terpercik-percik keluar kuali. Masalahnya sebab ikan ni dah simpan dalam fridge beberapa jam, badannya mengerekot lahaiiii 😅. Aku nak kena balikkan ikan tu dengan perasaan cemas dan seriau sebab letupannya kemain lagi. Hahaha! Nervous sis, maklumlah first time masak ikan keli baru tau ghopernya gini la yang terjadi. 

Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak goreng keli kita teruskan aje laaaa.... Selepas setengah jam, akhirnya selesai la misi menggoreng ikan keli. Terus buat sambalnya pulak.

Alhamdulillah menjadi gais. Beginilah hasilnya. Walaupun comot-comot sikit, don't care. Encik Suami Terchenta kata sedap, lain kali boleh buat lagi. Hahaha! Fikir dua puluh ribu kali aku nak goreng ikan keli lagi lepas ni 🤣 Lain kali aku bakar dalam oven je la macam SA buat. Tak pun kena beli periuk ajaib pulak lepas ni baru selamat sikit emosi aku nak bakar ikan keli ni 🤭.

Kepada SA, saya buat dah jadi! TQ kongsi tips dan resipi masakan ikan keli 😘. Ni memang favourite menu aku dan Suami Terchenta. Anak-anak pulak tak reti makan ikan ni, jadi semalam aku terpaksa goreng jugak ikan tilapia seekor untuk dieorang berdua.


ikan keli bersambal
Simpan sini buat kenangan pertama kali seumur hidup masak ikan keli goreng bersambal

Post a Comment

4 Comments

  1. Yeay...menjadi akhirnya...lepas ni boleh buat keli bakar cicah air asam atau kicap cili plak....sambal ikan keli antara menu fav dan sentiasa buat kat rumah jugak...suka goreng garing sebab suka bahagian ekor tu garing..kinyah bunyi krupp krapp..hehehe...tahniah Carneyz...

    ReplyDelete
  2. hebat carneyz berani mencuba,saya belum sanggup lagi.bab minyak panas meletup2 tu yang takut
    lagipun saya sorang je yg makan,btambah rasa malas nak masak sendiri

    ReplyDelete
  3. bab goreng ikan keli mmg mencabar tp guna airfryer mudah...akak suka buat keli berlado

    ReplyDelete
  4. Wah! Tahniah Dik... kak ana pun semalam berperang dengan ikan keli goreng hehe :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .