Salam pagi Khamis kawan-kawan semua,
Pejam celik pejam celik, ehhhh dah hari Khamis rupa-rupanya. Tak terasa masa berlalu bila balik kampung 🤭.
Pagi semalam lepas Subuh aku dengan semangatnya ajak Suami Terchenta dan mak pergi ke Tamu Bintulu. Ingatkan pasar kat sini bukak awal pagi macam dekat pasar Chow Kit, tapi bila kiteorang sampai dekat Tamu Bintulu tengok peniaga baru nak keluarkan dan susun sayur-sayuran 😅. Mak aku kata silap pasar kau pergi ni, pagi-pagi lagi peniaga selalunya berkumpul di pasar pagi dulu. Hairan jugak kenapa dieorang tak terus berniaga di Tamu Bintulu je.
 |
| Sendu je Tamu Bintulu pagi-pagi |
 |
| Kalau kat Bintulu orang ajak korang pergi PUB, korang jangan cepat melatah tau. Kemungkinan besar dieorang ajak cari ikan dekat Pasar Utama Bintulu, bukan ke kelab malam 😆 |
Mak cerita asalnya pasar pagi tu untuk pemborong sayur-sayuran beli sayur dari petani secara pukal, tapi lama-kelamaan dah jadi pasar tani biasa pulak. Apapun yang bestnya dekat pasar pagi ni konsepnya ala-ala drive-thru. Customer beli ikut tingkap kereta, lepas tu peniaga hantar barang ke kereta 😅. Kau haderr??
 |
| Tak payah turun dari kereta, drive-thru aje! |
Tapi kiteorang takde la drive-thru sebab mak aku suka berjalan-jalan sambil meninjau sayur-sayuran yang dijual kat sini. Terapi mata katanya. Arum bulak (kata orang Sarawak, bermaksud cakap besar atau secara exaggerate), setiap pagi dia singgah di pasar pagi ni cuci mata tengok sayur-sayuran.
 |
| Antara sayur-sayuran yang dijual di pasar pagi. Kat sini penjual hampar atas jalan raya je, senang nak angkut bawak balik lepas pukul 9 pagi |
 |
| Favourite aku ni - kulat sawit. Masak rebus letak belacan, bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Sedappp |
Balik dari pasar pagi, kiteorang singgah di restoran Jom Ngeteh. Jangan tanya kenapa nama kedai ni macam bahasa Semenanjung, sebab aku pun tak tau 😅. Mungkin owner pernah kerja di sana. Tujuan utama kiteorang ke sini ialah nak singgah sarapan mee sapi Ahim, satu lagi makanan favourite aku setiap kali balik kampung.
 |
| Mungkin sebab cuti sekolah, suasana lengang je. Kalau hari biasa, susah nak dapat meja kosong kat sini sebab biasanya staff Petronas / kontraktor singgah sarapan di sini lepas habis syif malam |
 |
| Mee sapi Ahim yang legend di Bintulu dan ada fan base tersendiri 😄 |
Mee sapi tu isi dia daging ya?. Ohhhh PUB tu Pasar Utama Bintulu.
ReplyDeleteYe kat sini org panggil lembu, sapi. PUB singkatan utk pasar utama bintulu sebab dekat sini ada 2 pasar - pasar ikan dan pasar sayur (kiteorang panggil tamu)
DeleteRasanya inilah juga pasar tempat kami singgah sewaktu jalan-jalan ke Bintulu awal Jun lalu. Pasar Utama Bintulu kan? Di seberang jalan kalau tak silap ada kedai kraftangan.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie. Seberang jalan ada kedai kraftangan 😄
DeleteTerbalik pula ya..selalu kedai² nie penuh time cuti sekolah
ReplyDeleteBintulu ni lubuk rezeki macam dekat KL jugak Linda. Ramai yg duduk dekat sini orang luar Bintulu. Cuti sekolah ramai yang keluar Bintulu jalan2 atau balik kampung masing2 😄
DeleteMee Sapi tu seiras dengan Mee Kolok ya. Aaaa.. kita memang takde kat sini drive thru di pasar, kalau ada, kita la yg paling suka!
ReplyDeleteYe SK, bezanya mee kolok biasanya dimakan kering dan mee sapi dengan sup 😄 tapi sbb org luar lebih kenal mee kolok, jadi semuanya dipanggil mee kolok hehe
DeleteLamak aihh sik ke Bintulu. Dolok hujung minggu mesti turun Bintulu. Rindu masa di Belaga dolok.
ReplyDeleteKmk nok 2x setahun pegi bintulu pun kadang2 sik ngelala dgn bintulu, cepat gilak berubah. Makin banyak shopping mall kinek tok 😅
DeleteOh lain ye tamu dgn pasar pagi... Canggih ye drive thru je beli sayur² hihi..
ReplyDeleteTu la sis, barang yang dijual sama je tapi pasar lain2 😅
Deletesatu2nya negeri yg sy belum jejak kaki...cuma transit di Miri Airport je dulu..
ReplyDeleteSemoga ada rezeki abe kie sampai ke kampung saya di Bintulu ni 😄
DeleteTerbayang lah kuahnya pasti gurih, daging juicy 🤤🤤🤤. Kalau memang legend, berarti wajib saya coba kalau kesana 😄👍👍.
ReplyDeleteUnik juga pasarnya yaaa.. bisa drive thru. Tapi saya pun akan memilih jalan kaki, sebab bisa lebih puas melihat barang2 yg dijual 😍
Ya, mee sapi Ahim ni legend di Bintulu. Rasanya lain dari yang lain 😄 Saya memang rekemen sesiapa yang datang ke Bintulu untuk mencuba mee sapi Ahim ni.
DeletePasar ni asalnya tempat peniaga (pemilik restoran, supermarket, etc.) membeli hasil kebun dari pekebun secara pukal sebab tu jalannya luas sebab mereka biasanya datang dengan lori / kenderaan pacuan 4 roda . Sebab tu la konsepnya drive thru 😅
wuiishhh banyaknyaaa kulat sawit... sini memang payah nak jumpa tu...3 bekas RM10? puas makan tuuuu
ReplyDeleteAah kan, kat KL payah nak jumpa kulat sawit. Kat sini kiteorang masak rebus dgn ikan bilis, bawang merah dan putih, cili padi dan letak belacan sikit. Gu dengan ikan masin / ikan goreng, sedapppp
Deletebestnya balik kg tu!
ReplyDeleteKiteorang jarang2 dapat balik ke kampung, jadi memang seronok sangat bila dapat balik ke sana MZ 😄
Delete