Makan Malam di Estate Dining @ Mangala Estate Resort

Sambungan dari entry sebelum ni.

Malam tu kiteorang malas nak keluar jadi kiteorang makan di restoran dalam kawasan resort je la. Kiteorang pun telefon reception untuk request buggy ambik di villa dan hantar ke restoran. Restoran Estate Dining ni terletak di belakang bangunan lobi hotel. Memang lawa tempatnya dan luas.


Mangala Estate Resort
Restoran Estate Dining di bahagian luar

Mangala Estate Resort
Bahagian dalam restoran

Kiteorang duduk di bahagian tengah ni tapi menghadap ke arah kolam renang di luar. Selepas kiteorang duduk, staff restoran pun datang bawak buku menu. Malam tu kiteorang berdua nak makan nasi jadi aku pilih nasi goreng biasa (tak ingat namanya) dan Suami Terchenta ambik nasi goreng tomyam / Thai kot. Lupa pulak ambik gambar nama menu 😅. Untuk minuman, kiteorang ambik air kelapa pandan dalam biji kelapa.

Sementara tunggu makanan sampai, aku ambik beberapa gambar menarik dalam restoran.


Mangala Estate Resort
Lampu pendant design industrial yang cantik

Mangala Estate Resort
Hiasan meja

Mangala Estate Resort
Pandangan sisi hiasan meja makan

Finally, makan malam kiteorang pun sampai:


Estate Dining
Air kelapa pandan

Estate Dining
Nasi goreng dengan telur mata (sayangnya tak bergoyang!), ayam goreng berempah, tempe goreng, keropok ikan, acar dan ulam-ulaman


Estate Dining
Nasi goreng Thai / tomyum. Lauk sampingan lebih kurang sama je kecuali yang ni dihidangkan dengan telur dadar

Overall aku rasa nasi goreng kat sini ok la, not bad. Nasi goreng ada rasa wok hey / smoky. Portion sangat la besar, mengah pulak nak habiskan 😅. Ayam goreng berempah dalam pinggan aku ada bahagian yang kurang masak tapi aku malas nak komplen sebab dah kenyang masa tu. Antara dua nasi goreng ni, aku rasa nasi goreng Suami Terchenta lebih menepati citarasa aku. Tapi sedap je dua-dua tu haha.

Gambar selfie berdua takde ke? Malas nak letak, muntah darah pulak korang tengok 🤪. Maklumlah dah lama tak keluar dating malam-malam berdua je.

Balik tu Suami Terchenta tanya nak jalan kaki tak balik ke villa? Semestinya la tak. Aje gila kome nak berjalan celah-celah pokok kelapa sawit malam-malam dalam gelap nak balik ke bilik? Buatnya terserempak dengan kak ponti acaner? Sudahnya balik naik buggy je. End up malam tu lebih menyeramkan dari terserempak kak ponti, sebab terserempak tikus dalam bilik! 🤣

Post a Comment

24 Comments

  1. Yang penting dapat menikmati masa bersama Suami Terchenta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sekali-sekala Syaz, bukan selalu dapat peluang ni hihi

      Delete
  2. Hahaha.. baru nak komen pasal nasi goreng, terkejut pulak baca ada tikus dalam bilik, menjerit tak tu, Carneyz???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah menjerit SK. Mau tak menjerit, kitonyo penggeli tikus, lipas dan seangkatan dengannya 🤭 nasib baik encik suami ada, dia kuis pakai kaki je halau tikus keluar bilik 🤣

      Delete
  3. berselera betul tengok hidangan makan malam di Estate Dining ni! Suasana malam kat Mangala Estate Resort ni pun nampak romantik dan tenang sangat. Memang complete pakej getaway kalau dapat jamu selera tempat sedap-sedap macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap makan malam kat sini. Resort nya romantik, cuma kiteorg je la malam tu tak dapat bertenang 🤣

      Delete
  4. Hahahahahhahah masih gelak kalau ingat tikus. Nasib baik Jun tak takut. Raka jangan tanya lah. Dah takut anjing, takut tikus pun iya. Kalau sampai jumpa, memang histeris kami berdua di kamar 🤣🤣🤣.

    Plating masakan nampak cantik. Tempat pun ok.

    Kalau tempat dikeliling sawit, nih yang saya takut cuma ular datang saja. Mending ketemu kak Kunti, drpd ular kalau saya 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Saya membayangkan kamu sama Raka dua-dua berdiri atas sofa 🤣🤣

      Iya, awalnya saya tu seram kalau ketemu sama kak kunti di luar bilik, tapi naahhhh ternyata seramnya di dalam bilik bukan di luar! 🤪

      Delete
  5. Nampak menarik la sekeliling nasi goreng tu ada tambahan macam2 sayur & protein.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, memang makanan seimbang tapi portion je la besar giler hehe

      Delete
  6. OOooo... Kalau besi2 hitam cam tu namanya 'industrial' eh?

    ReplyDelete
  7. cantik view restoran nya...syok dating malam..telur mata tu kalo dpt yg gedik lg syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually resort ni memang cantik je. Saya pun suka nasi goreng dgn telur mata gedik, syok pecahkan kuning telur tu atas nasi goreng hehe

      Delete
  8. Kalau dah ada tikus tu kan, mau ajak hubby check out terus walaupun food ok hehe kita nya geli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau siang hari lagi ok la nak check out. Ni dah tengah malam, mana pulak kiteorg nak cari hotel terdekat 🤭 kiteorg pun dah barai sbb husband kena kerja malam tu saya pulak penat driving dari KL. Tidur2 ayam je la malam tu 🤣

      Delete
  9. Nasi goreng jadi luar biasa bila banyak sides macam ni ye.. nampak exclusive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng hotel mmg presentationnya gitu, rasa lebih kurang je dgn kedai makan kat luar hihi

      Delete
  10. Itu mesti haiwan perliharaan mereka. Datang nak berkenalan dengan tetamu kaedahnya. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi pulak tak bawak kucing2 kiteorg sekali sambut perkenalan dgn haiwan peliharaan dieorg 😂

      Delete
  11. nice lah suasana dining tu...privacy sgt!! memang ala2 honeymoon dah niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah MZ, tak dinafikan fasiliti dan suasana di resort ni lawa sangat, cuma tu la, pengalaman pahit ada tikus dalam bilik tu yg buat rasa ngeri nak stay sini lagi 😅

      Delete
  12. meriah betul nasi gorengnya
    kalau mcm x kenyang x tahu laa nk kata apa😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la. Kalau tak meriah, mesti rasa tak berbaloi bayar mahal2 hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .