ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream Bar

Kalau korang tengok aku cuba aiskrim baru ni, semuanya gara-gara terpengaruh dengan blogger Anies ye hihi.

Kebetulan ke Family Mart baru-baru ni, dan aku ternampak ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream bars dalam peti aiskrim.

Takkan la aku tamak haloba nak ambik ketiga-tiga perisa tu kan 😜. Sudahnya aku pilih yang perisa Spanis Latte.


ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream Bar
Aiskrim ZUS Coffee perisa Spanish latte

Ni rupa aiskrim ni selepas dibuka pembalutnya:


ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream Bar
Salutan kat luar tu nampaknya retak sikit jadi kena makan dengan berhati-hati supaya tak bersepah

ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream Bar
Selepas gigitan pertama, terus retak dekat bahagian tepi tu 🤭 Sedikit fragile ye aiskrim ni.

Kesimpulannya, adakah rasanya macam minuman Spanish latte di ZUS Coffee? Ehhh 👋🏻 Adalah sipi-sipi. Rasa aiskrim belah dalam tu boleh la ada rasa macam Spanish latte. Yang salutan kat luar tu pun ada bau dan rasa kopi yang mild. Sedap ke? Sedap la jugak. Cuma salutan belah luar tu mudah crumble bila digigit. Jadi nikmatilah aiskrim dengan berhati-hati ye.

Kalau tak silap aku harganya RM5 kot. Kalau rasa nak minum Spanish latte ZUS tapi tak cukup bajet boleh la cuba aiskrim ni sebab lebih murah dari harga air kat ZUS tu hihi.

Post a Comment

30 Comments

  1. Haha baru baca juga kt blog sis Anies.. memang kena rasa juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dia promote aiskrim Beryl's pun saya terpengaruh jgk hihi

      Delete
  2. Dah lama tak makan ice-cream. Rasanya kat outlet Zus tak ada jual ice cream mcm ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde, yg ni mmg jual dekat Family Mart atau grocery stores je.

      Delete
  3. Hehe harga aiskrim lagi murah daripada airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, klu teringin Spanish latte ZUS boleh makan aiskrim ni, versi murah hehe

      Delete
  4. ammi pun nak kena teracun jugak ke camna ni? Jap gi timbang berat dulu jap ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi macam saya, iman setipis kulit bawang hihi

      Delete
  5. i kurang suka aiskrim, jrg2 lah craving ---masalahnya i suka kek (i suka carrot cake) so now mcm craving --kena masuk food wishlist lah duluuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti boleh makan masa cheat day. I pun suka carrot cake. Lama betul tak buat.

      Delete
  6. Harga sekitar RM5 bolehlah cuba untuk peminat kopi. Cuma kena makan berhati-hati kalau salutannya mudah berderai. Takut belum habis menikmati, separuh dah jatuh ke lantai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SR, salutan luar tu tak tebal sangat sebab tu mudah retak kot.

      Delete
  7. lama tk ke familymart...tula tgk juga kt bloq anies psl aiskrim ni

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Sila2x... Cie mesti suka sbb aiskrim ZUS ni perisa kopi. Ada perisa mocha dgn cafe latte jugak

      Delete
  9. Okay masuk list dulu 😁
    Sedap makan aiskrim gini, rasa premium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis, dulu minat aiskrim Magnum tapi kitonyo dah lama boikot aiskrim Magnum. Bila dapat aiskrim yg lebih kurang jugak, tu yg tergoda nak beli & rasa hihi

      Delete
  10. Terpengaruh benda cam ni takpe... jangan benda negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cepat terpengaruh benda2 makanan ni Uncle. Tak baik utk kesihatan hahaha!

      Delete
  11. Terpengaruh juga tengok Carneyz review aiskrim ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream Bar ni! Nampak sedap rasa Spanish latte tu, tapi itulah kan... cabaran dia part salutan luar yang mudah crumble bila digigit. Takpe, at least Carneyz dah cuba versi bajet ni, kalau teringin sangat tak perlu beli air ZUS kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengah cut sugar skrg ni SA. Terpaksa lupakan sekejap minuman ZUS huhu

      Delete
  12. Nampak gayanya memang kena menyinggah ke FM lah nanti ni.. Feveret ini aiskrim, spanish latte..

    ReplyDelete
  13. maafkan daku kerana terpengaruh hahahahha...

    harapnya lepas ni ada aiskrim buttercream latte pula hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dah tergoda smp gigih beratur beli bila anies cuba aiskrim Beryl's. Kali ni tergoda pulak dengan aiskrim ZUS x Farm Fresh ni bila baca kat blog anies 😅

      Delete
  14. saya tunggu dia keluar perisa coklat la. sebab kitonya tak makan kopi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farm Fresh sendiri ada perisa chocolate ni sis. Kalau yg collab dgn ZUS mmg semuanya perisa kopi je.

      Delete
  15. Saya nih kalau eskrim, susah nak tolak. Dan biasanya pasti sukaaaa 🤣😍😍😍. Mau rasanya mirip dengan Zus atau tidak, tetap saja suka 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ke sini kamu cuba aiskrim ZUS ni. Pasti kamu suka kerana ada rasa kopi 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .