Hadiah Coklat Hanoverian dari Mekah

Nampaknya rezeki aku tahun ni dapat banyak coklat dari kawan-kawan dan keluarga. Dan latest chocolate gift yang aku dapat ialah dari kakak aku yang baru je balik dari menunaikan umrah baru-baru ni. Alhamdulillah berkat doa semua, mak dan kakak selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair 2 hari lepas. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan ✨.

Kakak aku belikan beberapa hadiah untuk kiteorang antaranya jubah Arab, kurma Ajwa dan teristimewa untuk aku seorang sebagai peminat coklat tegar dalam keluarga kami - coklat mewah jenama Hanoverian 😍.

Coklat mewah ni berasal dari Amman, Jordan dan baru-baru ni dieorang bukak satu butik coklat di Clock Tower, Mekah. Dengar citer, nak masuk butik coklat ni beratur panjang ye. Tapi kakak aku kata kebetulan masa dia lalu, tak ramai sangat orang jadi dia cepat-cepat beli coklat kat sini.


Hanoverian Chocolate
Kotak coklat pun dah nampak eksklusif macam kotak jam mahal pulak


Hanoverian Chocolate
Kakak belikan Hanoverian Crunchy Hazelnut untuk aku

Dalam kotak ni ada 6 ketul truffle chocolate. Nampaknya kena makan dengan berjimat-cermat, tak boleh gelojoh ye sebab mahal 🤭.


Hanoverian Chocolate
Bahagian atas

Bahagian bawah

Aku dah gigit seketul tu. Masha Allah, sedap sangat! Rasa coklat yang smooth, the flavour just burst in your mouth buat aku terngiang-ngiang 🤤. Rasa hazelnut yang rangup tapi macam makan cornflakes, bukan kacang. Hands down, the ultimate chocolate experience buat aku untuk tahun ni, alhamdulillah.

Kalau korang ada plan nak buat umrah tahun ni atau tahun depan, sekiranya nak merasa coklat ni boleh cari dekat ground floor dalam Clock Tower tu.

Post a Comment

22 Comments

  1. wah mewah coklatnya...akak dlu beli coklat kunafa iras2 dubai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana banyak kan coklat kunafa? Saya tak berapa gemar coklat kunafa sangat sbb terlampau manis 😅

      Delete
  2. Ciknur pun paling suka bila dpt coklat ni
    He heee rezeki

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki, Saya peminat coklat HADIR.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Memang mengancam betul coklatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kakak kongsi balik dari umrah 😊

      Delete
  5. nampak premium sgt! i tak berapa suka choc dan aiskrim (i suka kek!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I suka jugak kek, mmg sweet-tooth dari dulu lagi sebab tu kena diabetes hihi

      Delete
  6. Alhamdulillah..dah selamat sampai tanah air.. selesai menunaikan umrah, alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sepanjang di sana takde apa2 insiden yg merisaukan. Cuma biasalah balik pakej sakit tekak dan selsema.

      Delete
  7. wahhhh best ni
    mn laa tau kan nnt pergi umrah lg boleh cari dan beli ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dekat Clock Tower tu je anies. Sedap 👍🏻 Klu anies ada rezeki pergi umrah nak kirim boleh hihi.

      Delete
  8. nampak premium coklat ni. aduh kena makan berjimat ni yg tak sukaa xD

    ReplyDelete
  9. Penasaran pulaaaa. Semoga ada rezeki nak umroh lagi lah. Biasanya jujur saya tak suka coklat arab. Aneh rasa coklatnya. Tapi yg ini mahal dan premium, jadi ekspektasi saya akan tinggi daripada coklat arab biasa 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mirip coklat Patchi kayak gitu level nya hehe. Patchi itupun dari Lebanon kalau tak silap saya.

      Delete
  10. Betul tu, nampak eksklusif betul kotaknya! Memang kena makan berjimat-cermat sebab sedap sangat dan mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu sebab jauh nak beli klu teringin lagi SA hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .